Saturday, August 11, 2007

Tak bestla kerja...


http://www.rampantscotland.com/colour/graphics/sunset_glasgow_fort055s.jpg

Sejak kebelakangan ni, saya rasa kurang seronok pula kerja shift 9.30am-3.30pm kat hospital. Bukan tak seronok tolak troli cawan yang berkelentung dari satu bilik ke satu bilik mempelawa teh, kopi, susu dan biskut. Tapi, keadaan pesakit-pesakit kanser di hospital sering mengusik hati. Mereka ini kebanyakannya sudah tua. Ada yang sakit kanser paru-paru, darah, tulang belakang dan macam-macam lagi. Keadaan mereka jarang yang bertambah baik. Ada yang dari berambut lebat terus luruh akibat kesan sampingan radiologi atau kemoterapi. Ada yang dulu ceria, sekarang bermuram durja. Ada yang dulu boleh berjalan, sekarang bergantung kepada alat bantuan raspiratori.

Bulan lepas saya berbual dengan Mr B. tentang pementasan McBeth tulisan sasterawan Inggeris tersohor William Shakespeare. Tentang tugas beliau yang dilantik sebagai pereka kostum pementasan McBeth versi Kabuki. Kostum beliau haruslah berciri tekstil Scottish. Bermakna, pementasan kabuki McBeth di dalam bahasa Jepun dan pelakon-pelakonnya bakal memakai tartan dari clan Scottish. Ah! Pening sungguh karyawan Jepun! Mr B. bersemangat sungguh bercerita tentang tugasan baru beliau. Kami berdiri sambil dia menunjukkan buku bergambar pakaian-pakaian Jepun pada saya. Kami bercerita panjang, hmm.. sebenarnya saya cuma bertanya samada beliau seorang yang minat sastera kerana saya lihat ada buku McBeth di tepi katilnya hari itu.

Minggu lepas, saya terserempak dengan dia, di ward B1. Beliau menegur saya dengan ceria dan bertanya bagaimana percutian saya. Wah! Tak sangka beliau ingat saya lagi. Kami berbual sambil saya masih lagi memegang baldi dan mop. Saya mengejar masa. Saya tanya tentang perkembangan terbaru rekaan kostum, tapi beliau menjawab beliau hanya menumpukan sepenuh masa untuk pulih. Saya terkesima. Itulah ucapan saya pada beliau bulan lepas. "I want you to concentrate on getting better first."

Tadi, saya jumpa beliau lagi. Beliau di Ward B2 pula. Ward saya. Keadaan fizikalnya sangat lemah. Tapi, masih lagi berupaya mengangkat tangan dan melemparkan senyum disebalik topeng oksigen. Waktu saya mengemop bilik, beliau berkata. "I am fighting this. I am fighting this." Saya tak mampu nak membalas. Saya tak tahu nak balas apa. Saya lemparkan sebuah senyuman sambil mengangguk. Sedih..

Di Bilik 1, seorang tua berkepala botak dengan tatu dari pergelangan tangan hingga ke siku kanan, terbaring. Saya gelarkan dia 'cheeky old man.' Minggu lepas becok mulutnya bertanya nama saya, dari mana saya datang dan buat apa di sini. Semua soalan beliau saya jawab dengan baik. Hinggalah tiba ke set soalan ke dua;

"Are you married?"

Cis! Ini orang tua!

Bila saya sengih dan katakan tidak, dia balas. "Got any boyfriend?"

Kali ini saya ketawa dan pelawa dia jadi boyfriend saya. Dia ketawa sama lalu berkata, "You shoud go out dancing more and get yourself a nice man."

Saya cekak pinggang dan pandang dia. "When you get well and can stand, you can teach me dancing coz I don't know how."

Dia ketawa lagi. "Oh you cheeky!"

Tadi, dia tidak seceria minggu lepas. Malah asyik batuk-batuk saja. Dia tak usik saya hari ini. Malah, hati saya yang terusik tengok keadaan beliau yang agak lemah. Saya jadi sedih lagi.

Saya tahulah saya cuma pencuci dan pembuat air teh. Menolak troli berkelentung bunyi cawan-cawan berlaga waktu 10am dan 2pm. Tugas memanglah tidak susah, tapi hubungan walaupun singkat dengan pesakit-pesakit di hospital ini, tetap memberi kesan pada saya.

Ah!!!! Saya kurang gembira dengan shift 9.30am-3.30pm ni!

17 comments:

Pa'chik said...

nanti kalau mereka tu 'takde' lagi la ek... ko jadik macam Dr Hunter 'patch' Adams la... ;)

khairyn said...

heh?
tak pe ah.. tak cukup kuat nak jadi patch adams. :p

Anonymous said...

Kalau aku datang lagi dan kau masih lagi menolak troli dan mengemop lantai di hospital, aku ingin sekali mengikut. Boleh kita sama2 bersedih...

