Tuesday, August 14, 2007

Seharum Setanggi

Tak, tak. Belum mati lagi.

Menjadi pengguna setia perkhidmatan bas awam membuka mata kita dengan pelbagai ragam manusia. Ada yang suka membaca. Ada yang suka berangan. Ada yang suka mendengar lagu menggunakan I-Pod canggih masing-masing (tapi terlalu kuat sampai kadang-kadang orang yang duduk dua baris di belakang pun boleh mendengar lagunya dengan jelas) dan ada pula yang suka mendengar muzik yang dimuat turun dalam telefon bimbit masing-masing. Ya, kesimpulannya, satu bas banyak ragam.

Itu semua tidak menjadi masalah pada saya. Bacalah selagi kamu suka membaca dan dengarlah lagu selagi kamu boleh mendengar. Kalau suka, berboraklah sampai terlepas destinasi pun tak apa. Sampai satu bas seolah-olah kamu yang punya pun tak apa.. tapi satu. Satu saja saya minta dari kamu.

Janganlah pakai seluar yang sama selama seminggu, sebulan atau setahun. Baunya ya Tuhan! Menyengkak rongga hidung! Kamu tahu bukan, sekiranya hari hujan, tingkap sejalur tidak dibuka dan aroma yang kurang menyenangkan itu tidak boleh keluar selagi kamu tidak keluar?!

Sudahlah kamu menambahkan pencemaran dengan menggunakan kertas tandas sahaja untuk mengelap, salahkah kiranya air yang disimpan itu digunakan untuk membasuh seluar kamu itu? Hampir terpengsan saya kerana kekurangan oksigen tadi. Untung pejalanan tidak jauh, tambah 10 minit lagi, rasanya pemandu bas terpaksa mendail 999.

Oh ya! Kalau pun malas menjirus air ke badan atau menyalin pakaian baru atau bersih. Semburlah haruman di badan. Kalau tak ada, kedai-kedai di bandar masih lagi mengadakan Jualan Musim Panas.

17 comments:

Pa'chik said...

pernah sekali naik bas dari alor setar nak balik kelantan, masa bas berenti, ada makhluk pijak taik kuceng... perghh.... pening aku. mujo budak sebelah aku bagi minyak cap kapak dia.. tidak aku dah mati karena menahan napas malam tu...

akirasuri said...

hahak.
tergelak baca komeng pokcik.

oh oh!
masa sekolah dekat dalam hutan dulu.
kalau ada kelas pagi mesti rasa macam nak terpitam jek bersesak-sesak dalam bas.
wargh!!
bebudak ci!na tak mandi!
dengan hapak rambut dia lagi.
dicampur dengan macam-macam baunya lagi.
seksa woo.
rasa nak termuntah hijau pepagi buta tu pun ada.
:(

*tetiba teringat baunya*
uwekkk!!!

kingbinjai said...

belikanlah dia perfuem kasihan dia takde duit

13may said...

tu la kita kena isap rokok dalam bas.....sebab bau rokok buleh menghilangkan bau2 camtu la....

hehhe...

ps: sabar menanti :P

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

Perkh..!!aku boleh bayangkan hidung hang yang tengah kembang kempis menahan bau...aku dulu pernah sekali masa kat maybank ada sorang mamat ni boleh dgn bangganya bukak kasut ngan stokin dia yang ntah baper kurun tak basuh, dgn muka tak bersalahnya siap ketawa ngan kawan2 dia bila tengok orang kat situ tutup hidung...aku rasa kalau dia baling kat sungai mesti buaya pun tak sempat mengucap..skunk pun tak busuk cam kaki dia....yark!!! kalau baling kat rimau yang tgh buat sarkas pun belum tentu rimau tu nak telan dia yang berkaki busuk...ceh!

