Friday, August 01, 2008

Percubaan Ke-Tiga

Via telefon:


"Tak dapat nak hantar baju raya kat kawan nak datang tu. Mahal kalau nak mak pos."

"Tak apa, tak payah pos. Lagipun Hari Raya, ada kelas."

"Pakai baju lama aje, tak boleh ke?"

"Boleh, boleh je. T-shirt dengan jeans biasa je. Lagipun pagi tu mesti kerja." (Oh! Ada projek lain yang tak boleh diberitahu pada bonda!)

"Hmm... nanti kalau balik, mak ganti. Buatkan dua baju raya."

"Waaahhhhh! Terharu! Err... cakap pasal balik, rasanya nak balik kot dalam bulan *toot*"

"Ish! Tak payahlah" (Bebelan hendak dimulakan)

"Tak lama kot, dalam 2 minggu kat Malaysia lepas tu 2 minggu lagi ingat nak buat umrah."

"Hmm.."

"Sebab dah niat dah hari tu, sebelum final year ingat nak settlekan buat umrah dulu. Asyik tertangguh aje. Lagipun rasanya itu aje masa yang sesuai, lambat lagi kang dah masuk final exam."

"Tak boleh pergi dari sana?"

"Dah cuba, tapi tak dapat sebab tak ada mahram. Tak ada pulak kawan-kawan yang berfamili kat sini yang nak pergi."

"Nak pergi dengan siapa dari Malaysia?"

"Ada dua tiga orang yang berminat. Mak nak ikut ke?" (Pancing! Pancing!!)

"Kalau mak pergi pun tak boleh juga, tak ada mahram. Abah kena pergi sekali. Kena tanya dia." (Umpan mengena!)

"Jadi, bolehlah kalau balik sekejap ni?"

"Hmmm..." (Dia tukar topik)

Huhuhu aku anggap ini adalah perubahan positif dan tidak tidak berubah menjadi negatif pula sebab bonda aku ada tendency untuk mengubah fikiran dengan sekelip mata. Bukan tak nak ke tanah suci dari sini, tapi aku dan cik mimi sudah cuba tahun lepas tapi tak dapat sebab tak terjumpa dengan keluarga Malaysian yang hendak mengerjakan umrah dan bila kami cuba tanya agensi, jawapan yang kami dapat "it has to be your brother or your husband, sister. You can't go without mahram." huhuhuhu sedey tau!

Kawan-kawan, mohon doa kalian untuk dipermudahkan urusan aku dan ada rejeki untuk aku tunaikan niat aku ni dan semoga aku menjadi seorang Muslimah yang lebih baik lagi. Serasa semakin kuat pula panggilan kaabah dalam hati ni. Semoga Allah jemput aku jadi tetamuNya.



p/s - pada mereka yang dah tahu bila tarikh tentative untuk aku pulang tu, tak payahlah war-warkan dulu ye. Simpan dulu dalam hati hehehe. Nanti bila dah confirm, akan aku beritahu dan sesiapa yang berjanji hendak belanja aku makan tu, simpanlah duit dari sekarang sebab dalam masa dua minggu di tanah air, agenda utama aku adalah makan, makan dan makan dan aku pun orangnya kuat makan. Bersedialah!

Thursday, July 31, 2008

Siri jelajah Scotland - episod satu tiga per empat



Hari ke 6, kami ke Fort George di Inverness. Dibina di kurun ke 18 dan masih digunakan sampai sekarang sebagai army barrack. Rasanya inilah tiket masuk yang paling mahal, jadi kami buat keputusan jadi ahli Kelab Historic Scotland, jadi dapatlah masuk percuma. Melayang gak lebih £20 untuk jadi ahli. Tapi, lepas ni bolehlah masuk mana-mana kastil di bawah penyelenggaraan Historic Scotland dengan percuma hehehe. Sesapa nak pi Edinburgh Castle bolehlah kalau nak pinjam kad ni. Boleh masuk percuma. Kalau tak kena bayar £12 sekali masuk hohoho.

Dari situ kami ke CairnGorm pula. Ini tempat main ski yang terkenal di Scotland. Juga sebahagian dari national park di sini. Aku sebenarnya gerun gak nak ke CairnGorm ni sebab jalannya berbukit. Bukitnya tinggi weh, jalan pulak sempit. Masa tu pulak hujan dan keadaan ada sikit berkabus. Dahlah aku membawa empat orang anak kesayangan mak bapak tak masuk lagi barang-barang yang berat kat dalam bonet tu... huhuhu. Kira bawak pun pelan-pelan ajelah. Sampai kat atas bukit tu kira pi toilet jer lah sebab kat atas tu suhu semakin turun. Kira 10C aje. Sejuk. Yang menarik kat CairnGorm ni, ada keretapi terus naik ke puncak ala-ala keretapi Bukit Bendera hehehe. Dalam 20 minit kat atas ni, kami turun balik. Huh! Jenuh baca segala macam ayat, takut jer tergelincir sebab jalan licin huhuhuhu. Alhamdulillah dapat turun dengan selamat.

Cuaca memang tak berapa baik hari tu dan kami terus ke destinasi seterusnya. Aberdeen. Tapi, tak lama pun kat bandar tu setakat nak cari toilet (lagi!) dengan nak beli ayam halal untuk dibuat BBQ esoknya. Aku suka bandar Aberdeen ni, walaupun padat tapi cantik dan tersusun jugalah. Maklumlah bandar minyak, mestilah best kan kan kan. Kami singgah di Lidl untuk beli barang-barang masakan yang kurang hehehe. Terutama roti! Selesai membeli kami terus ke Banchory di Aberdeenshire untuk penginapan malam tu. Kami dapat 2 wigwam. Hahaha jenuh juga dipermainkan oleh Cik Garmin., tapi tak adalah sesat sangat. Setakat masuk kawasan rumah orang nak buat U-turn ajelah. Macam biasa, jalan sempit, selorong. Lepas tu pulak kedudukannya dalam hutan hahahaha. Pengalaman sungguh!

