Wednesday, April 30, 2008

Kemaruk buku

Alhamdulillah, syukur. Rezeki datang bergolek-golek disaat aku mengeluh tak ada bacaan santai dan ilmiah lagi yang hendak dikhatamkan.

Minggu lepas macam biasa aku mengintai-ngintai pesta buku dan telah membeli empat buah buku ikut suka hati aku. Kebetulan tengah ada jualan murah untuk beberapa buah buku, jadi apa lagi.. penuhkan ragalah. Tak lama lepas tu editor aku beritahu yang beliau akan mengepos buku-buku dari Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang sudah berakhir beberapa minggu lepas untuk aku dengan harapan buku-buku ini dapat menjadi sumber inspirasi dan mengeluarkan aku dari belenggu Writer's Block. Apa lagi yapedapedu lagilah. Maka, inilah hasilnya. Buku-buku yang aku harap dapat aku lunaskan membaca seusai musim panas.

Bacaan santai
  • Garis-garis Dejavu - John Norafizan (dapat otograf penulis)
  • Kopi susu sepatu biru - Ruby Hazry (oh! semoga cepat sembuh ye Ruby)
  • Tentang... Dhiya - Syud (juga dapat otograf penulis)
  • Edensor }
  • Sang Pemimpi } Tetralogy Andrea Hirata - (dapat personal autograph lagi. Jangan jeles!)
  • Laskar Pelangi }
  • Tunnels - naskhah complementary untuk penterjemah.

Bacaan ilmiah
  • The Communist Manifesto - Karl Marx and Freidrich Engels
  • The Battle For God - Karen Armstrong
  • Islam: The Short History - Karen Armstrong
  • The God Delusion - Richard Dawkins (anjuran Akuatik)
Oh, aku mencari buku ini
Islam Andalusia : sejarah kebangkitan dan keruntuhan / Ahmad Thomson, Muhammad 'Ata'ur Rahim.

Kau orang agak-agak ada tak dijual di toko-toko buku di tanah air tak, Kalau ada boleh sesiapa tolong belikan? Sebab aku cuma jumpa buku ini ada di perpustakaan di Singapura. Teringin sekali nak membacanya. Sesuai juga untuk rujukan. Agak-agak Wann, ada tak buku ni jual di Kota Singa tu? Kalau ada err.. boleh tolong belikan tak? Beritahulah ongkosnya berapa.

Sunday, April 27, 2008

Pelik tapi benar


Notis yang ditampal kat water fountain di kantin sepital

Apa yang tak kena????


Oh gambar ni Pasqual yang lukis dan letak dalam Domestic Service Room kat Wad aku.

Aku yang tak ikut kata.

Semua tak boleh! Macam-macam peraturan. Nyampah!

update 29/04/08
hahaha sebenarnya aku nak beritahu tentang susunan ayat di notis tu.
This water fountain has not to be used for filling bottles

Rasa macam pelik aje. Kenapa tak guna aje

"Don't fill bottles from this water fountain"
atau

"You're not allowed to fill water bottles." bukan kah lebih senang?

Lalu aku pun bertanyalah pada kawan aku yang menjadi editor sukan di Brunei dan jawapan yang aku terima,
"sounds bit weird, change has 2 shud n take out to"
"or change has 2 is"

Dan aku bertanya lagi sama ada boleh digunapakai atau mungkinkah tatabahasa yang salah. Jawapannya;
acceptable kot just sounds weird. by using has they might b stressing tat its a no no"

Hmm.. bahasa authoritative. Bahasa yang ada unsur-unsur ugutan ke? or else...
Maknanya kalau aku ambil juga air dari situ, aku boleh ditembak mati? hahahahaha

Friday, April 25, 2008

Perubahan itu penting

Kata si bijak pandai, perubahan untuk menjadi lebih baik itu sangat penting. Jadi marilah kita berubah kepada yang lebih baik bersama-sama.

Perubahan yang aku sudah lakukan;

Lambakkan buku ditepi meja. Pandang hari-hari, biar nampak busy study.

Makan keropok bakar bukan goreng. Selain menjimatkan minyak dan mengurangkan pengambilan kolesterol, ia juga menjimatkan masa. Tak perlu berminyak-minyak menggoreng. Cuma susun dalam ketuhar gelombang mikro dan bakar selama satu minit 20 saat. Sedap juga (sila abaikan kelebihan karbon dan pertukaran warna di kerpok bahagian tengah).

Sekian dulu.

P/s : Iz, aku teruja dengan Andalusia. Dalam kepala sudah berpinar-pinar plot. Tapi aku perlu buat research yang sangat banyak. Huh! Tak sabar nak habiskan 'Si Manis' ni. Nanti aku bagi kau dulu tengok. Kredit sudah tentu.

Akuatik, aku belum interview bini kau lagi. Akan kulakukan setelah selesai urusan peperiksaan. Aku pun belum jumpa abang 'Hero' lagi ni. huhuhu

Wednesday, April 23, 2008

Edisi Promo

Oh! Aku nak promosi blog kawan aku Rizal Hashim. Dia bekas wartawan Berita Harian kemudian menjadi wartawan sukan di Malay Mail. Punya kekuatan dua bahasa - English dan Melayu. (Mungkin ke 3 - French hehehe). One of the best sports journalists/writers in the industry. Know his territory very, very well. A bit of maverick and issue stirrer, yet rational and unbiased when reporting.

Dia salah seorang contoh wartawan yang baik juga seorang blogger yang bagus. (hahaha Rizal, edisi promo ni perlukan 'bayaran' juga hahaha). Serius, dia memang penulis yang bagus. Pergi saja ke http://rizalhashim.blogspot.com. Aku pautkan dia atas nama Muhriz.

Tinggal sebulan lagi untuk peperiksaan akhir Tahun 2, tapi aku dah tergedik-gedik buat plan nak buat itu nak buat ini bila cuti musim panas bermula. Macamlah banyak masa dan banyak duit nak buat itu ini. Entah-entah kena kerja saja sepanjang cuti. Memang tak senonoh sungguh! Tapi yang pasti, aku kena langsaikan janji dengan editor. Manuskrip ke dua memang dah siap plot tapi research tak habis lagi, orang penting tak di-interview lagi, perencah pun tak siap lagi. Alahai... ada dua bulan saja nak siapkan semua itu. Boleh ke?

Cuma sekarang ni aku dah mula kemaruk nak mengumpul buku balik. Semua buku yang (tak) sepatutnya aku baca kat rak tu dah habis aku telaah. Kau orang ada buku-buku lain yang boleh direkemen (baca: hantar kat aku secara percuma hihihi) untuk aku? Mudin cadangkan Dari Beirut ke Jerussalem karya Dr Ang Swee Chai, errr.. macamana nak pesan ek?

p/s - Takziah buat keluarga Allahyarham Rustam Sani.

Tuesday, April 22, 2008

Why do you wear that hat?

