Muslim men can marry four?
Yes.
Mencebik menunjukkan barisan gigi yang ditahan dengan bracer.
Why?
Because it is allowed in the Muslim’s law.
Mencebik lagi. The wife has to sign the paper is it?
Give her consent, yes.
I don’t think I can allow my boyfriend (want him as husband) to marry another.
The Prophet said that to marry more than one, the man has to be able to be fair. Not just in material sense but in taking care of the wife’s feeling too. To make it simple, if you can’t provide four, then marry three, if you can’t provide three then marry two and if you can’t provide two then marry just one.
Menyeringai lagi. Geleng-geleng kepala.
The law is actually to protect the women. Men are encouraged to take women who are widowed or the ones that really need protection as their wives not just in term of material things but also for safety.
Diam. Ambil baldi, isi Savona, skru kepala mop dengan badannya. Letak Titan dalam baldi.
Hmm I heard that most Chinese businessmen do have mistresses
No, they are only allowed to have one wife.
I mean mistresses not wives. Like girlfriends but living together?
Oh yes. Some of them do have mistresses. But it is against the law. Like Malaysian Chinese men. They have family in Malaysia and also in China (hahaha)
What happened if the Government find out that the men have mistresses?
The wife can divorce him. The law would protect the wife.
But what happened to the mistresses?
They have to leave the husband.
They don't have any rights?
No.
Senyum. Ambil baldi dan terus jalan ke Ward 7A.
Dia, dari tanah besar China. Anak tunggal. Bapanya seorang usahawan yang mengendali dua syarikat, ibunya seorang pensyarah Bahasa Inggeris di sebuah universiti di sana. Belajar di Glasgow University dalam bidang bisnes di tahun ke tiga. Kali pertama bekerja untuk mengumpul duit jalan-jalann di Korea.
Bak kata Karen Amstrong dalam buku tulisannya - Muhammad, a biography of the prophet - Islam adalah agama paling praktikal sekali untuk pembangunan sesebuah ummah/masyarakat. Kata saya - lelaki, lumrahnya sukakan kecantikan dan kelembutan, sekiranya iman tidak kuat, mudah kalah dengan wanita. Perlagaan antara akal dan nafsu sering berlaku. Perkahwinan memanglah menghalalkan sesuatu yang haram tanpa ikatan tapi niat mencari keredhaanNya dan keranaNya menjanjikan keharmonian sepanjang hayat.
Wallahua'lam.
p/s : technician hanya akan datang untuk periksa broadband hari Khamis ni. Nampak gaya numpang lagi lah kami ni.
22 comments:
saya terkedu
king,
pasai pa plak? sebab technician cuma nak mai hari khamis ka? hahaha
tahniah! berjaya menumpaskan hujahnya. yeah! kasihan, siapa anak mistress juga tak dapat hak mewarisi harta. mereka bising-bising tentang isu poligami tapi mereka boleh berlaku curang dan punya affair di belakang pasangan masing-masing. pelik. mudahan hati dan mindanya terbuka untuk islam.
sorang isteri buleh mensyaratkan kepada suaminya tak nak dimadu.. tetapi bukan sampai menolak poligami itu hukumnya harus.
err.. perkataan harus tu.. kadang memeningkan orang yang tidak tahu...
bagi yang keliru mereka mungkin kata harus itu sama dengan mesti/wajib/tidak-boleh-tidak
emm...teringat perbualan sy semasa di tingkatan 4 bila kawan sy bertanya "klau hang dimadukan, mau tak?"
jwb saya "klau betui nak kawin lain, biaq aku yg carikan"
Itu perbualan semasa dahulu kala, kalau sekarang, saya akan pikir berjuta kali nak cakap mcm tu..hahaha.
Bila Tuhan membenarkan poligami, pasti ada kebaikkannya.Cuma kita tak laksanakan sebaiknya seperti yg dituntut.
ini mcm komen sy yg terpanjang dlm sejarah berblogging..hehe
overrated la pasal poligamy ni. part yang negatif beria-ia di highlight. yang bagus tak pandang ler plak.
salam,
islam itu tinggi kedudukannya dan tiada yang lebih tinggi darinya..
(",)
Hmmm.... masih ingat lagi pelawaanku? kui kui kui......
ainee,
haha tak terpikir nak tumpaskan hujah pun. Dok borak je asalnya. Dah dia tanya, kita jawabla kan. Harap, dia terfikir la pasal hak seorang wanita sebab dia pun wanita gak kan.
pa'chik
yep. Tapikan... kalau benar lelaki tu seorang yang bertanggungjawab, dia takkan mahu berpoligami sebab takut tak terbawak tanggungjawab extra tu.
zwit,
tahniah komen panjang hahaha. Sekarang pun terfikir, kalau mahu poligami nak diberi ke tak? Boleh ke kita redha? Err... rasanya tak boleh lagi kot hahaha
izinni,
Hehehe sangat laaa betul. Dramatik habis! Yang tak patutnya sebab nak poligami, kata ikut sunnah. Tapi, tengokla sapa isteri2 rasulullah. Aisyah seorang je yang muda belia. Taknak pulak buat contoh.
bang,
betul tu. Tapi kes poligami ni selalunya2 lelaki fikir dgn nafsu bukan akal.
zurd,
err... satu - ko dah kawen ke blum? Dua - Dia banyak utang ke tak? Tiga - ko sanggup ke bermadu denganku yang separa betul ni? wakakakaka
apa hal ko cakap pasal tanggungjawab ngan aku neh? aku cerita pasal perempuan buleh letak syarat kat laki dia, tak nak bermadu... cuma jangan sampai dia jadi menolak hukum saja.. haha..