Ingat nak buat BBQ malam tu juga tapi disebabkan hujan, ayam BBQ ditukar dengan ayam bakar dalam oven. Sedap jer makan sebab dah lapar. Lagipun kami dah tak larat dah makan sandwich tuna aje. Bayangkan seminggu, makanan tetap kami adalah sandwich tunam aiyak! Malam tu menu kami ayam bakar dengan sup sayur huhuhu yummy! Malam tu malam yang syok tidor sebab aku kongsi wigwam ngan Cik Akuatik manakala tiga serangkai yang lain Cik Mimi, Cik Nik Yus dan Cik Sanna satu wigwam. Tempat wigwam ni memang best sebab kat sebelah tu ada sungai huhuhu. Yang kurang seronok tu cuma toilet plus shower room ni letaknya kat luar dan kena share dengan wigwamers yang lain.

Esoknya cuaca baik dan sebelum sambung perjalanan, kami bakar daging burger pulak. Tak nak membazir arang yang dah dibeli. Sebab arang banyak, kami bakar ubi kentang pulak. Kan ke saranan kerajaan suruh rakyat makan ubi nak ajar jimat cermat hihihi.



Destinasi seterusnya - Stonehaven. Tak ada apa yang menarik sangat tempat ni kecuali ia dekat dengan laut. Tapi berhenti sekejap saja tengok-tengok bandar kecil ni. Cantik sebenarnya. Very charming. Lagipun cik Mimi jumpa kedai yang sama dengan dia. Sukalah cik tu hehehe.

Dari situ terus ke Dunnottar Castle. Yang ni memang cantik gila! Macam biasa kastil biasanya letak ditepi laut, dan pemandangan kastil ni memamg cantik. Dikelilingi dengan ladang, tapi tak berapa pasti ladang barli atau ladang gandum. Tak tahu nak bezakan.

Perjalanan di teruskan ke Edzell Castle. Kedatangan kami disambut oleh dua ekor burung merak. Cuaca semakin panas. Sebab dah jadi ahli Historic Scotland, apa lagi masuk ajelah. Tak ada apa sangat dalam kastil yang sebahagiannya dah runtuh ni, tapi tamannya memang cantik juga. Ikut pendapat aku, ada unsur-unsur pengaruh islam dalam kastil ini sebab ada tempat mandi (bath). Tabiat mandi ini diperkenalkan oleh Islam di Andalus. Mungkin pengaruh ini dibawa ke Scotland lepas tu? Kena check ni.

Dari situ kami terus ke Pitlochry pula.


Tiba di Pitlochry pun dah petang. Terus park kereta dan berjalan kaki menghala ke dam nak tengok ikan salmon naik tangga hehehe. Fish Ladder ini dibuat untuk beri laluan pada ikan salmon berenang ke kawasan loch untuk bertelur. Tahun ini saja sudah lebih 2,000 ekor ikan berenang menggunakan tangga ikan untuk bertelur. Tapi sayang, hari kami ke sana tak ada ikan pula yang berenang ke atas. Jadi, tengok pemandangan ajelah.

Lepas berpusing-pusing di bandar Pitlochry dan sesat barat atas arahan Cik Garmin yang selalu lembab tu, kami bergerak pulang ke Glasgow.

Selesailah episode pertama perjalanan merentasi bumi Scotland.

Tuesday, July 29, 2008

Take a break... lagi

Selingan sekejap.


Bulan ini aku asyik kena tipu saja. Memang betul-betul menguji kesabaran dan keimanan. Alhamdulillah juga aku dikelilingi dengan kawan-kawan yang supportive dan sentiasa memberi semangat yang tinggi. Juga mereka dianugerahkan Allah otak yang cerdas sebab kalau ikut hati dan bisikan syaitan rasanya mungkin aku akan tersesat jalan. Dan sesat semakin jauh. Mungkin juga tidak jumpa jalan pulang. Kira hebat jugalah ujian yang aku hadapi bulan ini. Harap bulan-bulan yang akan datang jalan aku akan mudah.

Bukan aku seorang saja yang ditipu. Cik Mimi juga ditipu oleh makhluk berjantina lelaki. Lebih hebat dugaan Cik Mimi berbanding aku rasanya. Aku doakan dia tabah kerana ganjaran untuk orang yang tabah dan beriman itu sangatlah tinggi. Untuk aku pula, kadang-kadang aku rasa semangat aku tidaklah sekuat Cik Mimi tapi aku tahu, ketabahan kami pada level yang sama juga. Dan semoga semakin tinggi lagi kesabaran kami dalam mengharungi hidup diperantauan dan ketika dipertemukan dengan orang yang pelik-pelik.

Setiap kejadian yang berlaku bulan ini terutama kerana menjadi mangsa penipuan ini, aku anggap sebagai balasan Allah pada aku yang dulu terpaksa 'menipu' jua dalam pekerjaan. Apatah lagi majikan aku dulu mengarahkan aku berusaha tak kiralah apa pun cara aku. Either you ask, beg or lie. Sebab arahan ini aku pernah jadi ibu polisi, kerani, pekerja kilang, pegawai kebajikan masyarakat, rakyat marhain yang tak puas hati dan bermacam-macam lagilah peranan yang aku mainkan semata-mata hendak dapatkan maklumat yang tepat lagi disahkan benar.