Huh! Pagi tadi aku pergi kerja macam berjalan diawang-awangan. Kepala rasa ringan sangat-sangat. Nasib baik tak terjelepuk. Kalau tak, sah aku jadi macam orang-orang yang mabuk todi keluar dari pub La Cala yang dekat dengan rumah tu huhuhu. Udah lah semalam aku ponteng kerja sebab rasa macam seram-seram sejuk aje pagi tu. Tapi elok juga memonteng kerja sebab kelas aku tak ada break. Dari 11am-1pm (Creative Writing), 1pm-3pm (Sociology) dan 3pm-5pm (Creative Writing workshop).
Ingat nak ponteng lagi tadi tapi rasa macam dah ok sikit, tu yang bersemangat pergi kerja juga. Partner kerja aku yang banyak ambil tugas aku sebab dia kesian tengok aku yang melepek tepi bin. Baik jugak dia ni, cuma kadang-kadang ada jugalah soalan-soalan dia yang buat aku rasa macam nak cepuk jer mulut tu (hahahaha). Macam tadi;
Dia dok bercerita yang dia nak blow dry rambut dia. Kat kolej ni ada juga kelas untuk dandanan rambut, tapi dia tak suka pergi yang di kolej ni sebab budak-budak ni buat kadang-kadang ok kadang-kadang tak. Biasalah budak baru belajar. Ada yang pandai ada yang tak, ada yang rajin ada yang malas. Tengah bersembang pasal rambut tu tiba-tiba saja dia tanya pasal rambut aku. Hahahaha. Aku pernah tunjuk rambut aku kat dia. Dia suka sangat sebab dia kata rambut aku hitam dan lurus (biasalah rambut orang Asia, kan?) - Oh your hair is coal black and very fine. Tu ayat dia dulu.
Tadi aku beritahu kepanjangan rambut aku dah berubah. Beriya-iya dia hendak tengok. Aku pun tunjuklah kat dia. Wah suka betul dia bila aku tunjuk. Kemudian dia tanya aku kenapa Wan (partner dia sebelum aku pun orang Tanah Malaya, Melayu Muslimah), tak pernah nak tunjuk rambut pada dia walaupun dia minta banya kali tapi aku pulak dengan senang hati tunjuk rambut aku. Hmm.. macamana ye aku nak jawab?
Kan aku dah kata, kadang-kadang pertanyaan dia memang buat aku bingung nak jawab. Tapi sebab dia bertanya dengan ikhlas aku pun terpaksa jawab dengan ikhlas cuma mungkin ada tipu sana sini sikit. Aku kata, "Mungkin dia rasa susah kot nak bukak tudung dia. Macam aku ni pakai sarung jer tak de nak berlawa-lawa kelepet sana kelepet sini."
Takkan aku nak cerita pasal hadis untuk wanita berjilbab pula kan? Nanti pening kepala dia. Cukuplah aku beritahu yang wanita Muslimah harus menutup auratnya dengan lelaki yang bukan mahramnya.
"But when you're with your friends, do you take off your scarf?"
"Yes, as long as they are no men around."
"Only female friends?"
"Yep."
"What about your family?"
"No problem. As long as they're my immediate family. But not the men that I can be legally married to, such as my male cousins or my brother in law."
Dia pandang sambil angguk. Tak tahulah faham ke tak.
"Why do you wear that hat?"
Eh? Topi?
Laa serkup aku ni dia panggil topi hahahahaha
Terdapat perbezaan pendapat ulama dalam menafsirkan firman Allah dalam Surah An-Nur Ayat 31 -
Katakanlah kepada wanita yang beriman:Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka.Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita mereka…. Maka kata ganti orang di firman Allah Au Nisaaihinna (wanita-wanita mereka ) telah berbeda pendapat ulama dalam menafsirkannya : diantara mereka ada yang mengatakan : Maksudnya adalah jenis, artinya seluruh jenis wanita. Diantara mereka ada yang mengatakan, maksud dari kata ganti orang itu adalah sifatnya, artinya wanita-wanita mukminah saja. Maka berdasarkan kepada pendapat pertama, wanita boleh membuka rambutnya dan wajahnya di hadapan wanita non muslim. Dan menurut pendapat kedua, tidak boleh.
Saya lebih condong ke pendapat pertama, pendapat itu lebih
dekat (kepada yang benar) karena wanita terhadap wanita tidak ada perbedaannya
antara wanita muslimah dengan non muslim. Hal ini tentu apabila tidak terdapat
fitnah. Adapun kalau dikhawatirkan terdapat fitnah, seperti mungkin wanita non
muslim itu menceritakannya kepada karib kerabat laki-lakinya, maka wajiblah
untuk menjaga dan menghindari fitnah, maka wanita itu tidak boleh membukakan
sedikitpun dari tubuhnya, seperti kedua kaki, atau rambutnya di hadapan wanita
lain, baik muslimah atau non muslimah. - Ust Elvi Syam

Monday, April 21, 2008

Sakit.. tubuh badan dan.. hati

Minggu ini aku rasa kurang sihat sikit. Seluruh badan rasa sakit-sakit. Dari kepala, mata, mulut (gusi), badan tak usah cerita lagilah. Semua sendi rasa sengal. Aku kena demam panas dan migraine. Tiga malam aku tidur dengan selimut nipis sebab tak mampu nak kelubung badan dalam duvet tebal. Alhamdulillah, sudah berkurangan cuma gusi ni yang masih lagi bengkak sikit.

Tapi, dalam sakit-sakit tu sempat juga aku pergi menonton teater Hello Dolly di Kings Theatre. Teater ini memang menarik sungguh. Sudah beratus-ratus kali dipersembahkan malah pernah juga difilemkan sekitar tahun 1960an tak silap aku. Tapi mana sama feelnya menonton filem dengan menonton teater. Lagipun ia persembahan muzikal, tepat sekali dengan selera aku. Cerita teater ada di blog akuatik (seperti biasalah kan. Dah namanya ahli kelab underground) hahaha. Lagi satu, tak sah kalau minggu aku tidak diakhiri dengan acara makan-makan pula kan? Kali ini menu kami adalah mee hoon sup Kedah, apple crumble dan teh o ais limau (tawaq habiaq, maaf lah kawan ye, aku tak rasa pun air tu. Main redah je letak gula).

Tengah duduk-duduk tiba-tiba si Izinni pulak menegur via GoogleTalk. Tiba-tiba menyoal pasal blogger dan journalism. Apakah layak seorang blogger menggelarkan diri mereka sebagai wartawan? Hahaha.. Memang picit suis lah tu namanya. Sebab aku pun pernah buat entri pasal Jeff Ooi yang (mahu) menggelarkan dirinya sebagai wartawan.

Baik, di sini aku ingin terangkan. Seorang blogger TIDAK LAYAK digelar wartawan tetapi seorang wartawan BOLEH digelar blogger. Kenapa? Kerana seorang blogger tidak ada kredibiliti untuk menggelarkan diri mereka sebagai wartawan. Apatah lagi sekiranya dia hanya bersembunyi di belakang pseudonym. Isu ini sebenarnya masih lagi dibuka untuk debat umum. Tapi, aku berpegang kepada asas kepercayaan dan kredibiliti.

Memang industri atau bidang kewartawanan ini tidak perlukan seseorang mendapat pendidikan teknikal atau pengkhususan yang mikro. Malah untuk menjadi seorang wartawan yang baik, dia perlu mempunyai pendidikan secara makro iaitu merangkumi semua aspek samada teknikal atau bukan teknikal. Dia perlu tahu setiap yang berlaku dalam dunia, atas awan hingga ke angkasa lepas. Jadi pengkhususan itu sebenarnya tidak releven. Tapi, sudah tentu untuk menjadi wartawan yang baik, kamu harus menerima pendidikan dan latihan yang sewajarnya. Belajar mencari berita dan belajar menulis. Apabila sudah bekerja sebagai seorang wartawan, dia mula belajar membina kredibilitinya pula.

Apa bezanya dengan blogger?
Baik. Soalan aku pada bloggers yang mengaku diri kamu sebagai wartawan.
  1. Adakah kamu keluar mendapatkan berita untuk diisi dalam blog kamu?
  2. Adakah kamu perkenalkan diri kamu pada orang yang kamu temuramah?
  3. Adakah kamu membuat temuramah ataupun kamu membuat andaian/rumusan kamu sendiri? Dan yang paling penting...
  4. Kamu punya akridasi dari Kementerian Penerangan atau tidak?
Kalau jawapannya tidak untuk salah satu pun dari soalan (yang aku terfikir jam 2am pagi ini) di atas, tak payahlah kamu hendak mengaku diri kamu sebagai seorang wartawan. Kenapa pula?
  1. Kalau tak keluar, macamana kamu dapatkan berita? Telefon saja? Macamana kamu nak sahkan berita kamu tanpa hitam putih. Kalau masuk mahkamah pun kamu kalah sebab pihak satu lagi boleh mengatakan informasi yang dia beri pada kamu hanyalah hearsay - khabar angin.
  2. Kalau kamu tak perkenalkan diri kamu, macamana kamu hendak orang percayakan kamu? Bagaimana kamu hendak yakinkan pembaca kamu? Sekali lagi - informasi kamu mungkin hanya khabar angin.
  3. Sekali lagi, rumusan tanpa fakta, tanpa back up hitam putih - hanyalah khabar angin.
  4. Tanpa akridasi, kamu hanya berlakon sebagai wartawan. Kredibiliti kamu - Zero!
Blogger, bak kata pensyarah aku; cuma satu yogurt saja. Kamu ambil berita orang dan kamu masukkan sedikit 'perencah' lalu kamu blend semua sekali. Jadilah yogurt tak pun smoothie. Tapi, yang pasti kamu jadi perampok informasi. Bloggers memberi pendapat. Huh! Semua orang boleh beri pendapat. Tapi yang penting pendapat kamu mesti berlandaskan fakta dan fakta kamu adalah fakta yang kamu boleh sahkan kembali. Kalau setakat menulis saja, semua orang boleh menulis. Macam yang aku beritahu dulu, sekiranya fakta kamu tidak boleh di sahkan kembali, tulisan non-fiction kamu dengan mudah boleh jatuh kategori fiction.

