Cerita
waktu tunggu bas di Queens Street, selepas puas menghabiskan masa dan wang di Glasgow Fort dan makan ayam di Chicken Cottage, kami didatangi seorang lelaki.
"Orang Malaysia?" Soal dia.
Kami angguk dengan bibir menguntum senyum. Memang sudah lumrah, scenario orang Melayu bertegur sapa ketika di luar negara. Jarang kita seramah ini bila di negara sendiri.
"Belajar ke kerja?" Soal dia lagi.
"Belajar"
"Di mana?" Tanya dia lagi. Rasanya umurnya sudah lebih 50 tahun, masih lagi segak dengan baju panas warna hijau. Wajahnya bersih. Tutur kata bahasa Melayunya lancar.
"Glasgow University," jawab housemate.
"Datang berjalan-jalan ke pakcik?" Saya mula menyoal.
"Ha ah, anak pakcik di Aberdeen tapi saja jalan-jalan kat sini nak tengok tempat kerja lama."
Menarik! "Di mana pejabatnya?"
"Tuu..." Dia muncungkan bibir ke arah George Square.
"Pakcik kerja kat mana?"
"Post Office."
"Lama ke?"
"Dekat 25 tahun. Senang ke nak cari makanan halal kat sini?"
"Selalunya beli kat KRK tu, dekat dengan Glasgow Uni," jawab housemate.
"Ha ah.. kat Great Western Road memang banyak kedai halal."
"Dulu senang ke nak cari makanan halal?" Saya.
"Senang. Dulu lagi memang banyak kedai halal kat sini. Ni cuti ke?"
"Ha ah"
"Apa plan?"
"Jalan-jalan." housemate.
"Kerja," Saya.
"Part-time?"
Angguk.
"Elok tu. Senang nak cari kerja kat sini bila dah ada qualification."
"Pakcik kat Malaysia asal dari mana?" Soal saya.
"Seremban. Tapi, pakcik dah beli rumah kat Bukit Jelutong."
"Bila pakcik balik?"
"Baru 2 tahun... hmmm... tapi mentaliti orang Malaysia masih tahap tu lagi," dia tiba-tiba mengeluh. Wajahnya sedikit masam.
"Dulu pakcik belajar kat sini ke?"
"Tak, pakcik ikut navy. Terus kerja kat sini."
Perbualan terhenti apabila bas tiba. Sayang. Kami tak sempat berbual dengan lebih panjang. Sayang juga saya tak sempat hendak bertanya nama pakcik ini. Dari dalam bas saya sempat melihat dia berjalan dicelah-celah pejalan kaki yang ramai. Rentak kakinya masih lagi lincah.
Tadi,
membantu seorang lagi warga Glasgow yang baru tiba dan bakal meneruskan pengajian PhD di Strathclyde Universiti dalam bidang Kimia. Membawa bersamanya anak gadis yang berusia setahun enam bulan. Datang ke sini berdikari. Tanpa suami. Bercerai.
Sambil berjalan beliau bercerita. Perkahwinan umpama perjudian. Perit. Bercinta selama tiga tahun tapi sayang perkahwinan hanya bertahan selama setahun. Bercerai. Terus berhasrat meneruskan pengajian hingga ke peringkat PhD dan membawa satu-satunya anak perempuan bersama. Perjalanan ke sini banyak halangan. Hak penjagaan anak dari mahkamah Syariah tidak diiktiraf. Tiga kali memohon visa dengan salinan fotostat enakmen perundangan barulah, visa membawa anak diluluskan.
Manusia dan kisah mereka....
11 comments:
ala.. apa pakcik tu tak cerita apa maksud dia orang melaya masih macam dulu tu... *masam-jugak*
Salam...
Eh wirawati, cekalkan hati. Byk pengalaman yang ditimba akan menyedarkan wirawati kidal agar menjadi insan yang lebih baik, berhemah dan sentiasa menggunakan budi bicara dalam membuat sebarang keputusan.
Teruskan perjuangan. Gimana marina ek?
Lama tak pegi glasgow. Kali terakhir 1987 kot. Tengkok akak kat edinburgh. Old Dalkeith Road...Moray house...
Sepupu aku yang belajo kat glasgow tu dah kaya. hehehe
Wirawati pun nanti kaya bila balik Malaysia...kalau tak kaya harta, kaya budi bahasa. itu sudah tentu.
Salam
pa'chik
rasanya paham tapi x sempat nak tanya lebih. kalo ikut hati dah ajak dah pakcik tu ngeteh sambil bincang isu2 kat malaya. Mesti best. Tapi masa x izinkan.
frenchie.
bonjour! Nak kaya duit gak. Tak de la penat menghayun batang mop lagi hahaha.
Marina alhamdulillah. tengah bz keja hehehe
wish it was u they send to cover the sudirman cup. Boleh jongkang jongket hahaha.
sedihnya kesah si phd tu. oh oh! hidup ini macam roda.
dan pokcik itu. erm. pasti menarik kan kalau berborak dengan diakan.
betul tu cik ati :D
Bukit Jelutong? Kawasan yang agak elit di Dhah Alam....
