Senggang
lawak... lawak.... heheheh
Subject: Buka "CAWANGAN"
Make sense jugak la...he..he: -)
Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.
Antara alasan yang diberikannya:
Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga"
isteri (is three). Baru betul dan sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan?
Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi...
Yang ini pula dari inbox.
tapi Mazidul ni memang agak kurang ajar dan kuat sangat menjatuhkan aib orang dalam TV. kejam jugak soalan2 dia pada pelacur, warga asing dan penjual keretek haram.
ini cerita lanjut...aku yang kepo...
Diberitakan wartawan ini ditangkap semasa sedang khayal dengan dadah ganja di pusat karaoke itu. Turut ditangkap ialah rakannya seorang penerbit rancangan. Ada 3 gadis gro dalam bilik mereka sedang berhibur, dua antara gadis itu duduk sebelah menyebelah dan sedang melayan si wartawan berkenaan dan mereka pun sudah hanya tinggal coli dan seluar dalam sahaja. Kesemua mereka yang sedang khayal itu adalah Melayu yang beragama Islam.
Setelah diberkas dan semasa polis hendak memasang gari, si wartawan ini menjerkah polis dengan sombongnhya seraya berkata "apa kamu semua tidak kenal aku? Kau tau aku siapa? Mana OC kamu orang? Kalau setakat KP (ketua polis) kamu tu member aku lah...". Jawapan polis ialah "maaf...kami
menjalankan tugas dan encik adalah ditahan kerana disyaki menggunakan dadah ganja dan meminum minuman keras." Pegawai penguatkuasa daripada Jabatan Agama Islam Johor pun turut hadir untuk mendakwa tuduhan berkelakuan tidak senonoh dan meminum arak.
The raiding party polis dari IPK Johor berkata seandainya beliau tidak mahu memakai "gelang mekah" mereka akan menambahkan dakwaan resisting arrest disamping dakwaan memiliki dan menghisap ganja. Wartawan berkenaan
terpaksa akur dan dibawa keluar dari pusat karaoke berkenaan dengan tangannya bergari. Permintaan beliau untuk ditutup mukanya semasa dibawa keluar juga tidak dilayan oleh polis.
Wartawan yang berasal dari Perak ini juga dikenali ramai di kalangan jirannya di sekitar Damansara (dekat dengan D'Curve)sebagai angkuh, sombong dan sering menggunakan dadah ganja dan seringkali kelihatan meminum minuman keras pada masa lapang bersama rakan-rakannya yang termasuklah
polis.
Diberitakan juga bahawa stesyen swasta berkenaan dalam usaha damage- controlnya telah menghubungi kesemua media termasuk Bernama supaya tidak menyiarkan berita tangkapan berkenaan. Seorang daripada ketua pengarang akhbar tempatan terpaksa akur dengan alasan "hari ini dia kena, esok sapa tau...mungkin kita. tutuplah aib saudara kamu di dunia...". Akhbar Cina bagaimanapun tidak melayan permintaan stesyen berkenaan.
Lewat petang stesyen tv berkenaan telah spin berita berkenaan dengan berkata bahawa minuman wartawan itu telah dispike dengan ganja sebab ada orang nak penaya dia kerana si wartawan ini adalah seorang wartawan contoh
di stesyen berkenaan dan telah banyak membongkar kemungkaran. Tak tau la betul ke tidak...
Namun, apa yang kita semua ketahui bahawa beberapa minggu lepas sudah ada aduan dan keluhan bahawa si wartawan berkenaan dan rakannya seorang wanita sejak akhir-akhir ini kelihatan seperti polis semasa menyoal subjek liputan laksana seorang mata-mata menyoal okt (orang kena tuduh).
Kita tunggulah liputan dari mahkamah rendah johor baru pukul 9 pagi ni...
Wartawan adalah pelapor berita, bukannya bahan berita. Wartawan menyoal subjek, bukannya menyoal-siasat okt.
Kata saya - setuju dengan perenggan terakhir.
p/s : Thanx Zurd.
15 comments:
haha.. siapa yang mampus tu?
alahai cerita tuh... apa pun aku tak suka botak...
"apa kamu semua tidak kenal aku? Kau tau aku siapa? Mana OC kamu orang? Kalau setakat KP (ketua polis) kamu tu member aku lah..."
Huu, kenapa la dia buat macam tu ek? I thought he was a brave man who reveal crime and gives lesson to public. tak patut betul.
Betul... caranya amat tidak kena. Saya perhatikan. Dari dulu hingga sekarang si wartawan itu amat berubah. Semakin bongkak.
Hummm.. berkenaan ayat terakhir. Jadi betullah, tugas wartawan untuk laporkan wartawan yang salah laku...
Kan kan...
berlagak sungguh la wartawan tu...
dispike dengan ganja... hahaha...
mengarut!! bau saja orang sudah tau campur ke tidak.. bongok...
tapi, negatif la keputusannya... berapa banyak abis tak tau la...
Ya, keputusannya negative. Mungkin lepas nih dia akan dibebaskan dan masyarakat akan didiamkan seperti tiada apa yg berlaku. Wallahu'alam.
SAlam, tuan rumah :)
mengarut!! bau saja orang sudah tau campur ke tidak ..
--> wah, pa'chik nih mmg terer ar, mcm peg. forensic plak ha ha ha
talk about irony :)
i'm obsessed with irony :)
it makes life interesting in many ways :)
and this one, embarrassingly interesting!
Ish... ish... ish...
Tak patut, memang tak patut!
Tak patut sungguh. Sungguh tak patut. Patut sungguh tak?
huhu.
poyo gila incet tu. ingat dia bagus sangat kah. huh~ hipokrit betul. menci.
sebenornya dia tu dah poyo dari sekolah atas bukit lagi. hehhehe
pastu pulak tersangkut dan kerja sama dengan another poyo yang super-duper-trooper zurd dan aku sekali .. bertambah poyo la depa!
super tu .. kaki buli. kawan plak dengan kaki poyo. jadi apa? kakakaakkaka
izinni... that super-duper-trooper lagik ganas dari abg botakroi tu. Errr kira abg botakroi tu anak didikan dia la sejak dari sekolah atas bukit tuh. hahahhahhaha.... Opsss..
oit oit.. tulung! tulung!!
MAMPUS...hehe tak tahu pula ada sambungannya. Bro botak tu memang tidak boleh pakai. Bongkak sangat.
masa mula mula saya baca berita ini saya hmapir tergelak. segala galanya tidak msutahil
babe, ada kengkawan citer kalau dia ke JB je, terus minta geng narkotik wat raid. tak tau betul ke tak
tapi nanti ku call kekasih lama tanya.
tapi diani memang le bongkak. sesekali terserempak kat asignment alahai macamlah dia yang paling bagus kat dunia ni, padahal dia tu dapat story scoop sebab geng polis tu pun nak tumpang galms gak. kalau tak, tak denya
Post a Comment