aku suka masa wartawan nak trik TG Nik Aziz dulu, depa tanya pandangan dia pasal poligami, lepas tu, tanya TG tak nak kawen lagi ke... selamba je TG jawab, memang dia setuju pasal tuhan benarkan, tapi dia, tak de keperluan bagi dia nak kawen lain, dia bahagia dengan bini dia yang nak pakai beng tapi kerajaan tak bagi tu... haha.. apa pulak nak susah kawen lain, belum tentu lagi bahagianya akan lebih, entah-entah seksa yang dapat.
uh.. terlepas pandang komen zwit tu.. haha... zwit... kamu baru lagi, takkan kot.. hahaha....
ya ya pa'chik ko betul. Ya la tanggungjawab tu peringatan kat kaum adam jer. alahai. hahaha
ya aku pung suka TG Nik Azaz. Bagi aku dialah pemimpin yg paling bagus di tanah malaya.
aku doakan dia sihat sejahtera dengan isteri terchenta.
apahal ngan zwit? dia sudah bergelar puan ke hahaha??
hu hu hu.
kakak saya dimadukan.
bila saya dah tua baru saya tahu.
oh! banyak rahsia rupanya dalam keluarga saya ;)
*lelaki. bab kawen 4, kata mereka mengikut sunnah Rasulullah. sedangkan sunnah-sunnah yang lain tidak pulak mahu diikut dan diingati. alahai. lelaki penuh alasan dan misteri. oh! ini tidak bermakna saya menolak hukum Tuhan :)
jiran aku, dia kawen dua, lepas anak dah besar baru bini dia tahu, la ni... 3 dari 6 anak perempuan dia bermadu.. semua yang tua...
ada satu kes ni, laki bini ni tiap-tiap malam semayang di mesjid... rupanya time bini dia semayang dia gi umah bini muda.. masa bini dia dapat tau tu, anak ngan bini muda dah besar-besar dah pun...
salam,
seorang ustaz saya juga beristeri dua..
tapi Alhamdulillah cara ustaz memujuk isteri pertama tu sampai dia diberi persetujuan utk kahwin sorang lagi..
dibelinya sebiji motor utk isteri pertama.. dan macam2 lagi la sebelum nak minta kahwin lagi..
ayah ustaz saya tu juga kahwin dua..
hehehehe
(",)
no komen.....kang komen byk2..kena fire plak...
hahha....
oh ya! saya dah terima salam kamu;)
Kalau betul betul faham, madu tu manis ....
tapi tulah ...
wanita ni lebih terpengaruh dengan emosi ...
kalau bab poligami memang hangat! hehehehhe ...
aku dok suruh krol nikah satu lagi dia tak nak pulak. hehehhe .. dia kata aku sorang pun dia tak terjaga. errrr .. terasa aku. susah ke nak jaga aku ni? hahahhaha
riak ke aku? huhuhuhuhu ... cepat sapa nak jadi calon madu aku? ko nak khairyn? dulu aku offer kat si rima .. dia tolak la plak! hahahaha
Kata saya - lelaki, lumrahnya sukakan kecantikan dan kelembutan, sekiranya iman tidak kuat, mudah kalah dengan wanita
Kamu bayangkan lelaki yang dikatakan mempunyai 9 bahagian fikiran dan 1 bahagian nafsu pun begitu, kalau sebaliknya..
akira,
Kalau tak alasan ikut sunnah, mereka akan beri alasan - sudah jodoh, nak buat macam mana? Ish!
Pa'chik,
kan... kalau ikhlas kan... kenapa dia rahsiakan dari bini pertama dia? Kalau orang tak tau dia dah nikah dan nampak dia kluar dgn bini no 2 or 3 or 4, takke tu nanti mendatangkan fitnah? Errr... jangan marah naaa.. ni cuma soklan. Ikhlas ni, soklan je. hahaha
bang,
Bagus juga ustaz tu mampu. Kata saya - pernikahan itu sebuah perkongsian tapi seorang wanita payah nak kongsi kasih sayang kepada suami dengan seorang lagi wanita lain.
pb,
sebab wanita is rule by her emotion kan? Masalahnya lelaki berkahwin lebih dari satu ni kebanyakannya sebab nafsu. Isteri no 1 sering terabai. Bila dah tua2 balik semula ke isteri tua tadi. Banyak kes macam ni yg saya tengok.
izinni
Hahaha sama jawapan yang abah bagi kat mak aku hahaha. Aku taulah aku priceless (no price??) tapi get in line dulu lah. Zurd nak aku jadi madu dia, ko pun nak aku jadi madu ko. Ish! Dari promote husband or soon to be husband korang, kan lebih baik carikan yang single mingle untuk aku yang single mingle ni gak hahaha.
purp
hahaha kalau sebaliknya - jadi perempuan la 9 bahagian nafsu dan satu bahagian akal. hahaha
alahai may..
saya takkan fire kamulah ... jauh hahahah
memang perempuan 9 bahagian nafsu, satu akal, cumanya perasaan malu yang membendung nafsu itu. kalau sudah hilang rasa malu itu... memang buruk sangat la akibatnya..
lelaki yang gi mesjid tu, dia tak kasi tau pasal, taknak melukakan bini dia, dan tak nak melukakan perasaan sendiri juga.. haha.. takut sebenarnya, buat mengamuk dan di'bobit'kan dia.. naya je...
ingat lagi lorena bobbitt?
Post a Comment