Maaf pada bloggers yang mahu mengaku diri kamu wartawan yang memberi perubahan kepada senario politik di tanah air. Kamu memang pandai menulis, kamu memang pandai memberi pendapat tapi kamu bukan yang bertanggungjawab merubah warna politik. Juga kepada bekars-bekas bos aku yang masih lagi galak menulis senario politik di blog masing-masing. Kamu ada tag nama lagi ke? Tak perlu dabik dada sebab aku lebih hormat pada wartawan-wartawan 'asli' yang keluar mendapat berita tak kira hujan, tak kira panas dan dicemik oleh segelintir manusia. Walaupun dia lidah kerajaan atau lidah pembangkang, sekurang-kurangnya dia ada tag nama yang mewakili syarikat tempat kamu bertugas. Kamu?

Harapkan blogspot.com? Umpama duduk di setingganlah jawabnya. Tak perlu bayar bil, tak perlu bayar cukai pintu. Macam ini kamu hendak mengaku wartawan lagi?

Perbualan aku dengan izinni.. silalah ke blog dia.

disclaimer : Tidak ada niat untuk menyakitkan hati mana-mana pihak. Alhamdulillah kenalan-kenalan dunia maya aku walaupun punya pendapat politik yang bagus tidak mengaku diri mereka seorang 'wartawan'. Aku cuma menerangkan berdasarkan pengalaman dan didikan yang aku terima waktu ini. Jangan ambil enteng tugas seorang wartawan. Kalau kamu rasa kerja ini tidak perlukan otak 'rocket scientist', aku cadangkan kamu pergilah cuba nasib meminta kerja di syarikat media tu.

Oh! Untuk yang tidak kenal aku - aku bukan bekas wartawan hiburan. Jangan tanya aku pasal artis sebab artis dalam negara yang aku kenal cuma Siti Nurhaliza dan artis luar negara yang aku tahu wajah dan suaranya cuma Michael Jackson saja.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, April 16, 2008

Musim bunga


apple blossom

Memang beginilah kami di bahagian utara. Sedang di bahagian Selatan Tanah Ratu dilimpahi bahang matahari musim bunga, kami di sini masih lagi berbungkus baju tebal. Tapi tadi aku sudah nekad, baju-baju tebal sudah kumasukkan ke dalam mesin basuh, kering dan akan dilipat masuk ke dalam beg dan disimpan terus dalam stor. Memang sepatutnya kami sudah berada dalam musim bunga, sudah sepatutnya suhu meningkat ke dua digit. Tapi tadi suhu hanya meningkat ke 9C saja.


Satu-satunya pancuran air di taman ini

Hari ini seorang sahabat sudah berangkat ke tanah air. Cik Dr Faridah no correction (hehehe). Seronok bercampur sedih sebenarnya. Seronok dia akhirnya dapat kembali ke tanah Malaya setelah tiga tahun setengah bertungkus lumus menghabiskan PhD dalam bidang Biologi. Lebih gembira apabila thesis beliau diterima tanpa perlu buat sebarang pembetulan. Tak sia-sia usaha beliau berkelana jauh untuk mendapatkan segulung PhD, taraf tertinggi dalam bidang akademik. Dan agak sedih juga kerana kurang sudah seorang kawan di sini. Semoga beliau berjaya dalam tugas yang sudah menunggu di Malaya. Nanti tiba aku balik, boleh kita makang ikang ye Farid ye!

Hari ini cuaca baik lagi walaupun sedikit mendung. Aku dengan CikSue berpakat nak ke Alexandria Park. Dah lama teringin nak ke sini tapi asyik tertunda saja. Jadi tadi, kami berjalan kaki dari rumah ke taman ini. Taman ini letaknya di tepi jalan. Aku ingatkan kecil saja, rupa-rupanya besarnya lebih kurang Botanic Garden di bahagian West End. Tak banyak bunga-bunga yang ditanam tapi padang hijau atas bukit memang menyejukkan mata memandang. Ada juga tasik kecil untuk itik dan angsa berenang-renang. Ada juga pancuran air di tengah-tengah taman. Taman ini memang sesuai untuk sesiapa datang berehat dan kalau keadaan cuaca baik, boleh berpiknik di atas hamparan rumput hijau.


Pokok ni memang unik. Dahannya berjurai-jurai

Balik dari taman, tetiba datang minat hendak buat nasi lemak. CikSue pulak dah tanak nasi biasa. Hmm... nasi biasa, lauk nasi lemak, boleh kan? Sambal sotong udang, ikan bilis goreng, ayam goreng dan telur rebus.

CikSue letak sambal banyak sangat.. padahal dah bagi amaran dah, sambal ni guna cili kering yang lain, yang pedasnya tahap maksimum huhuhu

Monday, April 14, 2008

Cendol Konser

Kami buat cendol malam Jumaat lepas.




Ini semua gara-gara si Leyha yang tiba-tiba mengidam nak makan cendol. Pagi Jumaat buat peta cina. Dari satu kedai ke satu kedai cina pergi cari cendol siap tapi tak jumpa pulak. Habis dikorek satu almari cari alat yang boleh bentukkan cendol ni, akhirnya jumpalah satu peralatan serba guna untuk menekap cendol hahaha. (Gambar sat gi aku upload - ni tengah update kat rumah akuatik). Nak tahu cerita cendol versi sedih cik mimi pergilah ke blog dia hahahaha.

Seronok sebenarnya berkumpul ramai-ramai di rumah. Bersembanglah apa lagi. Pulak sekarang ni dah masuk musim bunga jadi masa siang tu panjang. Tak terasa sangat lamanya. Cik Farid Dr without correction (tabik tabik!!!) pun ada. Apa lagi bertambah meriahlah sebab dapat mengusik dia. Semoga yang lain pun murah rejeki dapat PhD without correction macam beliau. Dan aku pulak, semoga lulus periksa dengan jayanya hahahahaha.

Lepas makan, kami ke konser pula. Tajuk Konsert tu 'It sounds like music'. Tengok gambar dulu lah ye... ada yang pelik dalam gambar ni. Cari sendirilah kepelikan tu. Nanti aku sambung. La ni nak pi library pas tu nak pergi derma dare eh darah hahahahaha.

Sambungan:

Baik, cerita pasal konser ada di blog akuatik jadi tak perlulah aku cerita lagi, nak tahu pergi saja ke blog dia. Oleh kerana kami perlu ada di sana jam 7pm, jadi aku terpaksa 'halau' tetamu-tetamu balik. Bukan kijam tapi si Leyha pun nak pergi ke rumah orang lain, Cik Farid pun kena beransur cepat. Tak boleh salahkan aku ek?

Hampir tiba ke City Hall, hujan turun dengan lebatnya. Kuyup jugalah kami empat orang sebelum masuk ke dewan untuk julung-julung kali menikmati BBC Scottish Symphony Orchestra. Orkestra kali ini bergabung dengan IRCAM Academy Centre Pompidou sempena Festival of New Sounds for Orchestra and New Technology.


Agak kurang masuk sikit untuk halwa telinga kami tapi, peminat-peminat seni di sini begitu menghargai muzik, maka sebaik saja selesai setiap satu persembahan, mereka akan memberikan tepukan yang gemuruh. Aku pulak yang terharu. Orkestra ini dibahagikan kepada tiga sessi. Setiap sessi lebih kurang sejam kemudian mendapat rehat dalam 10 minit. Kami tak masuk ke sessi ke dua kerana;

  1. Memberi rehat kepada penderaan telinga
  2. Menunaikan solat Maghrib. (Terasa terharu kerana solat di kaki lima saja belakang tiang besar bergilir dengan CikSue - cik akuatik dan cik mimi pula bersolat di depan lif - alahai)
Menderma Darah


Idea hendak menderma darah ni memang dah lama tapi selalu tidak punya waktu yang sesuai untuk pergi ke pusat menderma darah yang terletak berdekatan dengan kawasan membeli belah Buchanan. Jadi, tadi dengan penuh semangat kami pun pergi ke pusat menderma darah ini. Ini saja sumbangan yang aku mampu beri selain dari cukai pendapatan aku yang mereka kutip saban minggu. Perkh!

Tiba saja, kami diberi borang untuk diisi. Proses screening di sini lebih ketat berbanding di tanah Malaya. Banyak juga kotak-kotak kecil yang perlu aku isi dan tanda. Proses screening aku lepas dengan jayanya kerana sudah tinggal di sini lebih setahun. Untuk pengetahuan (bagi sesiapa yang tidak tahu) Malaysia termasuk dalam zon Malaria jadi my fellow citizen yang baru tiba di sini kurang dari setahun, tidak dibenarkan menderma darah. Tunggulah setahun lagi untuk pergi ke pusat menderma ini. Aku bernasib 'baik' tapi akuatik tidak. Dia tak boleh menderma (hahaha kesian kau ek!) sebab dia baru balik Malaysia bulan Januari lepas dan kemudian ke China pula. China memang antara negara paling berisiko tinggi. Terpaksalah dia menunggu hingga tahun depan sekiranya masih bersemangat untuk menjadi penderma darah. Oh aku pun meletakkan nama untuk 24-hour donor di mana sekiranya ada krisis simpanan darah yang akut, aku boleh dipanggil dalam masa 24 jam untuk menderma.