Sebab apa? Sebab sepanjang pengembaraan kami menjelajah bumi Scotland ini, Cik Garmin (Satellite Navigation) aku asyik 'menipu' jer kerjanya. Ada masa kereta kami keluar dari jalan dan terawang-awang saja dalam monitor. Ada masa kereta kami berpusing 180 degree dan seperti masuk ke dalam laut. Dan ada masanya setelah dimasukkan alamat yang benar, dia tetap menunjukkan destinasi yang salah. Yang kronik sekali bila dia arahkan kami masuk ke kawasan terlarang ILS (Instrument Landing System) kat Lapangan Terbang Preswick.

Rupa-rupanya pengalaman kami ini serupa saja dengan mereka. Asyik-asyik recalculating aje kerjanya hahaha. Oh buat pengetahuan anda semua, Kirk Yelthom tak ada dalam peta Cik Garmin. Nasib baik cik Akuatik sangat bijak membaca peta. Sampai tak tidur malam mencari jalan disebabkan dek drebar yang mahu mengelakkan jalan highway kekekekeke








Hish! Ada-ada sajalah Cik Garmin ni. Suka suki jer bawa kami sesat dalam terang kekekekeke
Oh juga tadi bas yang aku naik dengan Cik Mimi juga tersesat sebab ambil jalan salah. Alahai! Lagi sekali.

Wednesday, July 23, 2008

Have a break, have a .... heart attack!

Sat... sat....

Ingat boleh pendam. Baca sengsorang. Marah sengsorang. Ya lah, aku ni bukan jenis yang expressive orangnya terutama berkaitan dengan hal-hal yang sangat peribadi. Kalau aku 'bercakap' pun, apa yang aku luahkan tu pun cuma sepuluh peratus aje apa yang aku rasa sebenarnya. Tak reti sungguh.

Jadi cukuplah sekadar aku katakan aku 'jijik' dengan hal muzakarah/rundingan PAS dan UMNO.

Kenapa HADI nak layan sangat hal ni? Awat hang degil sangat tak nak dengar cakap?? Takkanlah hang dah lupa dulu hang pernah kena cekup jugak masuk ISA dulu tu sebab apa?

Huh! Marah ni! Jadi aku nak pi sejukkan hati sat. Jom! Tengok wayang, pas tu kita pi makan ayam kakakaka
(Aku tengok cerita Mamma Mia. Cerita muzikal Meryl Streep, Julie Walters, Pierce Brosnan, Colin Firth dan Amanda Seyfried to name a few. Tengok wayang tu buat aku rasa macam nak berdiri dan menari jer dalam panggung kakakakaka. Menyanyi tok sah ceritalah, mana yang aku ingat lirik, sakan jer aku melalak - err... tapi masih selow selow je tau)

Dan dalam keadaan jangka waktu aku yang tak berapa nak betul ni, aku rasa sungguh malankolik. Dan lagu Whiter Shade of Pale dok main-main dalam kepala kotak aku. Dan aku ripped ini dari OJ's website. Yes OJ, you are to be blamed for all these madness!


The happiest people in the world are not those who have no problems, but those who learn to live with things that are less than perfect.’

A group of graduates, highly established in their careers, got together to visit their old university professor. Conversation soon turned into complaints about stress in work and life. *

*Offering his guests coffee, the professor went to the kitchen and returned with a large pot of coffee and an assortment of cups - porcelain, plastic, glass, crystal, some plain looking, some expensive, some exquisite - telling them to help themselves to the coffee.

When all the students had a cup of coffee, the professor said: ‘If you noticed, all the nice looking expensive cups were taken up, leaving behind the simple and cheap ones.

While it is normal for you to want only the best
for yourselves, that is the source of your problems and stress. Be assured that the cup itself adds no quality to the coffee. In most cases, it is just more expensive and in some cases even hides what we drink. *

*What all of you really wanted was coffee, not the cup, but you consciously went for the best cups… Then you began eyeing each other’s cups.’

Now consider this, said the professor, ‘Life is the coffee; the jobs, money and position in society are the cups. They are just tools to hold and contain Life, and the type of cup we have does not define, nor change the quality of Life we live. Sometimes, by concentrating on the cup, we fail to
enjoy the coffee God has provided us. Enjoy your coffee!’

The happiest people don’t have the best of everything. They just make the best of everything. Four things to take note of in life…

1. Live simply.
2. Love generously.
3. Care deeply.
4. Speak kindly.

Shine a light & enjoy your Coffee today!!

Monday, July 21, 2008

Saturday, July 12, 2008

Back in 5 mins

Siri pertama Tour Scotland, kami ke bahagian Highland hingga ke Isle of Skye dan Outer Hebrides sebab aku nak tengok Callanish Stones. Naik ferry sampai semua mabuk laut hehehe. Aku rasa trip Kelana Konvoi pun tak setaraf dengan trip kami. Adakalanya kami pi satu-satu tempat tu sekadar err... nak cari toilet ja. Kira banyaklah peristiwa-peristiwa lawak jenaka yang berlaku dan ada gak peristiwa yang mengharukan, apatah lagi bab-bab nak cari tempat untuk solat hehehe.

Yang pasti sepanjang trip ni aku telah terlantik menjadi drebar kekal dan cik akuatik menjadi navigator utama, apatah lagi bila cik Garmin aku mengada-ngada. Memang seswai lah cik akuatik menjadi navigator sebab dia tahu kehendak drebar yang seram sejuk bila kena masuk jalan M (motorway) jadi perjalanan kami cuma melalui jalan-jalan kampung yang lebarnya sama ada muat-muat dua kenderaan atau pun yang paling halus dalam peta yakni, muat satu kereta saja. Huh thrill gila!

Ni sikit gambar yang sempat aku upload. Lusa dah nak sambung perjalanan ke bahagian Selatan pula.



Ni kat Glenfinnan - kami jumpa secara tak sengaja. Kalau tak sebab aku teringat satu babak dalam cerita chic lic Made of Honour, mungkin kami terlepas dah tempat ni hehehe. Tak sesia ilmu yang aku dapat dari cerita ni hehehe


Air terjun di Isle of Skye.



