Thursday, August 23, 2007

:)

Pagi tadi lepas balik kerja, terasa sangat-sangat lapar. Memang perut dah buat choir sejak dalam bas. Sampai di rumah rasa malas sangat-sangat nak masak. Nasi malam tadi ada lagi. Hmm.. Telur pun banyak lagi. Saya ambil sebiji, goreng. Takkan nak makan dengan telur aje? Saya buka pula kabinet bawah, jumpa dua peket serunding daging masih lagi berbalut dengan masking tape dan dialas kad tebal. Saya koyakkan satu dan isinya dituang dalam pinggan.

Apa lagi, makanan saya pagi-tengahari tadi, nasi putih, telur goreng dan serunding daging. Masuk dalam ketuhar gelombang. Panaskan. Sambil-sambil tu saya cabut kad tebal yang dibalut masking tape tu. Ingatkan manila kad. Bukan. Rupanya kad. Saya koyak dengan pisau. Kad Hari Raya. Dari Mona. Dulu. Sebelum kemalangan.



Sudah sebulan tak tanya khabar. Bukan tak mahu, tapi saya tak nak dia sedih kalau berborak dengan saya. Kali terakhir dia bercakap dengan saya, suaranya sudah sebak. Jadi, tadi waktu masih di dapur, saya keluarkan telefon bimbit dan hantar sms;

23-August-2007 09:29
Salam, lama x tanya berita? Ko apa khabar? Ada no tel landline yg aku blh call? No 4 hp dah mahal plak skang ni.

Jawapan yang saya terima

23-August-2007 09:35
Alhamdulillah. xda la. umah xda phone. xyah phone skrg dlm keta. aku stat keje ujung bln dpn. haris xtau lagi. tp makin beransur pulih. ni pun br blk dr opis. pas subuh bwk haris jalan kat taman rekreasi. pasti g opis selang sehari nk kasi dia ingat. tahap kewarasan pun hampir pulih. byk dia dah ingat.fizikal pun kuat sket sejak g joging kat taman n ada pakcik dtg urut seminggu sekali. aku kat kb.rabu ni blk kuantan. bln dpn balik kajang coz haris ada appointment kat hospital putrajaya. ....

Alhamdulillah kata saya dalam hati. Mona memang wanita cekal.

Ramalan cuaca: matahari memancar-mancar tapi masih lagi sejuk. Dengar khabar (yang belum dapat dipastikan kesahihannya) kami mungkin dilanda arus udara panas(?) [heatwave] bulan depan. Dalam bulan Ramadhan.

21 comments:

Pa'chik said...

semuga enchek haris lekas sembuh. amiin.

fuh.. arus udara panas di bulan ramadhan yang siangnya panjang.. cabaran besar tu... dan besar juga ganjarannya...

Unknown said...

Oh, ujian dtg dalam pelbagai rupa. Semoga kita semua tabah menghadapi segala ujian. Amin.

akirasuri said...

oh oh kakak manis...

musim panas, kalau puasa, ternampak orang makan cekerim..
mak aii!!
melazakkan...
wahahak!!

erk! moga kak mona dan suami tabah-tabah..insya-Allah :)

Anonymous said...

jenuh ler aku ..dah le habis keje takleh buka pose lagik

-gputeh

khairyn said...

salam

pa'chik
amiin. Semoga semuanya baik-baik belaka.
Tapi itu berita yg belum disahkan lagi. InsyaAllah. Harap2 tak la puasa hanya menahan lapar dan dahaga kan?

ainin,
insyaAllah.. perkh tak tahan baca muffin mu!

akira-san
hoho.. sekerim tidak mendatangkan apa2 nafsu tapi kalau air dalam botol tu pas tu ada bintil-bintil halus seperti baru keluar dari peti ais yang sesejuk salju hahaha. Bergetar jantungku!
ya, semoga semua tabah.

gputeh
alah by the time ko balik jalan kaki tu dah buka. Oh lupa, ko akan duduk Charing X kan? hehehe.

kingbinjai said...

pose dah ganti?

khairyn said...

king,

beres! lalala

13may said...

semoga Mona tabah...

eh! sms aku awat hang tak publish kat sini???

malu eks???

hehhe :P

Pa'chik said...

cerita pasal urut tuh.. ada sorang orang tua neh, dia kena langgar ngan lori.. memang teruk betul la kondisi dia tuh.. lepas keluar dari sepital dia urut sendiri je... tapi sekarang tak beh dah kalau nak ngurut ngan dia, tangan dah tak berapa kuat.

khairyn said...

salam

ah may.
ish tu kita-kita jer yang tau dahlah. oh de bery lomantik gitu lalalala

pa'chik
err.. ko kalau ada xtra2 info yg aku boleh share ngan mona, beritahula. Ko lebih arif, aku kat sini tak tau nak rekemen/syor sapa2. Kita cuma usaha kan? Mana tau ada yang lebih serasi ke.

faridmw said...

salam...

bulan ramadhan itu kan bulan rahmat dan magfirah... samala kita mnghaytinya...

Pa'chik said...

la ni masalah habi dia tu macam mana? dia berurut tu kat mana?

kalau ke pasir mas.. cuba carik syed apa ke nama mamat tu.. nanti la aku cek tengok esok...

khairyn said...

salam

faridmw
ya.. ia semakin menghampiri.

pa'chik
baik bos!
err.. boleh tak bos hantar add ke contact no syed tu kat emel, nanti aku terus forward kat mona. atau bos nak terus hantar alamat tu ke dia? Aku janji aku takkan reply emel bos. hoho

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

Cik khairyn,
ooo sedapnya bila dengar mengurut tu...ingat last week pergi mengurut ngan mk bidan ni, mak aihh sakitnya rasa nak terajang makcik tu pun ada tapi dia urut memang best.
Selamat menyambut puasa dalam panas..kitaorang sini sambut puasa dalam hujan kot...musim ape je lagi yang ada kat m'sia ni kan.

izinni said...

mintak2 aku tahan berposa kali ni. dapat 3 tahun berturut2. nak celen hang. hahahhaha

BaYu SenJa said...

bayu pun mlas sangt nak masak, tapi tak pernah la plak malas nak makan :)

hmm..rasanya khairyn juga cekal....

Pa'chik said...

nombor telipon tu esok lah... tak leh nak kontek budak yang ada nombor orang tuh...

khairyn said...

salam

elly,
ko kan tau aku macamana? Perkataan urut tu jer boleh buat aku geli geleman hahaha

izinni,
alaa... jangan cakap macam tu. supervisor aku dah panik bila aku bagitau kitaorang akan puasa sebulan tak makan tak minum dari sunrise ke sunset. dia takut kitaorang x tahan. hahaha.. aku gitau kita dah kena train dari kecik lagi dah. kerja no hal punya.

pa'chik
ok boss!

khairyn said...

bayu
hahaha.. kat sana masih lagi musim panas kan? Sama-samalah kita cekalkan hati, kuatkan jiwa. hehehe insyaAllah

Unknown said...

Mona memang tabah...sangat tabah. Aku yang tengok pun tak sampai ati
Semoga Harris cepat pulih..Amin.

khairyn said...

salam

zura
betul tu! Amiin