Aku rasa ini kali ke 8 ke atas aku menderma darah. Dulu aku ambil peluang derma darah bila aku kena pergi assignment blood donation (ini kira tugasan paling ringkas untuk hari Sabtu atau Ahad). Ataupun bila keadaan memerlukan aku menderma darah. Seronok pula tengok darah mengalir keluar melalui tube ke beg darah. Alhamdulillah kurang dari 10 minit beg darah aku sudah penuh dan tak ada pula pening atau rasa nak pitam.

Selesai menderma, sessi mencari makan bermula. Kali ini kami ke Govanhill pula mencari makan. Pergi ke kedai briyani pula. Ramah pula taukeh kedai ini siap datang ke kami yang sedang menyuap nasi bertanya pasal Malaysia. Soalan pertama dia, "Orang Malaysia memang cakap Inggeris ke?" hehehehe.. pelik gak tu, sebab aku dengan akuatik sembang dalam bahasa Melayu jer..

Friday, April 11, 2008

Buku pula

Well, well, well. Seems that I'm not the only one who is skeptical about the birth of a certain blog. I thought I was just being cocky and riak dan takbur when I posted my two pence (and later deleted it for fear of becoming more riak dan takbur haha). I was talking about hyusof.com. About a mother who sets up a blog to 'clear the air' and the 'misconceptions' about her family. I do symphatise with her for what happened with Sufiah. No mother should be put to such a humiliation like this. May Allah grant her the strength. Anyway, lets talk about the blog. It just saddens me actually that the 'real story' excludes Sufiah. Not even the 'About Us' column has a special snippet about her. I'm not saying that creating a blog and cleaning 'certain air' means you need to start airing all your dirty laundry in public but, at the moment the main concern of public (those who are still adamant that 'all of you' are fellow Malaysians) is about 'clearing' Sufiah. Do we really want to know about the abuse? Well, being a busy body society that we are, the answer is of course. Do we really want to know about why Sufiah ran away? Definitely. Just that the Press back home has no means (monetary?) and the guts to get off their lazy arses to go looking for story. Oh well! An anonymous replied in one blog (malas nak bubuh) that what Suffiah does now is her own choice, what happened to the family is their own private matters. We should not jaga tepi kain orang. In my opinion, when you start a blog, diary, webpage or anything on the Net that is easily accessible to the public; your life, your say, your thoughts are no longer private. How are we the Net-users, the so called individuals in the blogsphere (faveret term lecturer aku) not becoming busybodies? Who love to jaga tepi kain orang? Ah, lets just see how it will end, shall we?
(Just to remind those who are reading, this is my private thoughts on my private blog so please jaga tepi kain masing-masing ya hahahaha)


Kali ni aku nak cerita pasal buku pula. Ingat tak buku War on Truth yang aku beli sikit masa dulu. Aku sudah berjaya menghabiskannya, walaupun ada sedikit buat lompat-lompat katak.

Keistimewaan buku ini mestilah terletak pada penulisnya. Macam Davit Pratt juga, Mackay bertugas di Sunday Herald (Buku ni pun diterbitkan oleh SundayHeraldbooks). Beliau merupakan editor Siasatan dan Hal Ehwal Dalam Negeri -Home Affairs and Investigations editor Di Sunday Herald. Beliau banyak memenangi anugerah kewartawanan sepanjang career beliau di dalam kewartawanan.

Apa yang menarik pada buku ini - Cara penulisan Mackay yang selamba. Penggunaan perkataan yang tidak terlalu formal seolah-olah kita sedang 'bercakap atau berdiskusi' dengan beliau secara terus. Ada juga penggunaan 'hell, bullshits' dan pelbagai lagi bahasa yang sudah pasti tak akan lepas meja editor aku kalau aku yang menulisnya. Bahasa selamba dan sarkatik yang sangat-sangat aku suka.

The War on Truth fokus pada penjajahan dan peperangan di Iraq. Mackay mengasak dua pemimpin terkenal Bush dan Blair yang menjadi mastermind dalam perang di bumi 'Hikayat Seribu Satu Malam' ini. Tapi benarkah mereka saja yang perlu dipersalahkan? Bagaimana dengan kuasa-kuasa besar dunia yang lain?

Mackay mengupas kisah di sebalik peperangan ini dengan teliti. Walaupun bahasanya agak sempoi dan selamba, tetapi fakta yang diberikan adalah tepat dan dari sumber yang boleh di verify (apa dalam bahasa Melayu? ahhhhh!!). Kalau sesiapa yang suka conspiracy theory mungkin akan suka sangat baca buku ini sebab di dalamnya penuh dengan cerita-cerita spy, tapi sebenarnya buku ini BUKAN mengenai conspiracy theory, ia semua adalah fakta kerana Mackay buat research yang mendalam sebelum menghasilkan buku ini.

Menurut Mackay, Saddam merupakan produk negara-negara Barat. Bukan saja Amerika atau UK yang menjual dual-purpose produk yang boleh digunakan untuk membuat bom nuklear atau mesen jantung, bom biologi sarin atau pembunuh rumpai, tetapi juga negara-negara barat yang lain termasuk Jerman dan Perancis (yang konon-kononnya tidak setuju dengan Iraq liberation oleh dua kuasa besar ini) juga jadi pembekal produk ini sejak tahun 1980an lagi. Di UK saja berpuluh-puluh syarikat membekalkan produk yang boleh diubah menjadi bom ini kepada Iraq.

Ketika perang Iraq dan Iran, kuasa Barat terus membekalkan Saddam dengan produk ini walaupun mereka tahu yang Saddam sudah 'alter' produk export mereka menjadi bom untuk digunakan ketika perang saudara itu. Tapi, mereka pejam mata saja sebab mereka memang mahu Saddam menang. Permainan politik dunia memang sangat memualkan. Apatah lagi bila kita tahu semua kuasa barat sebenarnya bergabung tenaga untuk memusnahkan negara-negara Timur Tengah dan menghirup hasil dunianya. Mackay menuduh dunia yang didalangi Amerika sebagai pembunuh terbesar kerana sewaktu sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas Iraq, beratus ribu rakyat yang terkorban adalah orang tua, wanita dan kanak-kanak. (Lihatlah di tangan anda, ada darah yang terpalit).

Krisis minyak di Amerika memburukkan lagi keadaan. Bukan setakat itu saja, Mackay juga expose tentang krisis bekalan elektrik yang melanda California dan skandal Enron. Ianya semua berasaskan duit. Yang 'menakluk' Iraq juga konco-konco White House. Mereka memusnahkan dan kemudian kononnya cuba membangunkan kembali Iraq dengan menggunakan wang siapa? Wang hasil bumi rakyat Iraq sendiri. Kira 'win-win situation'. Mereka tidak rugi sekupang atau seduit sekalipun. Yang rugi cuma rakyat Iraq.

Antara excerpts yang aku suka

Remember, information is a hand grenade. So, if you see Bush and Blair chuck this book at them for me.

It was at the collapse of the Matrix Churchill case in the autumn of 1992 that led to the setting up of the Scott Inquiry - a wide-ranging investigation into what the Thatcher and Major governments had been up to during the 1980s and early 1990s when it came to arms sales to Saddam. The proceedings kicked off soon afterwards under the eyes of Sir Richard Scott, a rather maverick judge who'd spent his formative years in India and South Africa, and who irritates the hell out of the Tories on every count, including the fact that he cycled to work. That as way too anti-Establishment for the Conservative Party back then.

Germany after all was shown by Iraq to be its biggest arms-trading partner with some 80 companies sending WMD technology to Saddam - including the firm Siemens. It sold medical machines with dual-purpose parts that could be used in nuclear bombs.

Macam biasa, secara keseluruhan memang aku suka buku ini. Sarat dengan fakta hasil penyelidikan yang dijalankan bertahun-tahun. Kewartawan dan penulisan merupakan industri yang sangat berasaskan kredibiliti individu itu sendiri. Tanpa kredibiliti, buku non-fiction seperti ini mudah jatuh pada kategori fiction saja. Setiap fakta yang ditulis haruslah boleh disahkan kembali (yay! dah dapat!). Komen atau pendapat wartawan itu pun harus bersandarkan kepada fakta. No opinion or comment made personally, all conclusions are made based on fact and verified sources.

