Thursday, August 02, 2007

host

Minggu lepas memang minggu yang cukup sibuk. Selang beberapa hari balik dari Belanda, sahabat di Hull pula datang melawat. Nasib baik housemate bermurah hati nak tolong masak. Kalau harapkan saya... alahai entah apa-apalah jadinya lauk hari tu. Jadi, hari tu kami makan kuzi ayam dengan sayur campur. Lauk dua aje tapi pencuci mulutnya 'ramai'. Hahaha.. beli kat Tesco yang dekat dengan rumah.

Esoknya meronda bandar Glasgow kemudian pula menghantar dia ke Edinburgh. Suaminya menunggu di sana selepas selesai berurusan dengan rakan sekerja. Seharian suntuk di Edinburgh dalam keadaan hujan lebat. Untung sempat makan briyani free selepas usai solat zohor hahaha.

Selang sehari ke Edinburgh sekali lagi. Kali ini menjemput sahabat di Belanda yang datang bertandang pula. Hmm.. berulang ke airport pula. Lepas ni jadi expert la untuk ke Edinburgh Airport. Jalan dalam hujan (lagi) di Edinburgh.

Esoknya berjalan di Glasgow pula. Keluar dah lewat tengahari kerana dia 'capek!' jadi tak tak banyak tempat yang boleh dibawa. Akhirnya bershopping saja di Buchanan Street. Nasib baik ada sale.

Sabtu - bekerja seperti biasa. Ahad pula kerja 10jam terus. Fikir duit, duit, duit. Penat tolak tepi. Tapi sebab keletihan malam tak boleh tidur. Jaga jam 3.3oam, solat subuh dan terus terkebil-kebil. Chatting aje lah sementara nak tunggu bersiap-siap untuk one day tour ke Highland. Cuaca memang baik, tapi bila petang sikit, cuaca mula mendung. Macam ni di Urquhart Castle, Loch Ness.


Cuaca mendung jer.



Dia ambil gambar kastil dari dalam bot.




Makan tengahari. Errk! Saya makan babi ngan ayam!!!!

ooooh macam tu rupanya rasa daging babi salai lalalalalala

Projek tak siap
1. Editing
2. Translating
3. Ajar Rosie IT
4. Tengok North and South (lagi dan lagi dan lagi)

perkh! Saya jatuh cinta lagi. Nama dia John Thornton a.k.a Richard Armitage. kah kah kah!

p/s elly, tahan je la kan? Aku di dalam 'musim' itu.

5 comments:

akirasuri said...

oh oh!
jeles sungguh!
he he he.
erk!
nak sikit jajan tu :D
hap hap.
jangan kedekut :p
erk!
jom sistem barter :D
saya bagi tempe, kak khairyn bg jajan tu.
he he he.

khairyn said...

buleh buleh..

erk! Sanggup ke makan jajan tu? hahahahaha

Pa'chik said...

ko keje apa pulak kali ni? sepital lagi ke dah tukar lain?

khairyn said...

spital weekend. next week stat balik keja pagi2 tu. aku kan buat 2 kerja tetap. proyek lain tu untuk duit xtra.

izinni said...

ambik gambor time mendung sebenarnya lagi cantik outcome fotonya. warna lagi jelas .. tak terlampau silau, terang.

aku hari2 makan ayam. ayam goreng, ayam kicap, ayam rendang, ayam masak lemak .. perrghhh!!