Sunday, September 16, 2007

Buka puasa

Aku ingat-ingat meriah juga masa buka waktu di Tanah Melaya dulu. Memandangkan dapur aku merata-rata, jadinya menu aku semedang menu tunjuk aje. Yelah, orang workaholic la katakan (perasan sungguh). Tapi memang menu tunjuk aku tu tak adventure. Selalunya menu yang sama aje setiap hari. Bukan apa, kalau aku cuba menu baru dan dibuatnya tak sedap, kan ke membazir?

Masa duduk di satu bukit dulu, menu aku air tebu, nasi ayam (hahaha ibu ayam sudah mari) kuih keria. Masa duduk kat satu apartment ni, menu aku air tebu, nasi lemak kukus melaka, kuih keria hahahaha. Kalau ikut housemates aku yang dulu-dulu tu memang dah arif sangat la menu buka puasa aku ni. Kalau tak keja dan rajin, aku buat spaghetti bolognese je. Kalau lebih rajin haa.. lain la menu aku buka hari tu.

Tapi yang lebih sadis, bila masa aku terpaksa berbuka ketika dalam assignment. Biasalah bila bulan-bulan puasa, syarikat besar-besar suka buat 'amal jariah' bagi anak-anak yatim makan, hibur dengan artis-artis yang baru nak naik ni. Tapi amal jariah dorang ni suka diwar-warkan kat tv ngan suratkhabar. Jadinya tak semena-mena aku pun jadilah anak-anak yatim yang makan kat meja bulat, sambil dengar orang nyanyi atas pentas.

Antara cerita-cerita sadis berbuka.
1. Dengan sepeket kecil rice krispies dan setengah botol air mineral sebab tersangkut dalam jem dengan photographer.
2. Sepeket buah kurma dan sebotol mineral, rasanya tu perkara biasa kan??
Tapi yang tak boleh tahan bila mana suatu hari aku terpaksa aku terpaksa mencover satu assignmen petang PC (press conference) pasal kuil yang baru siap dengan patung sitting buddha di Sentul. Huk aloh. Nasib baik tok sami tu tahu itu bulan ramadhan, disuruhnya aku tapau segala makanan bawak balik kakakaka.

Walaubagaimanapun, satu cerita yang aku tak buleh lupa bilamana aku dipaksa mencover satu assignment makan malam yang dianjurkan oleh satu persatuan india. Dalam kad jemputan ditulis pukul 7pm, jadi aku sampai penuh semangat, ingat nak makan solat maghrib, dapat info dan balik. Dibuatnya pukul 7.30pm majlis tak mula pun, dah siap solat maghrib, majlis tak mula lagi. Aku dah kembong dengan air teh cina bergelas-gelas, kacang berpiring-piring, majlis tak mula lagi. Aku nak info depa tak bagi sebab nak suruh jugak aku tunggu sampai majlis mula. Sampai dekat pukul 8.30pm majlis tak start lagi, aku dah angin satu badan. Ya angin sebab yang masuk dalam perut cuma kacang tanah dengan teh cina tawar hebiaq tu. Apa lagi aku bahasa kan penganjur tu, ingatkan dia yang ini bulan ramadhan dan kami ni Muslim. Bukan hadap sangat nak makan tapi apa salahnya hormat tetamu sikit.

Disebabkan aku memang pekerja yang berdedikasi, aku buat juga story tu. 5 para jer (paragraph takat caption story jer la). Protes. Sebutir nasi pun aku tak sentuh. Balik ofis buat story, pi gerai bawah makan malam sengsorang. Hush!

p/s : minggu depan mungkin aku sudah duduk rumah baru yeay!


sebenaqnya yang sadisnya, orang lain dok stuck dalam jem sebab berlumba-lumba nak balik rumah. Lepas tu warga Islam kota sudah boleh berehat-rehat dan bermalas-malas. Aku pulak terperangkap sebab on the way nak gi assignment. Ish ish ish. Kalau dah namanya assignment, tak tentu lagi aku balik opis pukul 8.30pm. Mau paling awal pun 9pm. Yang ralatnya, aku nanti mesti tak sempat terawikh kat surau ofis aku tu. Kalau aku balik awai, sempat aku terawikh pas tu aku sambung balik kerja, tapi kalau dah lewat tu - burn dah satu malam. Tu yang aku rasa sadis sangat puasa aku di Tanah Malaya hahahaha

17 comments:

Miss Aini said...

fashionably late is malaysian culture. yay!!

mujur tak tulis 5 lines.

kingbinjai said...

ooo ooo kau pun pindah juga ke? kat mana?

Unknown said...