Lepas ni nak kena cari buku The Comfort of Strangers tulisan Ian McEwan pula dan buku Satanic Verses oleh Salman Rushdie di Goma Library hehehehe.




Wednesday, April 09, 2008

Cuti

Cuti sekolah lagi. Kolej pun tutup seminggu. Tapi hari Isnin dan Selasa lepas aku kerja sebab ganti hari aku turun ke KL (Kota London). Jadi hari ini, secara rasmi aku tak pergi kerja dan aku tak pergi sekolah hahahaha..

Jadi, apa aktiviti aku, bermula hari ini?

Cuba dan cuba juga untuk bangun lewat tapi sebab jam badan (body clock) sudah terbiasa bangun pada masa yang ditetapkan, tepat jam 4.30am aku sudah terbuntang biji mata. Paksa lagi untuk tidur sampailah CikSue bersiap-siap hendak pergi kerja, tapi akhirnya aku kepeningan. Bangun dan terus kejutkan Abang Chard. Sementara tunggu Abang Chard terkebil-kebil loading aku pun buat apa yang perlu dan terus ke ruang tamu korek DVD.

Aha! Hari ini aku tengok DVD pasal 9/11 - The Filmakers' Commemorative DVD Edition (2002).

Filem dokumentari ini dibuat oleh adik beradik dari Perancis Jules dan Gedeon Naudet (handsome! Handsome! Sangat Handsome!! - err masa tu lah. Oh sila baca dengan tergedik-gedik). Asalnya mereka hanya mahu buat dokumentari tentang ahli bomba (firefighters) di NewYork dan telah memilih subjek mereka Antonio Benetatos, di mana mereka akan mengekori dan mendokumentasi perkembangan Tony dari seorang probie iaitu probationary officer atau ahli bomba mentah sehinggalah beliau habis tamat tempoh probationary selama sembilan bulan. Dokumentari ini untuk melihat transformasi Tony dari seorang anak muda yang mentah menjadi seorang ahli bomba yang matang.

Sekitar pre-911, banyak juga adegan yang menarik yang mereka rakamkan. Tony ditugaskan di Engine 7, Ladder 1 tak silap aku. Memang tak jauh dari (bekas) Twin Tower di Manhattan tu. Untuk probies ni mereka sering kategorikan kepada dua - satu, black smoke, iaitu ke mana saja dia pergi, mesti ada kebakaran serius yang berlaku dan satu lagi white smoke. Tony berada dalam kategori ke dua. Lama juga dia menunggu untuk mendapatkan first fire nya sehinggalah satu hari dia dapat juga padamkan kebakaran kecil. Kesian dia.. asyik kena sakat saja dengan seniors.

Pada hari 9/11 Gedeon yang selalu menjadi jurukamera bercuti, tempatnya digantikan oleh Jules. Lagipun Gedeon rasa ini mungkin masa yang elok untuk Jules asah lagi bakat mengambil gambar. Jadi, pagi tersebut mereka mendapat panggilan untuk memeriksa gas bocor di satu jalan di Manhattan. Sedang mereka memeriksa, mereka dengar bunyi enjin kapalterbang. Agak pelik juga sebab ia bukan laluan kapalterbang. Dipendekkan cerita, kapalterbang tadi sudah melanggar salah satu menara World Trade.

Apa yang menarik tentang dokumentari ini, ia adalah contoh Jules was at the right place at the right time - with the right equipment. Dia kemudian dapat membuat dokumentasi dari dalam menara tersebut. Keadaan yang kelam kabut. Bagaimana mereka terpaksa bekerja tanpa informasi yang tepat. Yang penting bagi mereka adalah untuk menyelamatkan mangsa. Aku kagum dengan semangat kerja mereka. Tanpa banyak soal mereka hanya ikut arahan. Arahan kata panjat tangga hingga tingkat 80, itulah yang mereka lakukan. Dalam kalut-kalut itu, sebuah lagi kapalterbang melanggar menara yang satu lagi. Mereka kat dalam tu cool aje. Jules kata api menjulang turun dari lohong lif. Ramai yang mati rentung dan dia tak tergamak nak ambil footage itu.

Tak lama selepas tu, audience dapat dengar bunyi letupan kuat berkali-kali. Jules kata itu bukan letupan tapi jumpers. Orang yang sama ada terjatuh atau terjun (membunuh diri). Mangsa jatuh berkecai. Dalam sejam kemudian, mereka terdengar seperti bunyi ombak yang sangat kuat dan semua terus melarikan diri menuju ke tangga bergerak. Rupa-rupanya bangunan mereka runtuh. Ahli bomba dari Ladder 1 semua selamat. Sedang Jules di dalam, Gedeon pula mengambil gambar huru-hara di luar. Tony pula yang ditugaskan menjadi balai telah keluar mengikut seorang bekas pegawai bomba Larry Burns (tak silap aku) dan kelibatnya tidak kelihatan.

Secara keseluruhan, aku suka dengan dokumentari ini. Tak ada prejudis, tak ada bias. Tidak berpihak kepada mana-mana ideologi hanya fakta yang diberitahu. Dokumentari ini memang untuk ahli bomba yang bekerja keras untuk selamatkan mangsa. Bukan setakat tentang ahli bomba saja, ada juga ditunjukkan bagaimana sikap New Yorkers yang membantu dengan memberi sekadar termampu seperti selimut dan biskut untuk ahli-ahli bomba ini. Ada satu footage di mana New Yorkers menyambut kepulangan mereka dari Ground Zero dengan tepuk sorak dan laungan Heroes! Mereka kata, mereka tidak merasa seperti Hero pun hari itu.

Oh! Apa jadi pula dengan Tony? Tony kembali ke balai selepas 9 jam 'hilang' bersama Burns. Rupa-rupanya dia bertugas mencari mangsa di runtuhan. Tony keluar sebagai seorang budak mentah dan kembali sebagai lelaki yang matang. Bak kata Gedeon "Tony became a man in that nine hours". Oh ada interview mereka di sini.

Dan kalau ada sesiapa yang nak bersoal jawab dengan Queen Rania of Jordan, bolehlah tengok ke sini di blog akuatik. Queen Rania akan kumpul semua soalan tentang Islamophobia dan Arabophobia sehingga bulan August baru dia jawab.

By the way, cerita pasal Jordan ni, dulu aku ada baca buku tulisan Norma Khouri Forbidden Love. Konon cerita tentang honor killing yang terjadi pada sahabatnya Delia di Jordan. Mungkin honor killing benar-benar berlaku di Jordan tapi cerita yang kononnya kisah benar rupa-rupanya cuma penipuan si penulis saja. Hampes. Mahu saja aku mintak ganti rugi beli buku menipu macam ni. Chess! Nak tau kisah tipu ni silalah ke sini dan ke sini.


Monday, April 07, 2008

Kalau dah suka...


sorry ler aku tak pandai melukis ngan pad/tetikus macam ati hahahah

Hoh! Gambar tak sensor cuti-cuti cik Elly ke rumah aku ada kat sini hahahahaha


Pagi-pagi balik kerja terus ke rumah Akuatik. Acara makan semalam tak habis lagi.

Tiba-tiba...

"Kau dah baca berita tak?"

"Berita apa?"

"Latest pasal Sufiah."

"Tak." Kerut dahi. Semalam aku kerja sehari suntuk. Balik terus ke rumah akuatik. Tak de pulak cerita pasal berita. Pagi tadi pun kerja, tak sempat nak baca online news.

La ni aku dah baca. Kalau korang nak baca sama.. klik kat sini Video ada gambar pun ada. Tengoklah sampai ketumbit mata tu.

Ini yang aku maksudkan 'kalau dah suka'. Nak beri bantuan pun berpada-padalah.

Nauzubillah.

Saturday, April 05, 2008

R.I.P

Elly - Ko dah tanya mak dia ada umah x esok? lepas meeting tghari aku akan pergi ngan zura... mungkin dlm kul 4-5 aku smpi ler.. x yah suruh mak buat karipap ke bihun ke bagai kang teruk abah nak kena ligan ayam tp kalu ada mempelam tu mmg leraku x malu nak mintak! haha..

Aku - Mak mtk ko tel dulu dlm kul 10am. Nak kompem kul brapa kome smpai. mangga ada. Debab tp msih muda belia lg. Belasyan ada. Weh amik gambar la tepek kat blog. Rindu kat pokok mangga huwaa!