Bunga Scottish - Thistle di taman Armadale Castle di Isle of Skye


Berhenti makan tengahari di atas tebing, menghala ke John O' Groat (penghujung bahagian utara Tanah Ratu). Fish & Chips beli di Wick.


Bandar Inverness dari tingkap student hostel.


Inilah dia Callanish Stones di Outer Hebrides atau Isle of Lewis. Banyak spekulasi kenapa ia didirikan dan apa maksudnya. Lebih kurang macam Stonehenge di Wiltshire di England. Di sini tak dikenakan bayaran tapi di Stonehenge nak masuk kena bayar kalau tak silaplah.


Cik mimi sedang menyediakan burger bakar untuk makan tengahari. Aksi di ambil di hadapan wigwam di Banchory Aberdeenshire, daerah burger Angus yang glamer. Sepatutnya semalamnya kami ada BBQ, tapi sebab hujan terpaksalah berBBQ awal pagi.


Di St Andrews. Sayang tak boleh naik bridge untuk ambil gambar kat atas tu. Yang boleh cuma golfers aje. Jadi, terpaksalah ambil dari jauh.

Saturday, July 05, 2008

Out for lunch

This blog will be temporarily closed

hehehehe

perjalanan akan dimulakan dalam masa ... dua jam.

thanks for dropping by

Wednesday, July 02, 2008

Oh tuhan


Dari awal minggu ni, kolej tempat aku kerja pagi, tutup sebulan. Jadi, bermulalah siri sementara dalam hidup aku. Tidur lepas Subuh, bangun sebelum waktu sarapan habis. Ahaks!

Kalau kat hospital tempat aku kerja hujung minggu, waktu sarapan mula jam 8am, lepas tu jam 10am minum teh pula. Selalunya aku akan siap bancuh teh jam 9.50am. Lepas tu aku tolak troli dari satu bilik ke satu bilik tanya pesakit nak air teh atau kopi. Aku bawak juga sepiring biskut. Kalau tak habis, masuk perut akulah hahahaha.. Kira aku pun ikut minum teh sama dengan pesakit kat wad tu.

Ahad lepas ada satu pesakit ni, bukan setakat dia ada kanker tapi otak dia pun tak berapa nak masuk kat 'paksi'. Kira off centre sikitlah. Dia duduk dalam bilik untuk empat orang. Jadi macam biasa aku masuk dan offer pesakit teh atau kopi. Bila aku tolak troli tu dekat katil dia, tak semena-mena dia terus berdoa praying , laaaa... sudah, kata aku dalam hati. Aku biarkan ajelah, ingat nanti bila dah habis satu wad aku round, aku datang balik nak tanya dia nak minum ke tak.

Tak sempat aku pusing aje, kawan sebelah katil dia kata bagi ajelah dia teh dengan dua sudu gula dengan susu sikit. Aku bancuh ajelah untuk si minah ni. Lepas aku letak mug kat atas meja dia, dia hulur tangan nak bersalam. Semalam pun dia buat macam tu juga. Jadi aku sambut salam dia. Ewah tak semena-mena dia terus cium tangan aku hahahahaha. Ni apa ke hal pulak ni??

Aku gelak ajelah, tepuk-tepuk bahu dia, dan ucapkan semoga dia enjoy teh dia tu. Sampai aku keluar dari bilik dia, aku masih lagi tersengih.

Aku ni ni ada gaya ala-ala St Mary ke? hahahahaha. Adeh! Terubat juga penat aku kerja 21 jam untuk dua hari tu..

Sunday, June 29, 2008

Bas sesat


hehehe sebenarnya gambar ini adalah hasil experiment aku menghantar imejan secara terus dari telefon bimbit ke blog. Aku malas dah nak betulkan jadi kau orang teleng ajelah kepala tu ye, tak pun sengetkan monitor kalau nak tengok gambar tu tanpa rasa pening hehehe.

Sebenarnya minggu lepas ni kira minggu yang penuh 'lawak'. Alhamdulillah aku masih ada sense of humour, kalau tak mau rasanya tensi. Kira sepanjang minggu terakhir bulan lepas, partner aku tu memang selalu melepaskan bom-bom amonia ketika melakukan kerja-kerja pembersihan. Dia sendiri mengaku bomnya itu agak nasty! Ya dia memang kejam.

Okey ni cerita bas sesat.
Hari Jumaat, lepas berpoya-poya dengan cik mimi, aku balik rumah sorang-sorang sebab cik mimi nak sambung kerja kat uni. Macam biasalah aku naik bas no 38. Double decker. Pemandunya muda belia. Biasalah bas 38 dari bandar selalunya dimonopoli oleh golongan veterinar (veteren ler) sebab diaorang nak pergi ke Royal Infirmary Hospital.

Nak dijadikan cerita, pemandu bas sudah salah masuk lorong. Sepatutnya dari Cathedral St dia masuk ke Stirling Rd dan belok kanan masuk St James Rd, masuk ke Castle St dan terus ke Alexandria Parade; tapi pemandu bas sudah terus ke Stirling Road menghala ke Springburn (hahaha pening dengan naman jalan ler). Golongan veterinar ni sudah panik. Dua tiga orang dah ke depan bagitau 'drebar' yang dia sudah salah jalan. Macamana? Tak de tempat nak buat U-turn. Drebar bas terpaksalah berhentikan bas dia.

Dalam kalut-kalut tu, adalah bas lain datang. Drebar bas satu lagi ni bagilah tunjuk arah untuk drebar 38 ni buat U-turn kat Sprinburn. Ingat dah ok lah tu kan, tapi si drebar tak berapa nak cerdik ni sudah terus masuk ke M8 yakni, motorway yakni highway yakni, mana mau buat U-turn? Kalau terus, mau kitaorang boleh sampai ke Livingstone atau Edinburgh ni.

