Monday, August 06, 2007

Cow and Chicken - bukan katun


http://members.lycos.nl/cownchicken/pictures.html

Hari tu, kecoh pasal 'holy cow' si Shambo yang hidup dalam kemewahan dan kesenangan di sebuah kuil terpencil di Carmarthenshire di Wales terpaksalah dibunuh sebab mengidap Bovine TB. Kira kecoh jugalah sesetengah kumpulan masyarakat bila jabatan kesihatan nak lembu ni 'put to sleep'. Akhirnya Shaboo, lembu jantan keturunan baik baik jenis Friesian meninggal dunia pada usia yang masih muda remaja. Enam tahun. But I'm sure he had had a good life.

Sekarang kecoh juga pasal lembu. Tapi bukan 'holy cows' kat mana-mana kuil. Sekarang ni kecoh penyakit mulut dan kaki. Lembu-lembu sakit la ni. Tapi katanya keadaan tak berapa nak serius. Err.. ni hukum karma ka? Shaboo kena bunuh, kawan-kawan jatuh sakit. heh? heh?

Ooookaay.... moralnya kurangkan makan daging lembu makanlah daging ayam. Tapi, jangan makan ayam bersin heh heh heh.

OK OK takat sini dulu, esok kena ngajor.


19 comments:

Pa'chik said...

kat sini la ni ada pameran hapa ntah..
ada lembu paling besar. Orang kata la. Agaknya dapat kat deme tu... jadik tohan lembu tu... kekeke...


err.. kat melaya pun banyak lembu suci neh.. kata orang dalam perhimpunan para penyamun tu la.. dulu.. kekekek...

Pa'chik said...

ayam timuran eropah beh jugak kan? kan? heheh...

khairyn said...

hehehe.. syok la jadi lembu depa tu kot.. makan minum terjaga hehehe..

err ayam eropah ek pa'chik? Mau kena rotan ka??? hahaha.. tu ayam tak suci tu. tak halal hahahaha

kingbinjai said...

lama betul tak makan daging

Anonymous said...

Apsal tak leh makan ayam bersin lak? goreng pun sodappp..

Azhar Ahmad said...

Hahahha, kita famous dengan sumpah mahsuri. Mungkin tu namanya, sumpah mahlembu. Tiada lagi lembu-lembu di England selepas kematiannya...

Nguahahahha....

akirasuri said...

ho ho ho.
huhu.
saya minum susu lembu masa kecik-kecik.
erk! tu boleh dikira anak susuan lembu ke?
ha ha ha.

Suzzy Sue said...

Kak harny... kak harny....

Pa'chik said...

kena ayam romania, slovak ke... pergghhh....

slurrppppp!!!
kekeke...

zwitterion said...

sy suka ayam goreng..hehe

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

Kat Perak ada tempat nama Menglembu tapi sekor lembu pun tak pernah nampak....yang ada kacang menglembu..kau heran tak?

khairyn said...

king
samalah.. err ayam kategori white meat kan kan kan? hehehe

anon
ayam bersin nanti selsema, kesian dia :)

azhar
ohhh enchik, dia bakal menerima penggantinya hahahaha

akira
uit.. samala saya.. susu lembu dah jadi serbuk

suraya
eheh? hahahaha

pa'chik
amboi amboi gatalnya dia. Tu kesat tu, ayaq liuq meleleh. Tak senunuh hahahaha

zwit
err.. teringat chicken cottage. Yummy!

elly
Waaaa.. kacang menglembu sodap! oit check Mas Airline promo, tiket less than RM1,200 mai sini hahahaha

Achik_Sufi said...

ayam bersin tue ape...?

confius..confius...

Pa'chik said...

achik sufi, selesema burung da...

13may said...

weiii....
semalam aku tido mimpi jumpa hang ngan mimi....
hangpa nak bawa aku gi spain....

hahha hahha :D

khairyn said...

achik
tu pa'chik dear dah bagi jawapan

pa'chik
huhu tenkiyu dear hahahaha

may may,
oit oit buleh buleh ja. Apa kata mimpi jadikan realiti hahahahaha
Pi Spain nak tengok Real Madrid ka?

Anonymous said...

Harny ko kenal tak fakrul azam yahya, PRO JAIS tu? dia meninggal petang semalam waktu Malaysia

khairyn said...

fid,
sorry aku tak kenal dia. Innalillahi wa inna lillahi rojiuun.

semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yg beriman. Muda lagi kan dia tu?

Anonymous said...

haah. baru 33 tahun masa meninggal, anak pun dua orang kecik2 lagi. sebaya fazallah. meraung mamat tu bila dapat tahu. Leslean pun nangis sama