Elly - Demi hang aku akan amik gambo pokok mangga. pakcik jual belasyan, abg2 yg meniaga ikan bakar ngan cencaluk, zoo melaka,plaza tol air keroh, kilang maggi, traffic light kat umah hang ngan gambo ketua kg hang skali.. ada apa2 lg?

Aku - Boipren aku skali ek? kaki 4 itam legam hahahaha

Elly - Ya.. ya kalu dia lari aku akan ligan smpi aku berjaya amik gambo dia.. umah jiran belakang umah nak x?pokok serai, daun pandan.. lg satu gambo bilal ngan pak imam taman hang pun akan aku tepekkan kat blog.

Aku - hang ni! Aku kat dlm library! mana blh gelak!! Bencilah! [kepala kotak aku sedang membayangkan elly dok aci ligan kucing sambil pegang kamera fon]

Elly - Hahaha... hang mesti tgh gelak angin sambil bergegaq... ingatkan hp je vibrate.. muahahaha

Rehat sambil pasang YM. Tiba-tiba kekanda aku tegur.

ladychoon: salam

ladychoon: ada ke?

ryhano: salam ada

ryhano: tapi tak leh lama

ryhano: tengah buat essay

ladychoon: ooo… sama la…

ladychoon: dah nal balik dah ni

ryhano:ooo

ladychoon: ada nak pesan pape kat mak ke?

ryhano: tak pe tak pe… cuma elly nak mai umah esok

Bla bla bla

ryhano: kucing itam aku tu ada lagi ke kat rumah

ryhano: wakakakaka

ladychoon: dah tukar color… kuning

ladychoon: ada anak lg

ryhano: aik? Camno boleh buat colouring ni?

ladychoon: baper eko aku tak cek lak

ryhano: dah buat sex change plak tu

ladychoon: bukan yg itam tu la.. kucing baru

ryhano: laa itam pi mana?

ladychoon: yg itam dah selamat…jd santapan mat2 nepal kat situ

ladychoon: agaknya laa…

ryhano: biar betul! :(

ryhano: cis!

ladychoon: sbb mak kata tetiba jer ilang

ryhano: ko ni…

ryhano: sudah :'(

ladychoon: betul la… sejak dorng dok sewa kat area tu…

ladychoon: byk kucing ilang

ladychoon: kucing parsi ke**** dpn umah tu pun ilang…

ryhano: naper tak nampak bulu2 dlm longkang ke?

ryhano: depa buang kat mana?

ladychoon: mana aku tau… orng dia kan kreatif… mana tau kulit tu dorng jemur pas tu goreng at kopok ke?

ladychoon: keje kilang… bpr sgt gaji dpt…

ladychoon: nak bayar sewa umah lg….

ladychoon: so kena la jimat… cari mkn free

ryhano: ko ingat ni bab* ke?

ryhano: kulit boleh buat kopok

ryhano: bab* boleh ler.. tak de bulus

ryhano: kucing berapa juta la bulus dia

ryhano: susah nak tarik satu2

ladychoon: goreng sekali laaa… kan bila dah jemur lama2 … dia kering jugak

ladychoon: :D

ryhano: perkh!

ryhano: lapar la plak :-S

Bla bla bla


Ni Bandit. Kucing jantan kampung bodoh jer. Kurus kediang, tapi cekap curi ikan bonda aku. Aci ligan pun laju. Kecoh kalau masa aku ada saja. Kalau aku tak ada, pandai pulak dia bawa diri. Ayahanda aku cakap biar dia kurus, senang nak larikan diri bila kena baling ngan senduk bonda. Sebenarnya ayahanda tak mahu dia jadi macam kucing putih aku dulu. Debab. Nak kejar tikus pun tak larat. Aku selalu ugut nak spray cat itam kat perut Bandit yang putih tu. Kurang ganas sebab ada white patch. Kalau hitam semua baru ganas. Boleh jadi kucing hantu. La ni dia pun dah tak ada... sedehnya.

Eh! Betul ke orang Nepal makan kucing? Musykil lah. Memang lah dah ramai orang Nepal duduk kawasan perumahan tu sebab depa kerja kilang dekat-dekat situ. Memang orang Taman kata kucing dah semakin berkurang tapi tak ada bukti yang jelas mengatakan orang-orang Nepal ni jadikan kucing delicacy dorang. Tak nampak bulu sepah-sepah ke, tulang temulang ke, belulang ke. Kat mana dorang buang bangkai? Aku tak sempat pulak nak interview dorang tanya, sebelum datang sini. Kalau benarlah mereka makan kucing, errr.... sedap ke?

p/s - kita tunggu cik Elly sama ada dia akan upload gambar atau tidak. Terakhir aku text dorang, mereka katanya tengah berseronok berjalan-jalan kat Jonker St. Hah! Baru korang tahu Melaka ni best!

Thursday, April 03, 2008

Jadi, bagaimana?

Kecoh sudah satu Malaya pasal isu Sufiah dan Fitna. Jadi apa rumusannya?

Apakehal nak tarik Sufiah pulang ke Malaysia, dia bukan rakyat Malaysia pun. Nak boikot barang Belanda, sanggup ke nak buang tv Philips yang lebih 30 inci tu?

Bukan ke makcik menteri tu juga yang kata dulu, kalau dah darurat, hukum melacur dah jatuh Harus. Darurat kot dah budak tu? Kan dah Harus dah tu. Tak ada dosa. Boleh saja, kalau nak cari duit bayar yuran sekolah. Kalau dah tak berdosa tu buat apa nak tolong? Susah-susah ajelah Makcik menteri n i. Baik concentrate buat benda lain, eh dah settle ke isu rumput dengan orang sebelah?

Lagi satu, yang depa semua ni sibuk-sibuk nak boikot barang Belanda ni kenapa pula? Nak marah-marah ter-over-over pasal filem Fitna ni apa hal? Nak menari ikut rentak si Geert Wilders tu ke? Jerky response. Baru diketuk sudah melatah? Kalau nak tonton, tonton saja filem tu. Tapi emosi tu letak jauh-jauh. Tonton dengan perasaan yang waras. Timbang dengan akal. Kalau sampah, buang saja. Tak perlu simpan-simpan. Tapi bukan bermakna kita tak perlu ambil tahu. Jangan jadi dungu.

Relax babe! - Pesan Rasulullah s.a.w - orang yang gagah itu adalah orang yang berjaya mengawal diri ketika marah.

err.. lagi satu, toksahlah boros nak buang duit pi Manchester ni, tu... anak bangsa yang digelar Bohsia dengan Mat Rempit tu... tolonglah selamatkan dulu.

Kalau korang nak tau.. pi blog akuatik atau ke sini (allo mister, grammar problem lah).

Monday, March 31, 2008

Fitna

Lepas satu.. satu pula yang jadi.

Satu lagi propaganda nak memburuk-burukkan Islam. Musuh Islam semakin bersaing hendak menjatuhkan agama suci ini. Dari secara halus hingga ke cara yang paling kurang ajar. Filem pendek Fitna kali yang kedua dibuat oleh karyawan dari Belanda. Sebelum ini filem pendek ini juga dilahirkan di Belanda. Di terbitkan oleh seorang wanita yang sudah murtad. Seperti yang itu, video yang ini juga atas idea seorang Ahli Parlimen yang memang benci dan cemburu pada Islam dan Muslims. Sebabnya? Semakin ramai orang Islam berada di Belanda dan di bumi Eropah. Si Geert Wilders ini bimbang di Eropah Western Civilisation hilang dan diganti dengan Islamic Civilisation pula. Dia lupa tamaddun Eropah itu asalnya dari mana? Kalau tidak ada Islam, entah-entah mereka masih lagi berperang sesama sendiri, tidak tahu mandi dan buang air merata-rata!

Kamu, kalau tak dapat menonton video ini di sini, terus saja ke web ini.






Sunday, March 30, 2008

Betul ke?

Aku tak tahu sama ada berita ini benar atau tidak. Rasanya dah ramai bloggers yang letak berita ini di blog masing-masing, termasuklah Rocky. Juga ada dalam forum Cari.

Pagi-pagi tadi aku dah dapat emel dari kawan pasal berita ini, tapi aku biarkan saja, sebab aku tak percaya sangat dengan suratkhabar News Of The World ni. Suratkhabar ini kira tahap suratkhabar nyamuk saja. Lagipun ia sister paper untuk Suratkhabar The Sun. Kredibiliti kedua-dua suratkhabar ini diragui. Tapi, demi memuaskan hati aku, akuatik, mimi dan CikSue, aku keluar juga cari suratkhabar ini tadi. Diva juga ada bertanyakan soalan yang sama. Sukar untuk aku percaya, tapi bila ditenung-tenung, mungkin ada benarnya.