Tapi, macam dalam filem tamil gak lah, hero biasanya datang lambat. Saat-saat semua orang tengah tegang dan panik. Tok sah tanya aku lah. Masa tu aku tengah layan ngantuk sebenarnya. Oh dalam kes ni bukan hero ye, heroin yang datang menyelamat. Ada satu awek ni lah yang tolong tunjukkan arah pada si drebar muda ni. Dipendekkan cerita, aku terpaksalah turun di Alexandria Park dan jalan kaki balik rumah.

Tapi yang bestnya, golongan veterinar ni baik sungguh. Depa tak salahkan drebar tu. Siap kata "It's not your fault love. They should send someone who knows the route with you." Aku tak tahulah apa cerita sebenarnya drebar tu sebab dalam kepala aku cuma ingat nak tidur aje.

Err... ada gak kejadian lawak yang berlaku waktu aku kerja hari ahad lepas.

Wednesday, June 25, 2008

Berikan aku udara segar


Sebenarnya, aku masih sibuk memujuk enchek Ilham datang bertandang untuk siapkan kerja yang patut aku langsaikan secepat mungkin. Tapi itulah, datangnya sekejap-sekejap saja. Selebihnya aku banyak mengelamun dan buang masa. Memang tak produktif langsung!

Mood aku pun sikit tercemar pagi tadi disebabkan partner aku nan seorang ini. Dia ni ada habit suka melepaskan gas methane dalam kawasan yang punya pengudaraan terhad. Antara kawasan tempat pelepasan gas methane beliau adalah di dalam cleaner's cupboard atau orang putih dari pulau Amerika Utara panggil closet. Apapun panggilannya, tempat tersebut adalah kecil dan tiada bolong angin. Ia dipenuhi dengan baldi dan mop, singki tempat membasuh dan juga cecair kimia untuk membasuh. Faham-faham sajalah aroma yang sedia ada. Ditambah lagi dengan pelepasan gas methane yang keluar dari perut yang hadam susu, keju dan telur, aku rasa tahap keamoniaannya sangatlah tinggi.

Apalah malang nasib aku tadi, saat pelepasan dilakukan, aku berada di depan singki sedang membasuh kepala mop.

Aku rasa macam nak pitam!

Wednesday, June 18, 2008

Oh kekasihku....


Seronok kan berchenta? Terasa dunia ini indah belaka. Bak alam ini kita yang punya. Yang ada hanya aku dan dia saja. Tersenyum, tersengih macam orang gila. Orang kata apa pun kita tidak peduli. Apa nak kisah, kan? Bila orang tegur, tengok perangai tak senonoh kita, kita buat tak endah saja. Peduli apa? Yang penting happy!

Tapi lain pula halnya bila kita ditinggalkan dia. Dunia ini sunyi dan kelam. Sudah jadi macam orang bodoh pula. Termenung sana termenung sini. Buat semua jadi tak kena. Hati sakit. Lepas tu termenung balik. Pandang kiri pandang kanan. Tapi masih lagi tak karuan. Buntu.

Macam itulah halnya. Encik Ilham tinggalkan aku tadi. Masa aku berlalu dengan tidaklah produktifnya. Satu baris pun tak habis. Jenuh aku pujuk Encik Ilham minta dia datang balik. Tiga filem pulun nak pujuk dia. Dari Golden Compass (ye ye.. cerita dah berjaman, baru aku tengok), Narnia: Prince Caspian sampailah Indiana Jones and the Kindom of Crystal Skull Makan tak usah ceritalah. Macam-macam aku makan; biskutlah, nasilah sampailah cik mimi pun buat cuq kodok ikan bilis untuk minum petang. Meja kat bilik dah tak tak de ruang nak letak Abang Chard, bersepah! Jadi pindah ke depan la pulak. Kerusi ni sekali dah duduk memang susah nak bangun, huhuhu. Kalau boleh, tidur pun kat kerusi ni.

Hailah Enchek Ilham. Datanglah lagi.. aku rindu!

Dan aku kena habiskan cepat, kalau tak bos-bos aku 'marah' (walaupun dia selalu kata 'tak pe, take your time, no pressure tapi aku pula yang rasa macam gunung berapi yang nak meletup. High pressure!) huhuhu

Wednesday, June 11, 2008

'Cinta itu sebuah perjuangan...

... cinta tidak pernah datang dengan cara murah, datang dari langit'.

Semuanya harus kita perjuangkan dan seringkali cinta itu baru mekar setelah kita melewati pelbagai macam cerita dan dihujung ceritera itu saya ingatkan;

derita itu bukan musuhnya cinta, derita itu sedang membuatkan cinta itu jadi lebih dewasa' - GDE PRAMA

Hahahaha... saja jer.. tak de kena mengena dengan aku, tapi kena banyak dengan kawan-kawan aku. Oi friends, udah-udah ler tu jiwangnye! hahaha.


Tu diaa... berangan bukan main lagi!

Monday, June 09, 2008

Harta karun

Membeli barang keperluan dapur atau pun membeli-belah apapun di sini, bagi aku ibarat masuk pertandingan mencari harta karun. Negara kapitalis ini memang benar-benar memaksimumkan aktiviti pasaran terbuka. Jadi, dalam keadaan ekonomi dunia yang merudum sekarang ini, lagilah rancak aktiviti 'pencarian harta karun' setiap kali hendak keluar berbelanja kerana harga barang semua naik antara 1p hingga 50p dalam jarak masa yang singkat. Bayangkan aje harga 15 biji telur setakat ini di Iceland walaupun berjaya dikekalkan pada harga £1.25 tapi minggu lepas aku sudah nampak tanda harga £1.50 diraknya. Itu belum cerita harga beras ataupun makanan asasi Asia yang lain.