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

Meh ler aku ajar hang menari,tapi mesti angkut baldi ngan mop sama sebab senang sikit orang nampak kita...tapi jangan lak menari kat tepi jalan nanti kang kita lak depa pi hantar masuk hospital sakit jiwa...hah! jenuh lak dok menari kat dalam tu!

izinni said...

the key word is superficial. SUPERFICIAL. that was an advise given to me. don't get yourself involved emotionally, personally. just superficial.

but again ... you are more than that. we are always more than that .. kan kan kan. hehehhee

kingbinjai said...

ah banyak pengajaran dan kebaikan yang boleh anda lakukan

indera kencana said...

Khairyn,
Dalam kekerdilanmu, menganggap diri hanya seorang pencuci lantai...
Tetapi mereka melihat dirimu sebagai penawar duka lara....
Berbahagia engkau kerana mampu memberi segaris senyuman di wajah mereka walaupun hanya bersifat sementara dan mereka itu bukan seagama dengan kita. Namun kemanusiaan sering sahaja melangkaui perbezaan warna kulit, agama dan keturunan.

Terharu baca ayat ini;
"I am fighting this. I am fighting this." Saya tak mampu nak membalas. Saya tak tahu nak balas apa. Saya lemparkan sebuah senyuman sambil mengangguk. Sedih..

blackpurple @ jowopinter said...

'Dia'?, 'beliau'?

Melihat orang sakit itu juga belajar falsafah kehidupan juga sebenarnya... :)

DeeN said...

pengalaman itu mengajar, dan ianya guru terhebat!

dan orang yang mengharungi pengalaman itu adalah insan terhebat!

Azhar Ahmad said...

Itulah sebenarnya perasaan doktor kat hospital. Malah lebih perit, kita berusaha untuk dia hidup, namun gagal dipangkuan kita....

khairyn said...

salam

ridruz,
aku tak suka sedih-sedih. Diaorang pun tak sedih, sentiasa ceria. Cuma semangat tak dapat mengatasi kelemahan fizikal. Atau.. mungkin aku yang cengeng??

elly,
jom dansa! Kau aku. Baldi buat topi, ketuk kayu mop. Yeay!

izinni,
Dalam bab2 tertentu aku boleh jadi superficial tapi dalam bab lain pulak, aku akan jadi involve dan emotional. Yes, we are always 'more than that.' :)

king
polisi saya supaya selalu tersenyum (kalau boleh) dalam apa jua keadaan. Kalau senyuman saya meringankan beban orang, dia senang dan saya dapat pahala. Itu saja.

indera
terima kasih sebab selalu dan tak jemu-jemu beri kata-kata semangat pada saya. Saya dan Mr B, mungkin kami berdua kesunyian. ;)

Purp,
ah seorang lagi polis bahasa. Maaf. Saya suka mencampur adukkan ganti nama. Terima kasih menegur.

Betul. Yang hidup pasti mati. Tapi sebenarnya saya suka semangat mereka yang kuat. Lawan, lawan dan lawan hingga akhir.

Saya rasa kadang-kadang semangat saya tak sekuat mereka.

khairyn said...

salam

nur,
Kita semua ada pengalaman. Yang penting sikap kita selepas mengharungi pengalaman itu. Kita semua insan hebat kan? ;)

azhar
betul. Tapi sekurang2nya mereka berusaha untuk membantu, selebihnya ditangan Allah. Saya? Saya tak suka perasaan helpless. Berdiri tanpa membantu.

Anonymous said...

salam kak,

aduh... sure meruntun hati kan :(

slh satu penyebab kema quit keje dulu adalah berkaitan dgn perkara2 cam ni la...

Kemat said...

seronok baca catatan ini..kamu berjaya ceriakan rumah sakit itu.... itulah yg diperlukan sbenarnya oleh mereka2 yg terlantar di sana.. berkongsi sedikit rasa kasih bagi menghilangkan kesakitan yg dirasai

Anonymous said...

salam,

khairyn,

kalau tak silap saya, mat scotland ni kalau pakai kilt/tartan, tak boleh pakai underwear bawah tu kan ?

akirasuri said...

emmm.
melihat saja sudah sedihkan.
orang-orang yang melaluinya macam mana ek?
senyum dalam tangis?
huhuhu.

moga mereka Allah beri peluang.
selagi ada keyakinan.
ya ya.

khairyn said...

salam

cik kema,
kadang-kadang rasa macam tak kuat aje kan? Lebih-lebih lagi yang duduk seorang tanpa pelawat. Rasa nak duduk temankan, tapi kerja. Camno?

Kemat
Saya tak tau la saya ceriakan mereka atau mereka ceriakan saya. Bila saya masuk bawa teh dan kopi, layanan mereka terhadap saya lebih baik. Rasa sungguh-sungguh dihargai hahaha.

mak lang bedah
hahaha.. nanti kita intai nak? Kalau ikut tradisi memang la "free willy" tapi sekarang dah pandai cover-cover kot hohoho

akira
Saya tak suka orang putus semangat. Sedih tak pe, marah pun tak apa tapi jangan sampai hilang harapan.

Saya tengok mereka, saya terfikir. Mereka derita sakit di dunia.. di alam satu lagi bagaimana??

Tengok mereka menyebabkan banyak benda bermain dalam kepala.