Monday, August 20, 2007

Ooh kenapa marah ye?

Sebab menonton dan membaca kisah tragis di Palestine dan di Iraq. Dah baca blog riverbend? Tiap kali saya baca, saya mesti rasa geram. Benci. Sakit hati. Oh bukan pada dia tapi pada ketidakadilan yang terpaksa beliau hadapi setiap hari.

Kita dalam bulan kemerdekaan tapi kenapa kita masih lagi dipenjara? Masih lagi dijajah? Mereka memang licik. Menjadikan kita sebuah bangsa yang mengagung-agungkan consumerism. Mahu menjadikan negara kapitalis? Yang kaya semakin kaya yang miskin semakin miskin. Memecahkan pendidikan kepada dua, menurun tarafkan pendidikan agama. Apa yang kamu dapat kalau belajar agama? Setakat menjadi ustaz atau cikgu atau kerja di jabatan agama yang mana jabatan itu sendiri dipersendakan peranannya. Baik belajar jadi insinyur, sekurang-kurangnya tamat pengajian, dapat kerja bergaji beribu-riban. Tunjang hidup mencari wang. Untuk apa ye? Supaya dapat menghabiskan duit berjoli-jolian. Mengikuti tata hidup mereka yang mencipta capitalism, menjadi hamba consumerism. Berlumba-lumba memijak kepala yang lemah demi wang dan kuasa?

Ya ya… saya juga cakap tidak serupa bikin. Membenci mereka tapi tetap bergelumang dengan mereka saban hari. Hipokrit kan saya ni? Tapi zaman dulu mereka datang mencari ilmu bersama-sama bijak pandai di Andalus. Mereka belajar tentang pembangunan fizikal, mereka belajar tentang pembangunan ummah. Mereka juga belajar tentang kebersihan tatkala dunia mereka didalam kekotoran. Mereka bawa pulang ilmu yang dipelajari. Kemudian mereka perangi saudara-saudara kita, mereka tipu pula sejarah yang telah melakari dan membentuk tamaddun yang ada sekarang. Tamaddun yang mereka cipta dan kita bangga.

Terus-terusan kita ditipu tapi kita buat apa ye? Agaknya lebih rela hidup dalam kegelapan dari celik dan memandang kejelekan? Semoga kita semua dibukakan mata. Semoga anak-anak yang dididik bukan setakat berjaya menjawat jawatan besar atau bergaji besar tapi juga mempunyai semangat mujahid yang besar juga. Perjuangan memerlukan bantuan kewangan kan? Alangkan syarifah Nusaybah (FT-1511 kombat) juga seorang yang kaya maka mampu mendidik mujahid-mujahid mempertahankan Makkah dan Madinah (walaupun dalam fiksyen).

Semoga ibu-ibu seagama dengan saya di Tanah Malaya mendidik anak-anak bukan setakat untuk membantu tatkala usia mencecah senja dan memperbaiki ekonomi keluarga sebab fungsi zuriat yang utama adalah mengukuhkan kedudukan Islam. Gantikanlah zuriat kamu dengan zuriat yang tiada di bumi yang sangat memerlukan generasi pengganti. Bumi Palestine semakin kehilangan para mujahid muda.. dan Iraq bakal menyusul.

Peringatan untuk kita semua. Kita diperang dari setiap sudut….
p/s
Selamat Hari Jadi Along
Selamat Hari Jadi Afiqah Aqilah
Selamat Hari Jadi (terlambat) Aqil Aiman.
- aku tak lupa cuma tak berkesempatan.

16 comments:

Anonymous said...

dah habis baca eh 1515H tu..

-gputeh

akirasuri said...

ho ho ho.
tulisan yang emm sangat besh dibaca.
dan menyedarkan.
tapi.
tahap kesedaran saya ni kejap turun kejap naik.
susah nak istiqamah.
alahai...

Azhar Ahmad said...

Ini bukan Fasal Tehrani punya kerr?

khairyn said...

salam

gp
haha dah selesai lama dah. Lupa nak pulang.

akira-san
semakin membaca/menonton semakin sayu. hmm... ada hati mau join jadi volunteer ka? heh heh

enchek azhar
oh fiksyen semakin releven sekarang. Palestine semakin kekurangan generasi pengganti.

Pa'chik said...

yahudi pun kurang umatnya jugak la ni. ramai dah jadi krosbrid dah...
ada juga yang tak nak balik ke negara haram mereka tu...

ada satu prediksyen yang yahudi akan mengalami saat gemilang dan terbilang mereka sekitar 2014 hingga 2020...

khairyn said...

yang muda2 memang dah tak mahu tinggal kat sana, tapi tetap menaja dan menjana duit gak kan. Tapi, ralat sungguh tengok anak2 kecil yang terbunuh bukan sebab senjata saja tapi kekurangan ubat2an.

pernah tengok docu pasal pendidikan antara anak2 palestine dengan Israel. Anak palestine benci Israel kerana kesusahan nak ke sekolah tu hands-on tapi anak2 Israel diajar benci Palestine secara pendidikan formal.

penah gak terbaca pasal prediction tu. tapi tu cuma prediction je kan.