Untuk orang yang malas atau tidak berkenderaan macam aku ni, kadang-kadang malas juga hendak 'ngluyur' ke gedung-gedung hypermarket yang besar semata-mata hendak mencari barang murah. Walaupun akan tiada kos pengangkutan (sebab punya bas pas 10 minggu), tapi kos 'pengangkatan' akan menjadikan badan lenguh. Jadi terpaksalah bergantung pada kedai Sommerfield dan Iceland yang berdekatan dengan rumah.

Cuma bila sesekali keluar mencari barang makanan Asia di antara tiga buah gedung Cina yang ada di sini, sesekali terjumpa juga 'harta karun' yang boleh bertahan sekurang-kurangnya buat seminggu. Macam ini;



Sampai amoy yang dok kat till tak percaya harga sepeket udang ini cuma £1.55. Tiga empat kali dia bertanya pada kawannya pasal harga tu. Apa ingat aku ni cheapo sangat ke atau tak jujur nak letak tanda harga palsu kat peket udang ni? hehehe. Tapi tulah, ingat nak juga bawa balik dua peket tapi kat poket cuma ada £10 dan dicampur dengan barang-barang lain dalam raga; sotong besar, santan serbuk peket besar, serai, ikan bilis dan bola pulut dua peket sudah mencecah £8.93.

Adoi!

Friday, June 06, 2008

Lega...

Satu
Alhamdulillah semua sudah selesai tengahari tadi. Harapnya berjalan lancar.


Dua
Sudah harus merencanakan rancangan untuk bulan Julai memandangkan kali ini aku jadi holiday organiser bersama cik Akuatik. Susah sekarang.. boleh kita tidur sepanjang perjalanan ek akuatik. Encik Garmin kan ada untuk teman cik mimi.. huhuhu


Tiga
Oh terimakasih kawan sebab temankan aku bersembang tadi. Hahaha.. lama tak borak ye?

Empat
Sudah menghabiskan dua dari tetralogi Andrea Hirata. Macam biasa aku menongkah arus. Baca Edensor kemudian Sang Pemimpi dan Laskar Pelangi baru separuh bacaan aku habiskan. Sambil-sambil menyelak buku Dari Beirut ke Jerusalam.
Aku juga jumpa kedai buku online baru Ta-Ha Publisher Ltd, dan sudah membeli buku Islam in Andalus yang aku cari-cari karya Ahmad Thomson dan Muhammad 'Ata' ur-Rahim, Muslim Heritage (Muhammad Ahsan) dan The Muslim Conquest of Spain and the legacy of Al-Andalus (Shahnaz Husain).




Untuk seorang sahabat baru yang bercita-cita hendak menjadi seperti Allahyarham Ahmad Deedat, aku hadiahkan pada beliau buku Izhar-ul-Haq tulisan M Rahmatullah Kairanvi.


















Dan yang terakhir sekali

Aku sedang mencari Encik Ilham. Semoga aku bertemu sahabat aku sebelum berakhirnya musim panas ini. Banyak perkara yang perlu aku selesaikan dengan beliau. Huh!



p/s - Baca kisah kenaikan petrol memang menaikkan darah aku pula. Aku baca artikel dari suratkhabar tempatan sampailah artikel yang diterbitkan di Indon. Subsidi apa nak bagi? Macamana? Mekanisme tak tentu lagi, harga petrol sudah dibaling pada open market sedangkan di sini yang dikatakan negara maju pun ada mekanisme subsidi yang tersusun. Alangkan si Gordon Brown pun pi jumpa pengeluar minyak mintak tingkatkan produksi untuk tampung keperluan dalam negeri. Yang Pak Lah tu buat apa? Dengar-dengar nak naikkan lagi harga minyak dalam bulan August. Gila ke?
Sebut nama kamu ni pun Pak Lah, sudah cukup untuk buat aku mencarut dan memaki! Jadi baik aku berhenti dulu.

update - bonda izinni pulang ke rahmatullah sebentar tadi selepas zohor (waktu Malaysia). Semoga rohnya ditempatkan disisi orang yang beriman. Dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali.

Tuesday, May 20, 2008

Yes, you there!



Hallo there! Well, I'm going to tell you guys one thing.





Am gone on hibernation mode now.

Take care there. And please please please pray for me! Exams starting!


update 21/05/08 - 14.19
Kau tahu apa jadi pada orang yang panik dalam musim peperiksaan?
1. masak kari ayam lupa letak serbuk kari
2. permukaan meja jadi touch pad laptop lalu tertanya-tanya kenapa cursor tidak bergerak?
Hmmm....

update lagi

Kenapa MU mesti menang?????
I hate MU!!!

Friday, May 16, 2008

Selamat..



Selamat Hari Jadi yang ke 17 buat Afiq Afnan (baju putih). Semoga dengan bertambahnya usia, bertambah jua kematangan kamu dalam menjalani hidup sebagai seorang remaja. Semoga kamu basahi hati dengan Zikrullah dan jana mindamu dengan ilmu. Semoga kamu jua menjadi contoh yang baik-baik kepada adik-adik kamu. Amiin.

Untuk para pendidik semua - Selamat Menyambut Hari Guru.



Gambar cilok dari cikElly.

Banyak betul buah mangga dari pokok nan sebatang depan rumah. Sakanlah kau orang ye Elly.

Wednesday, May 14, 2008

Sembang pintu

Semalam aku buat perbincangan theology di muka pintu dengan dua orang penganut Jehovah Witness yang datang untuk menyebarkan agama mereka. Ini kali ke dua mereka datang mengetuk pintu rumah. Mula-mula dulu datang dan beri aku phamplet pasal kitab mereka. Aku kata aku Muslim, tapi tak apalah kalau nak bagi. Aku ambil aje, lepas tu entah mana aku buang aku pun tak tahu.