Buatlah penilaian kamu sendiri. (Maaf aku tak sensor gambar)


More on Sufiah

Ke Ibu Kota

Oleh kerana bonda tak benarkan aku balik ke Malaysia, aku pun apa lagi... pergilah ke mana saja yang aku suka. Aku ke ibu negara Tanah Ratu selama empat hari. Seperti biasa, keretapi menjadi pengangkutan awam pilihan aku. Tapi memandangkan tiket pergi baliknya sangat mahal, aku terpaksa menggunakan perkhidmatan penerbangan murah sebagai mode transportation untuk pulang ke kampung di Glasgow. Aku cuba telefon bonda tapi line tak elok. Sudahnya aku pergi tanpa berpamitan dan hanya meninggalkan pesan pada kekanda.

Perjalanan pergi mengambil masa 5 jam kerana tren hanya berhenti di empat perhentian; Glasgow-Carlisle-Preston-London Euston. Disebabkan tempat duduk aku bersebelahan tingkap yang agak kecil, mood hendak mengambil gambar juga hilang. Lagipun Glasgow dituruni salji umpama kelemumur yang berguguran sepanjang pagi. Cuaca agak mendung dan hujan di beberapa tempat. Aku habiskan masa dengan membaca dan berbual dengan pakcik di sebelah yang dalam perjalanan dari Carlisle ke Kent.



Tiba di London Euston, aku cari jalan untuk ke Bayswater kerana menginap di Hotel Berjaya Eden Park (fuh! Ibarat orang kaya!). London memang terkenal dengan sistem keretapi bawah tanah. Alhamdulillah, aku tidak ada masalah mencari jalan ke Bayswater walaupun kali terakhir aku ke London, sekitar 2001. Lagak seorang Londoner, aku bertukar-tukar laluan keretapi bawah tanah, dari blue line (piccadilly) ke green or yellow line (district or circle line) dengan berbekalkan Oyster Card (ala touch n go) dengan value added £10.

Bilik 117 menjadi tempat penginapan aku di London untuk selama empat hari. Biliknya sangat kecil, muat-muat untuk dua katil bujang. Sebuah bilik air yang sangat-sangat kecil. Tanpa makan pagi dan tanpa movie channel di TV. Apapun aku tetap bersyukur kerana dapat tinggal di bilik hotel dengan percuma. (hahaha! Adalah satu rahsia bagaimana aku dapat menginap dengan percuma di hotel ini. Maaf, ini untuk melindungi 'kroni' dari dihujani dengan pertanyaan dan permintaan bilik percuma! hehehe).

Di sebabkan terlalu letih, aku hanya keluar di daerah Bayswater untuk mencari makan malam. Sebenarnya banyak juga kedai halal di sini tapi hari itu, aku tiba-tiba saja tekak aku cerewet untuk mencari makan. Sudahnya aku beli kebab.


Hari ke 2

Sebenarnya aku ke sini untuk memperbaharui paspot antarabangsa yang bakal tamat tempoh pada 04/04/2008. Lepas bersarapan ala kadar. Aku keluar dari hotel jam 8.15am. Tengok cuaca sangat cerah, maka aku ambil keputusan untuk berjalan saja ke pejabat imigresen di Belgrave Square dengan memintas di Hyde Park. Sudah! Aku terlupa bahawa Hyde Park itu tersangatlah besarnya. Akhirnya setelah 1 jam suku, baru aku tiba ke pejabat imigresen.

Oh! Dan aku lupa, bahawa di London orang Melayunya jarang tersenyum. Dan ibarat orang kampung yang turun ke ibu kota, aku pula murah dengan senyuman. Akhirnya, aku berkawan saja dengan Cina dan India Malaysian yang sama-sama memperbaharui paspot di pejabat imigresen. Berborak dengan seorang india dari Bentong yang datang ke pejabat untuk pengesahan dokumen penting. Beliau hendak berkahwin dengan boyfriend seorang India-British. Tiada nasihat yang dapat aku beri, kecuali Good Luck! Selesai berurusan aku ke Harrods pula untuk membeli Turkish Delight kiriman Cik Mimi.

Petangnya, selesai mendapat paspot baru, aku telefon rakan-rakan beronggeng di London. Mereka sedang ber-shopping di Oxford St. Aku terus ke sana, bertemu di hadapan kedai NEXT. Expedisi diteruskan dengan mencari kedai Primark. Aduh lahai! Berjalan mengukur sepanjang Oxford St mencari kedai Primark yang sebenarnya banyak di Hull, Manchester dan Glasgow!! Bila sudah jumpa kedainya, tidak pula membeli. Fuh! Aku memang sudah capek sangat-sangat, macam nak terputus urat kaki. Rasa tumit pun dah rata mengukur Hyde Park pagi tadi bersambung pula di Oxford St.



Malam itu, sebelum pulang ke hotel, kami singgah pula di kedai makan. Kedai India menjadi pilihan. Aku dibelanja sempena harijadi. Wah wah wah! Dapat makan free lagi! Lamb Briyani menjadi pilihan aku, Ani pilih Chicken Briyani dan Marina pilih Prawn Briyani.



Oleh kerana bilik sebenarnya untuk dua orang saja, kami terpaksa menyeludup seorang lagi ke bilik hehehe.. Terpaksalah berkongsi katil ek!

Hari ke 3

Hari ini memang hari berjalan-jalan untuk satu hari suntuk. Destinasi pertama adalah ke London Eye. Cuaca agak tidak berapa baik tapi sebab tiket sudah ditempah dan dibeli, maka terpaksalah kami redah saja sambil berdoa semoga ada belas untuk benarkan kami menikmati pemandangan dari puncak tertinggi dari Feris Wheel raksasa ni.



Alhamdulillah, walaupun cuaca agak mendung, dapat juga kami lihat pemandangan London yang err... serabut sebenarnya. Turun saja dari London Eye, hujan mula turun dengan agak lebat. Angin pun kuat juga. Kami ke destinasi seterusnya - British Museum.

Aku dah lama teringin nak pergi ke British Museum ni sebenarnya. Tak perlu bayar, percuma saja. Tapi waktu kami ke sana, ada pameran Emperor dari China. Yang ini kena bayar. Aku ingat dalam hujan-hujan begini, tak ramailah pelancong ke muzium, rupanya ramai juga. Jadi feel-nya agak kurang, bagi aku. Tapi alhamdulillah, dapat juga aku jejakkan kaki ke sini.



Dari Muzium British, kami teruskan perjalanan pula ke Portabelo Market. Destinasi pertama di sana adalah Makan Cafe. Satu-satunya restoran milik Melayu yang menjual makanan Melayu (setahu aku) di Portabello. Makanannya memang mengikut citarasa orang Melayu. Kalau kau mahu pedas, bagitahu saja pada tukang abang yang ambil order. Seronok dapat makan pedas di Portabello Market. Tempat ini terkenal dengan barangan dagangan antikuiti. Memang seronok melihat barang dagangan di sini. Tapi memandangkan kami ke sini hari Jumaat, tidak banyak kedai yang menarik. Lainlah kalau datang masa hujung minggu, kawasan ini memang meriah dengan pengun jung dan pelancong asing.

note : gambar di kamera Ani. Akan diupload kemudian.

Hari ke 4

Hari aku pulang ke Glasgow. Tak ada aktiviti yang menarik hari ini, kecuali berjalan-jalan saja di sekitar Bayswater. Sarapan kami hari ini di Malaysia Hall. Makan nasi lemak. Sambal yang ter-over pedas tapi aku suka hahahaha. Oh! Ada celebrity bersama-sama makan dengan kami di sini tapi minta maaflah, aku tak berapa suka dengan celebrity. Memandangkan aku pun duduk di hotel ternama, maka aku lebih suka jadi 'riak dan takabur' saja hahahaha.



Kami berpisah di stesen Notting Hill Gate. Marina dan Ani akan terus ke Oxford St lagi kerana keretapi mereka kembali ke Hull, hanya bergerak pada jam 3.30pm, manakala aku terpaksa ke Victoria Station untuk menunggu bas ke Stanstead Airport. Aku tiba awal di sana, maka aktiviti aku hanyalah melepak di sebuah tempat membeli belah yang lengang. Jam 1.45pm aku terus naiki bas ke lapangan terbang. Di sana, aku lepak dan solat jama' takhir. Melepak dan menjamu mata di kedai-kedai sehinggalah waktu berlepas jam 6.10pm.