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

Ingat dulu masa sekolah boleh lak pilih nak ambik pendidikan agama atau lukisan masa spm...lepas tu skang ni nak kecoh2 lak bila anak2 muda skang dah tak tau agama...belum kira tukar agama sesuka hati...mujur dulu ambik agama walau akhirnya kerja jadi tukang lukis...maklumlah keras tangan...salah siapa bila anak2 tidak mendapat didikan agama secukupnya...bangganya jadi rakyat m'sia yg mengamalkan islam hadhari...hmmmm..

blackpurple @ jowopinter said...

Mungkin jawapannya ada dalam diri kita sendiri...

'Mereka ' dah nyata bangsa yang 'hebat'. Untuk menyalahkan kewujudan mereka di alam ini pun kurang tepat juga. Kita yang harus mengkaji kenapa dan di mana silapnya bangsa kita.

Bukankah kita dididik dan diajar supaya menjadi bangsa yang pragmatik? [Pragmatisme yang melampau juga salah satu sebab suburnya budaya konsumerisme itu]

Pa'chik said...

prediksyen tu.. masa saja yang dipredik, tentang mereka mencapai kegemilangan tu.. memang akan berlaku... mereka kan pengikut dajjal.

khairyn said...

salam

elly,
subjek Pendidikan Agama memang x lengkap. Haha.. aku dulu kena boikot dgn ustazah sebab x ambil subjek agama masa SRP hahaha. Cetek akal betul!

purp.
Tak salahkan bangsa mereka. Tapi, saya ralat yang kita sudah lupa fungsi kita sebagai zuriat Adam dan Hawa. Pengikut Rasulullah.
Kita diperang secara halus. Melalui sistem pendidikan, media dsb, dan kita anggap itu paling bagus.Dan kalau kita sudah tahu semua ini, apa yang kita buat untuk mengubahnya? Sedihkan?
Saya cuma nak ingatkan diri sendiri, fungsi zuriat saya sebagai apa? Cukupkah dengan mendoakan saya saja atau mampukah dia bermujahid demi Islam? InsyaAllah.

Agak2 kalau dihantar mat rempit ke West Bank tu ok tak? hahaha

Pa'chik
yep.. tentang masa. Hmm.. kalau umur panjang, sempat lagi tu. Mungkin keinginan aku ni akan termakbul kot. InsyaAllah ;)

izinni said...

"mereka tipu pula sejarah yang telah melakari dan membentuk tamaddun yang ada sekarang. Tamaddun yang mereka cipta dan kita bangga."

begitulah yang jadi kat negara kita sekarang. Menulis semula sejarah. kat mana2 sekarang penuh dengan billboard sambut merdeka dengan 5 orang 'tokoh' penting. ko teka je la sapa?

insyaAllah ... aku sediakan dan doakan anak2 aku yang berderet tu ke arah tu. ko tau tak. ayah depa siap bagi irfan nengok vcd kemelut kat iraq ngan palestine lagi. dia nak anak dia mati syahid.

aku? mula2 tu seriau but again ... sampai bila nak alihkan pandangan anak2 dari kesusahan dan penderitaan hidup saudara seislam diaorang? sampai bila nak biar depa leka dengan 'kesenangan' di depan mata?

oit! tak aci la 4pm above. aku dah on way nak balik dah! :-P hehehehe

Anonymous said...

well said and agreed wholeheartedly... oppression happens anywhere and presents itself in many forms... analyse it carefully and note that DEB is also another form of oppression. Hardly islamic to discriminate right? Or the BN govt is simply practising a subtle form of aparthied... let the rationale, and not the emotional mind decide

DeeN said...

Aku benci betul dgr umat Islam ditindas. Dan paling benci bila umat Islam menindas sesama Islam.

~ Syahid!

khairyn said...

salam

izinni,
aku dah janji dan ingatkan aku ya. Kalau keadaan memerlukan dan aku tak ada zuriat, anak2 kau bakal mujahid yang akan terima dana dari aku. Fisabilillah ye. InsyaAllah.

anon,
thats what i feel. not many people agree though. no point moaning about it if you don't do something to change what you feel isn't right. Welcome. :)

nur
nak join 'syahid' tak? Jumpa satu website nak cari volunteers kat Palestine, bukan perang la tapi membantu dari pelbagai sektor. Menarik!

Anonymous said...

Salam,

Khairyn apsal semenjak dua menjak ni serius semacam je..

Eh awak nak kawin ye ? Siapa kah jejaka bertuah ittew..

khairyn said...

salam

mak lang
alahai.. ye ke? eheh! sat gi buat light-light ek. oh! jejaka bertuah? eheh!