Masa mula tu dia tanya juga sama ada aku percaya pada Jesus Christ ke tak, aku jawab sebagai Muslim aku percaya dengan kewujudan Jesus sebagai salah seorang dari 313 rasul yang diutuskan Allah (dari pembelajaran aku). Setakat itu saja. Salah seorang dari dua perempuan tu nampaknya teruja dengan jawapan aku. Terus berdiskusi. Di depan pintu. Dia kata mereka bukan Roman Catholic atau sect yang lain yang percaya Jesus itu sebahagian dari Tuhan. Konsep Triniti yang menjadi doktrin asas (fundamental doctrine) untuk penganut agama Kristian yang lain. Tapi sebab masa suntuk, perbincangan tamat di situ. Dia minta izin untuk datang lagi dan aku pun beri.

Jadi semalam, diorang datang lagi berbincang tentang agama. Sekali lagi di muka pintu. Aku masih keberatan nak benarkan mereka masuk. Lagipun aku pun takut juga, ilmu tidak setinggi mana, takkan layak berbincang pasal topik begini, risau aku pula yang terpesong akidah.

Pertama-tama mereka tanya lagi sama ada aku percaya pada Jesus dan sekali lagi aku terangkan pendirian aku. Mereka puas hati. Bercerita pula yang mereka juga tidak percaya Jesus itu Tuhan tapi anak Tuhan, tapi mereka tidak sembah Jesus sebaliknya pada pencipta Jesus itu. Jehovah. Baik, ada persamaan di situ walaupun kami percaya Jesus bukan anak Tuhan. Ya, kami juga sembah pada pencipta Jesus.

"Oh! Mungkin kita sembah Tuhan yang sama".

Woah! Tidak!
Asas utama adalah syahadah, 'Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruhNya'.

Bercerita pula perihal Adam dan Hawa.

"Adakah mereka sempurna?"

"Tidak. mereka ciptaan Allah. Tidak sempurna" (maksud aku tiada yang sempurna melainkan Allah).

"Kami percaya manusia itu sempurna."

"Maaf, jika dibandingkan dengan ciptaan Pencipta yang lain, memang manusialah sebaik-baik ciptaan. Ya dari segi fizikal memang manusia ini sempurna."

Teruskan perbincangan pasal bagaimana Adam dan Hawa telah dibisik Syaitan untuk melakukan perbuatan yang dimurkai Allah sehingga dibuang dari Syurga.

Seterusnya..

"Mengapa Syaitan semakin laju cuba menyesatkan manusia? Kamu tahu bahawa Syaitan dulu adalah malaikat dari darjat yang tertinggi?"

"Ya, kerana mereka engkar kata Penciptanya maka mereka menjadi Syaitan. Sebab itu mereka dikenali juga sebagai Fallen Angel bukan?"

"Ya, betul dan sejak tahun 1914 Syaitan semakin berusaha untuk melakukan kejahatan di dunia. Lihat ini, (dia tunjuk perenggan yang menyatakan di akhir zaman syaitan semakin bekerja keras kerana mereka tahu yang masa mereka untuk menyesatkan umat manusia semakin singkat)."

Aku angguk. Dalam kepala bertanya kenapa 1914? Cuba cari akal logik untuk beri pendapat. Dalam hati doa semoga Allah beri laluan mudah.

"Salah seorang dari ahli kami cerita dahulu sekitar awal tahun 1900an, dia masih lagi menaiki pedati kuda, masa berjalan sangat perlahan. Tapi lihat sekarang, orang berjalan seperti berlumba, semakin laju. Hingga ke bulan" (boleh dipertikaikan, benarkah manusia sudah ke bulan? - tanya cik Mimi ye).

"Ya ke? Saya belajar Sociology. Manusia semakin mahu cepat kerana proses kemodenan dan teknologi. Mereka merasa agama itu mengongkong lalu mereka buat kesimpulan semua perkara dalam dunia boleh dijawab menggunakan sains, lalu mereka menolak agama. Sedangkan dalam etika kemasyarakatan, manusia tidak boleh ditinggalkan bersendirian tanpa pegangan. Sebab itu sampai sekarang mereka masih tercari-cari jawapan pada permasalahan sosial yang semakin meruncing."

"Ya, hari itu saya menonton satu dokumentari di mana seorang pengkaji ikan jerung turun ke laut dan memerhatikan jerung dari dalam sangkar besi. Kalau difikirkan mengapa mereka perlu sangkar besi? Sangkar besi itu ibarat agama, untuk menghalang elemen jahat dari 'memakan' kita."

"Sebab faith itu satu perkara yang kita tidak boleh sentuh dan rasa secara fizikal."

Cerita pula berkisar pada Hari Akhirat.

"Adakah kamu percaya pada hari akhirat dan perhitungan?"

"Sudah tentu. Setiap manusia akan mati dan segala perbuatan mereka akan dihitung, yang mana baik dan yang mana tidak. Sebab itu setiap orang Islam (peringatan untuk diri sendiri) hidup bukan untuk sekarang tapi untuk hari selepas kebangkitan semula."

"Adakah kamu percaya pada Syurga dan Neraka?"

"Ya, sudah tentu. Anda pula?" - Mana aci asyik aku saja yang kena jawab soalan kan?

"Ya, kami juga percaya."

"Bagaimana agaknya rupa Syurga dan Neraka itu ye?"

"Sudah pasti neraka itu panas."

"Tapi kalau sejuk yang melampau juga orang katakan it's cold as hell. Sejuk terlampau itu juga boleh jadi umpama neraka."

Ketawa.