Ada beberapa kali di bulan puasa aku berbuka ditemani kawan2. Tapi sekarang 2 dari kawan tu dah pergi ke negara orang putih dan sorang dah bersuami dan berbadan dua. Tinggal lagi sorang. Tapi yang sorang ni pun macam aku...sibuk memanjang...

akirasuri said...

oh! sadisnya al-kesah dia..
tapi tadi buka puasa besh-besh kan kan kan..
makan besar kan kan kan..
hikhikhik :p

Erk!
selamat berpindah ke rumah baru!
nanti boleh la kita datang raya sana ek..
ha ha ha

khairyn said...

salam

ainee
ni dah memang teruk punya lambat dah ni. hahaha

king
ooo ye, kalau aku beritahu tempatnya adakah kau tahu? wakakaka

zura
hahaha busy memanjang? huh! ko tak boleh makan kertas kerja hahaha

akira
ye ye, tadi makan berjemaah. Menu gerai tepi jalan - nasi paprik telur bungkus, kailan ikan masin wakakakaka sangat serunuk.
meh datang sini beraya tapi duit raya tak dak - kena pi mintak kat orang lain. Kita golonan asnaf 7 hahahaha

achik said...

saya pun tak adventure dlm cuba menu baru.. balik2 makan benda yg sama slalunya.. hehe..

lama tak minum air tebu.. haih, tetiba ngidam nak minum air tebu.. haha ;p

Pa'chik said...

selamat pindah...

blackpurple @ jowopinter said...

Kalau waktu masuk berbuka tengah tersangkut di kesesakan Jalan Duta, lepas itu tak ada satu apa dalam kereta yang boleh dimakan, boleh dikira sadis tak..?

Selamat berpindah ke rumah baru...!

akirasuri said...

hari ni buka puasa apa?
he he he..
hari masih awal :))

Achik_Sufi said...

bersabarlah...kerana kesabaran adalah ubat kemarahan.

p/s:masih ade benda utk ditelan tue...kire okla....

faridmw said...

salam
selamat berpuasa...
biar dugaan yan banyak didunia moga balasannya atas kesabaran kita diakhirat...

Sastri said...

paling sadis bagi bila hari pertama berpuasa, berbuka dengan megi sorang-sorang sebab hujan lebat, tak sempat nak beli dan balik kerja pun lambat...huhuhu...

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

Aku ingat semua citer2 tu tapi tu ler tiap2 kali berbuka memanjangnya ada air tebu dalam menu kau tu. Binatang kegemaran jangan citer ler...tapi teringat2 nasi lemak kukus abg kat sentul tu kan!

Nasi lemak akak kat pasar belakang apartment tu pun aku suka.Nasi lemak paling best kat KL memang kat Sentul!

Aku pernah berbuka pukul 8 mlm sebab jln ampang banjir masa 1st day puasa...masa tu baru beli kereta, kalau naik skuter jadi minah rempit cam dulu dah lama aku sampai umah..ceh!

Anonymous said...

time puasa gini aku rindu kat pasar ramadhan ==> macam macam ado....tapi dah tinggal jauh macam nih aku bukak pasar ramadhan kat ceruk dapur aku sendiri aje ler..

Nasi lemak kukus? cis...mencabar keimanan betullah ko ni elly..

selamat ber'migrate' ke rumah baru..siapa pegang title chef pas nih?

Azhar Ahmad said...

Huhuhuhu best juga jadi reporter ni... Makan, makan, dan makan... Sambil jiwa terseksa... huhuhuhuhu

khairyn said...

salam

achik
ntah ler, macam malas nak cuba benda2 yg lain. Walaupun perut kebal tapi kadang2 meragam gak.

pa'chik
ya ya terima kasih.

purp,
tapi dalam perjalanan pulang kan kan kan? tak sadis lagi hahaha.
ya ya terima kasih.

akira
huh! penatla nak pk masak apa kan? Nanti bila dah stat kelas, mesti buka pizza bodoh jer kot hahaha

achik-sufi
ye ye memang sabar. Tapi sangat tak suka kalau solat terkorban!

farid
ya InsyaAllah.

sastri
hehe.. still balik kerja. huhu tak sadis tak sadis hahaha

elly
orang nak kata air tebu tu kotor ke apa ke? entahler. tekak aku memang semedang gitu. tapi la ni tak lak kemaruk air tebu hahaha. ya binatang kegemaranku dan juga nasi lemak kukus melaka tu. Ish, ni yang tak sabar2 nak balik ni. Jom pi makan!
ohoh tak sadis, sebab balik gak kan kan kan.

dura
ko masak rendang daging lagi ke? hahaha.. mesti dah terer merer ni. ish senang ke student malaya macam aku ni nak ke houston tu? ada gak orang yg berminat, tapi tang visa tu errrr....

azhar
ye ye.. kalau dinner, meja reporter samada yg paling dekat dgn speaker berdentum dentam atau pintu dapur. Paling akhir dapat makanan tapi paling cepat habis. tak de protokol langsung. kadang2 adik waiter/tress tak sempat nak lenggang masuk dapur, makanan meja kami dah abis huhuhu

Anonymous said...

Hehe, aku mula posa dah tak posa. hehehe sadis tul.

But awal2 puasa aku seboleh2 berbuka kat rumah. 1st day dapat posa, orng berbuka posa kat Putrajaya ni kul 7.13 aku berbuka posa waktu siam ke apa, dibuatnya pekerja restoran tu air masak suam pun tak nak bagi aku sebab sibuk hantar makanan kat warga kota yang atas meja dia org makanan dah boleh buat bagi anak2 orang kelaparan kat Somalia!

Kurma kering pun tak de. Pelik tul aku nak berjimat sampai begitu sekali. Bukan aku minta Yusuf Taiyoob punya kurma, kurma biasa2 pun jadi lah. hai entah la.

Tapi berbuka sorang2 minum air sejuk kat opis pun dah pernah dah sebab sibuk menyiapkan story court...