-our- said...

busuk dlm bas, cina x mandi,mamat busyuk tu cam ok lg le (ada sikit realiti yg diakui ramai).. :D saya sedang mengalami busuk setiap hari..Serius punya pelik. Baju vogue, muka walau cun lg saya heheheh tp ok le tp ntah kenapa 2 3 menjak ni mcm x mandi.. nk kata x mndi, mndi sbb duk 1 rumah tp entah kenapa bila duk sebelh semcm bau..jumpa bfren minyak wangi satu rumah bau..tp ntah nape p keje x pkai minyk wangi ke? tgh musykil gile, nk tegur x tau camne gaya..sama bau ngn stokin sub con saya..tp dia dtg sesekali je,sub con tu.

khairyn said...

salam

pa'chik,
kalau hang mati.. tutup blog la ek? hehehe. Sekurang2nya makhluk tu TERpijak taik kucheng (oh binatang faveret ku). Boleh dimaafkan kot. Ni dengan sengaja tak membasuh seluar. Hapak + hancing + segala-galanya. Adeh!

akira
isy! tak baik mandi pepagi, nanti hilang rejeki. Itu kata dorang la. Ingat jugak rakan sekelas menengah dulu yang tak mandi pergi kelas pagi. Tapi dia pakai parfum hahaha

King
duit saya hak saya hahaha.. alaa £5 jer takkan la dia lebih semekin dari saya kot?? ;p

may may
aduh! nanti kita dating, jgn isap rokok ya.. ku tak tahan gitu! :p

elly
hahahaha. Macam biasa aku pegang buku jadi sepanjang jalan, aku cium bau buku jer la hahahaha.
Dasat itu budak. Punya keyakinan diri yang sangat tinggi hahaha. Awat pakcik gad tak tegur? Takut ka sebab lari tak tahan bau tungkik?

our
hahaha. Tegurla secara baik tanpa jatuhkan air muka dia. Housemate tu. Biar kita tegur jangan dia pula diaibkan orang lain. Oh! Ada cerita telekung busyuk. Boleh buat entri ni nanti hehehe

Anonymous said...

Aku tau kau sengsara dan membayangkan adakah kau akan masih bernyawa lagi bila bas itu sampai di destinasi. Aku dapat bayangkan kesengsaraanmu tapi aku simpati itu hanya dapat aku luahkan dengan gelak tawa... sori machi...

Anonymous said...

cempiang sungguh org ittew!

sy dah pernah bau lagi dasat dr itu. ketiak tak mandi. blueekkk! boleh koma wa cakap lu.

khairyn said...

salam

ridruz
yela yela.. ko naik kereta mewah tapi duduk sorang. Aku naik bas awam tapi mewah penumpang hehehehehe.

cik kema
ya sungguh cempiang orang ittew!
err... cik kema dah interbiew itu orang ka? Macamana tau dia tak mandi? hoho

Unknown said...

eloklah kiranya kamu bawa bekal minyak wangi sebotol dua kalau nak naik bas. kalau si pembawa bau itu mendekat, pelawa dia dengan minyak wangi tu. tentu dia 'terharu giler' dengan keikhlasan anak Melayu ini. ngahahaha...

Azhar Ahmad said...

Belum lagi yang pakai minyak bijan naik bas... Aiyooo...

Yang pasti, itu bukan Melayu... MAna ada orang Melayu celet najis guna tisu kannnn

khairyn said...

salam

ainin,
hehehe, kebetulan memang ada sebotol minyak wangi dalam beg. Tapi takkan nak bagi kot? kang semerbak bau 'Splendour' by EA hahaha. Hilang maskulinnya nanti.

enchek Azhar
Aiyoyo. Minyak bijan kalu hahaha. Ya, ya memang dia bukan orang Melayu. Yang Melayunya saya sorang saja dalam bas tu ;)

Mimiamilia said...

takmo busuk2 naik keta sendiri.ahahah apalagi? jom beli keta.boleh kita jalan2..lalalalala

khairyn said...

yeay! jalan-jalan

I laik!!

izinni said...

aku pulak terpaksa bau pekong anak sendiri. hahahahhaa .. kalau jemput irfan dari sekolah .. adehhhhh .. menusuk bau tengit pelut dia. mana taknya. main bola tak hengat dunia. elok2 pasang aircond, aku bukak semua tingkap. dia tau ketawa je. bertambah pening kepala aku bau tengit badan anak teruna aku tu. hahahahhaha

-our- said...

telekung... mmm saya juga kurang tahan tapi kalau public punya no choice... tp kalau yg diopis ni mmg saya tukang basuh telekung.. cam ada someone kata kat saya.. "jumpa orang pakai lawa2 tapi menghadap Dia nape pkai yang taik lalat lg kekuning kuningan..." Idea mak saya: jika telekung anda lusuh tapi x tergamak buat kain buruk, buat le sarung bantal / bantal. Kat sini kekabu kena beli, kat kg mak saya dpt kat depan umah jiran :D. Kami banyak bantal & sebab itu saya tidur katil penuh bantal.. Habit..