"Bagaimana dengan syurga?"

"Oh! Syurga itu adalah dunia ini (sambil tunjuk perenggan pasal syurga dari kitabnya). Lihat, dunia yang indah ini adalah syurga."

"Ah.. sedangkan manusia sudah ada di dunia ini sejak beribu-ribu tahun dahulu. Cukupkah dunia ini hendak tampung manusia yang ramai ini?"

"Apabila Tuhan menjadikan bumi ini sebagai syurga selepas hari kebangkitan semula, setiap kawasan yang dulunya tidak boleh menjadi habitat manusia seperti kawasan tandus atau sejuk melampau akan boleh diduduki. Keadaan akan aman dan damai dan cuaca juga tidak sejuk atau panas melampau. Enak saja."

Aku senyum. Dalam kepala masih tidak boleh cerna 'logik' mereka. Takkan bumi ini dapat tampung umat sejak zaman Nabi Allah Adam.

"Kami percaya Syurga dan Neraka itu adalah satu tempat yang tidak dapat dilangkau oleh akal manusia. Ia ciptaan eksklusif Pencipta untuk hambaNya. Kalau dia cipta sesuatu yang dapat difikirkan oleh ciptaanNya, tak surprise lah nanti."

Kata aku lagi, "Lihatlah betapa adilnya Pencipta. Ada Syaitan dan ada Malaikat, ada syurga dan ada neraka. Ada baik dan ada jahat dan manusia juga sudah dibekalkan dengan keseimbangan nafsu dan jiwa yang disokong akal."

"Seronok sungguh dapat berbincang begini. Boleh kami datang lagi?"

"Silakan kalau mahu. Tapi saya tak janji akan ada di rumah selalu sebab saya pelajar."

"Tak mengapa. Sebelum itu saya ingin tanya.... kamu masak apa tadi? Baunya sungguh harum."

Hahahaha.. mesti masuk bab makanan lagi ek?

p/s - Manchester berwarna biru hari ini.
Go go (power) Rangers!!! hahaha - Rangers vs Zenit St Petersburg

Sunday, May 11, 2008

Gambar lagi


Jangan tanya apa benda ni, aku pun buta seni. Tapi dari gayanya macam kambing biri-biri. Bulu-bulunya merupakan tali-tali beg. Tak pun anjing yang berbulu lebat tu. Nak kata kucing, tak kena gaya pula... hmmm....


Yang ini pun aku tak tahu apa ceritanya. Kerusi disusun tunggang langgang tapi tak jatuh. Mungkin pasal imbangan kot? Entahlah. Kau orang fikirlah sendiri ye.


Bumbung dalam galeri. Ada tiga cermin melambangkan err.. tak tau. Tapi aku suka bumbung yang berukir dengan tiang roman yang besar-besar tu. Klasik sungguh.


Dinding batu bata warna warni?


Gambar-gambar ini aku ambil di GOMA (Gallery of Modern Art) selepas menghantar buku di perpustakaan yang terletak di bahagian bawah bangunan ini hari Jumaat lepas. Aku lupa siapakah artist yang membuat pameran tapi tak banyak pun barang-barang pameran di sini. Yang paling aku suka di dalam galeri ini, cuma bumbungnya. Cantik. Berukir-ukir dalam kebanyakan bangunan lama atau teater lama.

Kali ini aku guna kamera digital Vivitar sebab kamera lama aku dah terlalu nazak rasanya. Nak dihantar servis, tak mampu pula. Dihantar tanya saja sudah di caj dekat £10, kalau diservis mau lebih dari £100 kot. Aku sayang sangat Canon G5 ni sebab aku boleh putar terbalik LCDnya. Huh! Bilalah nak kaya ni?

Buat mak, Selamat Hari Ibu.

Thursday, May 08, 2008

hot hot hot

Minggu ni, cuaca memang baik sangat. Matahari memancar-mancar sampai ada yang mengeluh bakal dapat migraine. Suhu naik sampai 21C. Memang betul-betul panas. Huh! Aku bukan nak berlagak sebab kat Malaysia tu kan lebih panas dah hampir mencecah sekali ganda suhu kat sini. Tapi, memang sungguh, musim bunga kali ini lebih panas dari biasa, kering. Partner aku pun kata dah macam summer. Tapi macam biasalah Scottish weather ini tak menentu. Esok dah mula hujan balik dan suhu akan turun ke 17C dan hari Sabtu turun lagi ke 16C.


Musim bunga ni, aku bakal mewarisi kegilaan. Apa taknya siang panjang dari malam buat tidur aku pun tak menentu. Sekarang aku tidur lepas Asar, bangun untuk maghrib dalam pukul 10pm tunggu Isya' dalam 11.30pm. Tidur dan bangun balik pukul 4.50am untuk solat Subuh dan pergi kerja. Cuma kadang-kadang Solat Subuh pun boleh jadi Solat Dhuha sebab syuru' dah masuk awal. Huh! Bahaya sungguh. Dah lah nak periksa ni, baca pun macam nak tak nak jer lekat kat otak. huhuhuhu

Lepas ni aku akan cuba tepek gambar-gambar ajelah. Tak ada cerita pun nak disembang. Tunggulah lepas habis periksa pada 06/06/2008. Doakan aku ye.


Budak-budak di kejiranan aku seronok bermain kat padang yang tak seberapa ni walaupun jarum jam sudah menginjak hampir pukul 8pm.


Bunga 10 hari. Dah sepatutnya kena tukar dah ni. Cahaya garang sang mentari menerobos melalui tingkap kaca... chewah!


Perjalanan pulang dari makan tengahari di Restoran Sish Mahal berdekatan dengan Great Western Road. Terima kasih pada Eda yang belanja jiran Dennistoun dan Charing Cross makan di sini sambil bersembang hahahaha.