Tiba di bandar Glasgow, jam sudah menginjak ke pukul 8pm. Dalam sejuk dan hujan renyai aku tiba di rumah 15 minit kemudian. Alhamdulillah, segala urusan aku selesai tanpa masalah. Aku sudah menjadi PADI (Pendatang Asing Dengan Izin). Aku menjadi pemilik paspot antarabangsa yang dikeluarkan oleh High Commission of Malaysia, London sehingga tarikh 27 MAR 2013.

Maknanya sehinggalah visa aku pula tamat tempoh, terpaksalah aku bawa dua paspot sekiranya hendak keluar dari Tanah Ratu ini.


Tuesday, March 25, 2008

Haiyak!

Sedihke?

Ha'ah


Nak nangeske?


Ha'ah


Kenapa?


Hehehe... tak ada yang serius sebenarnya. Cuma emak tak bagi balik saja.


Heh?


Lawak? Memang. Aku telefon bonda beberapa minggu lepas. Saja untuk mohon izin balik dalam bulan tujuh atau lapan. Ya, ya dah tua-tua begini pun kena mohon izin nak buat apa-apa sebab aku kan masih lagi dibawah tanggungjawab ibu bapa (kahkahkah!). Lagipun bonda aku memang terkenal dengan 'daulatnya'. Bantahlah katanya, mesti aku akan dapat padah. Banyak kali dah berlaku. Lawak lagi? Memang!

Aku tak adalah sedih sangat bila dia tak bagi balik tu, bukan tak biasa berjauhan. Cuma cara dia menyampaikan maksud tu yang menjadikan aku sayu. Arahannya "Tak payah balik. Semua orang sihat!"

Adus! Kiranya aku hanya boleh balik kalau ada orang tak sihat agaknya? Kemudian kata beliau lagi, "Kalau ada apa-apa nanti atau bila mak kata balik, barulah balik." Ha? Ada apa, apa? Nak suruh balik macamana? Bukan boleh sampai dua tiga jam. Sekurang-kurangnya dua tiga minggu. Nak murah kenalah dua tiga bulan. Aduhailah, bonda! Dulu siapa yang berat hati nak lepaskan anak dia ke sini? Sampai ugut, "Kalau mak mati, *toot* tak sempat nak tengok." Dan aku pun akan ugut balik, "Sama juga, kalau *toot* mati pun mak tak sempat nak tengok juga." Tapi jawapannya, "Mak tak kisah pun *toot* mati kat mana pun." Aik?! Boleh double standard gitu?

Bonda aku memang seorang yang tough cookie. Kuat semangat, keras hati, keras kepala dan sangat-sangat tabah. Jadi, kami adik beradik memang sudah dilatih untuk jadi kuat semangat, keras hati, keras kepala dan err... belajar jadi tabah. Kami juga sudah diajar kalau mahukan sesuatu, usaha sampai dapat, jangan tahu nak mengomel saja tapi usaha tak ada. Dan pada yang sama, kami sudah dilatih untuk tidak ambil hati kalau ada kata-kata beliau yang buat kami terguris. Alah, dia bonda. Dia yang melahirkan dan membesarkan kita, walaupun masa jaman remaja dulu, kami sering juga jadi pemberontak. Tapi, anak-anak mak sekarang dah besar, dah matang dan rasanya tahap degil itu pun dah berkurangan.

Pasal isu nak balik ni pula, Cik Akuatik ada bagi cadangan untuk aku aci redah aje balik. Tiba kat rumah bagi salam saja. Hahahaha... memang rancangan tu dah ada dalam kepala kotak aku, tapi memikirkan 'daulat' bonda tu, aku batalkan Plan B. Nanti kalau tak dapat masuk balik ke UK, amacam? Jenuh juga nanti. Better safe than sorry-lah cik Akuatik.

Lagipun aku dah jenuh buat benda-benda bodoh macam ni. Aku rasa bonda aku takkan terperanjat pun kalau aku terjongol kat depan pintu rumah. Dulu, aku pernah mintak izin nak backpacking ke Timur Eropah dari balai berlepas KLIA, 10 menet sebelum boarding. Memanglah dia tak marah, tapi bila dah balik tu, tahan telinga ajelah. Untung juga aku belikan dia souvenirs banyak-banyak. Senyum meleret jugalah hahahaha. Itu pun aku tak cerita 'daulat' dia yang aku terima masa di sana. Hish! Diam-diam sajalah hahahaha.

Beberapa hari lepas pula aku telefon kekanda aku. Sajalah, sebab dah lama tak berborak-borak dengan dia. Update pasal perkembangan anak-anak buah aku. Dari sang teruna sehinggalah yang 'baby' pelat dan mengada-ngada tu. Bercerita pasal anak-anak kekanda aku ni pun dah buat aku sebak. Dalam hampir dua tahun ini, banyak sungguh perubahan mereka. Yang sulung memang sudah jadi anak teruna yang ahem! handsome. Berfikiran ke hadapan dan yang paling best sudah pandai jadi sarkastik.

Kekanda aku saja buka topik pasal rokok dan ingatkan dia supaya tidak merokok. Dia jawab "Afiq tak merokok." Abahnya pula bila dengar jawapan anak teruna tu terus suruh diam. Nasihatnya, "Kalau orang kata jangan merokok, Afiq jangan jawab. Diam saja. Mana tahu akan datang Afiq merokok. Kita tak tahu masa depan kita." Dua tiga kali Afiq jawab, dia takkan merokok dan begitulah nasihat dari abahnya. Akhirnya Afiq diam. Lama. Tiba-tiba dia kata, "Agaknya kalau duit rokok tu simpan dari dulu, dah dapat beli rumah banglokan?" Adeh! Sakit perut aku gelak dengar cerita kekandaku. Dia mengenakan abahnya. Bagus! Pemikiran yang kreatif!

Itu cerita anak sulung kekanda aku. Cerita anak keduanya yang buatkan aku nak nanges. Aqil dari kecil memang nakal. Dia memang lain sikit. Mungkin Middle Child Syndrome. Berbanding dengan abangnya, dia agak kurang sikit dari segi pelajaran. Tapi dia mudah disuruh buat kerja. Rajin. Kira memang agak challenging juga untuk mendidik dia. Nakal dan degil. Banyak kali aku beristighfar dengan dia. Sampaikan kekanda aku surrender juga dengan si Aqil ni. Atas nasihat bonda,Aqil disekolahkan di Melaka. Alhamdulillah ada perubahan. Perlahan-lahan mencapai 180 darjah.

Perubahan bukan dari segi pelajaran, walaupun ada peningkatan tapi dari segi sikap. Aqil hatinya lembut dan dia punya rasa rendah diri yang tinggi. Kalau dengan dia, janganlah berkasar. Tapi dia bukan pendendam. Kalau kita marah dia, dia dulu yang akan tegur kita kemudiannya. Memang dia ni unique sangat. Kekanda aku kata, keputusan peperiksaan dia tidaklah terlalu bagus sangat, dan dia pun kata kalau ada peluang masuk asrama macam abang Afiq pun dia tak nak. Bukan apa, nanti tak ada siapa nak tengok-tengokkan abah yaie (tok dia) dan nyaie (nenek) kat rumah. Sebabkan dia suka sangat makan ikan keli, bonda aku selalulah beli ikan keli di pasar dan ayahanda aku jadi tukang siang. Tapi sebab yang nak makan tu Aqil, ayahanda aku sudah ajar dia cara-cara siang ikan keli. Sekarang ini, dia pula jadi tukang siang ikan di rumah tu. Dia pun sudah semakin rapat dengan ayahanda aku. Masa dihantar bercuti ke rumah kekanda di KL, sebelum balik dia peluk atoknya kuat-kuat. Entah apa yang atoknya bisik di telinga Aqil, kekanda aku pun tak tahu. Cerita inilah yang buat aku sebak sangat.

Kami dua beradik saja. Itulah teman bergaduh, itulah teman rapat. Aku sajalah makcik mereka (lagipun ipar kekanda aku semuanya lelaki). Ayahanda aku pun sudah pesan, mereka (anak-anak kekanda aku) sudah ada emak sudah ada abah. Mereka sudah ada nenek dan sudah ada datuk. Kalau mereka kena marah dengan kami semua, pada siapa mereka nak mengadu? Kamu jadilah tempat mengadu dan tempat meminta mereka. Atas nasihat ini juga, aku lebih senang dipanggil tanpa ada gelaran 'Mak' di hadapan. Antara aku dengan mereka satu taraf saja walau berbeza pangkat. Rasa hormat aku pada mereka juga makin bertambah. Semoga mereka jadi anak-anak yang berguna dan boleh berbakti pada ibu bapa mereka.

Jadi, macamana aku tak sedey? Tak rasa nak nanges?