Begitulah adanya. Kisah duka manusia lain juga satu subjek ilmu bagi kita. Pengalaman orang lain boleh dijadikan iktibar yang berguna.
:)
aku berborak dengan teman lama ko si Neville tu tadi masa dalam perjalanan assignment cum ziarah orang meninggal di Tanjong Karang.
bercerita pasa sorang loyar kat JB nun, aku rasa ko mungkin tau kisahnya. pasal sorang loyar bangsa India ni yang cerai ngan bini non Muslim nya, dek sebab kerana nak rebut child custody, sanggup jadi Islam.
tapi perilaku tidak lah Islam, menurut Neville, masih lagi dok tonggang khamar sana sini, kahwin dengan orang Sabah yang Islamnya sebab nak kawin dengan loyar 'Islam' ni.
nak jadi cerita, satu hari loyar ni mati dekat dengan pub yang dia selalu frequent. sang isteri beriya nak kuburkan ikut cara Christian, JAIJ sibuk nak kuburkan cara Islam, sampai berebut car chase sudahnya dapat juga loyar ni dicremate.
tapi yang paling tak sedapnya, Neville kata, alangkah orang Christian pun tak mahu loyar tu dikuburkan cara Christian sebab kan tau perangai buruknya tu, orang Islam pulak yang berlumba nak kuburkan dia cara Islam.
katanya itu satu contoh Islam digunakan untuk kepentingan seorang manusia bernama suami atau bekas suami. spesis lelaki la tu
macam2 yang berlaku dunia skarang nie...sian kawan awak tue,moga2 dia tabah slalu...
akira,
sekurang2nya dia tak didera. Kadang2 kita ingat kita dah susah, terjelepuk. Rupanya ada orang lain yang lebih susah dari kita.
pakcik tu bukti - dimana ada kemahuan di situ ada jalan.
so'od
:)
purp,
setuju. Cedok pengalaman orang untuk jadi pengajaran buat kita. Yang baik kita ikut yang tak baik, jadikan ingatan.
Div,
walau apa pun cara hidup dia, dia dah ambil syahadah. Kita pula berkewajipan menyempurnakan jenazah orang Islam. Ibadah dia tu antara dia dengan Penciptanya. Aku tak taula nak komen apa yang Neville cakap tu sebab church should not turn their back on any christian. Nak tunjuk baik la katakan. Depa ni still cucuk cara halus. Berjaga-jagalah.
achik,
Dia tak ada pilihan. Dia MESTI tabah. Dia ada anak yang wajib dididik dengan sempurna. Semoga Allah rahmati kita semua :)
salam,
begitulah kisah manusia dgn kehidupannya..
dan..
khairyn dgn kisahnya berjalan2..
hehehehe
(",)
aku faham. tapi entahlah, cuba baca apa yang mufti Perlis cakap, then you will understand my stand on this matter.
memanglah sedih kalau ada saudara seagama yangdikuburkan dengan cara agama aslnya atau selain dari agama Islam, tetapi kalau kita tak tolong dia masa dia masih hidup, kenapa nak sesksa mayatny6a masa dia dah mati?
Islam tu cantik Harny, malangnya penggubal dasar, religious authorithy selalu ambil mudah banyak perkara.
Aku pernah bertekak dengan sorang PRO jabatan agama ni, pasal berebut mayat orang yang sudah convert tapi didakwa sudah kembali ke agamanya.
kawan ni mati-mati bertegas kata sepatutnya yang convert tu lah yang belajar sendiri bukan jabatan agama yang nak ajar semua.
aku cakap kat dia, ada dua orang yang convert ni, satu yang convert sebab dia memang percaya pada agama itu, maka dia akan sentiasa mencari jalan untuk mempelajarinya.
ada pulak yang convert sebab dia nak kawin dengan seseorang yang Islam,maka lepas kawin, terpulang pada dia atau isteri untuk belajar atau tidak. kalau nasib dia baik, pasangannya practicing muslims, maka dia bolehlah belajar. kalau tidak, sama2 lah hanyut.
aku bercakap dari pengalaman. aku ada kawan yang convert, and despite what happened to her, she tried to get into religious classes. malangnya bila cerita pasal convert ni, ramai yang born muslims ni yang berlagak mereka tau semua sedangkan ilmu di dada cetek.
part yang dikuburkan dalam cara Islam atau tidak tu, hanya Allah yang akan tentukan di mana dia akan berada di hari pembalasan, bukan kita. kita pun belum tentu masuk syurga walaupun dikuburkan mengikut syariat Islam. so, mana tau, Allah berikan mereka yang dikuburkan mengikut ritual agama asal, mendapat rezeki lebih baik dari kita, siapa tahu?
yang penting jangan sampai nama Islam itu dicemar orang, jangan sampai orang mengata kita agama yang oppressive, agama yang jahat dan memecah belahkan keluarga, sebab itu yang dilihat orang bukan Islam sekarang ni terhadap kita.
Post a Comment