Tuesday, February 06, 2007

Sana Sini

Bila berjalan, saya suka tersenyum seorang diri. Apatah lagi bila saya senang hati melihat cuaca yang indah dan terang. Tidak hujan dan tiada salji. Saya suka menarik dan kemudian melepaskan nafas panjang, melihat wap putih berkepul-kepul keluar dari rongga hidung lalu menipis. Kadang-kadang pula, saya suka buat muka bosan, yang saya tak kisah dengan orang sekeliling saya. Tapi, selalunya saya akan tersenyum. Senyum kerana terkenangkan kisah-kisah lucu atau teringatkan seseorang (uish? siapa tu?).

Dan selalunya saya akan lemparkan senyuman itu pada sesiapa yang berpapasan dengan saya. Selalu juga mereka membalas senyuman saya. Ada kalanya ditambah dengan ucapan selamat pagi, tengahari atau petang. Sesekali terlanggar siku, mereka atau saya akan cepat-cepat meminta maaf. Kadang-kadang ucapan selamat atau maaf itu boleh meleret-leret sehingga akhirnya bercerita walaupun seketika. Tanpa bertanya siapa nama. Dan kami meneruskan perjalanan masing-masing.

Saya terfikir, mengapa di negara sendiri kita jarang hendak tersenyum dan menegur orang? Saya bayangkan dan cuba mengingati berapa kali agaknya saya pernah senyum dengan orang yang berpapasan di jalan-jalan di Lembah Kelang. Mungkin boleh dibilang dengan jari sebelah tangan agaknya.

Fikirkan senario ini. Seorang wanita sedang berjalan lalu melemparkan senyuman kepada anda sambil mengucapkan 'Selamat Pagi/Tengahari atau Malam'. Adakah anda akan balas senyumannya atau memalingkan muka dan yang paling selalu orang buat, tidak langsung bertentang mata. Adakah terlintas di hati anda yang perempuan itu gatal dan hendak mengurat anda (sekiranya anda lelaki)? Atau bagi yang wanita pula mungkin menggaru kepala, bertanya dengan diri samada anda kenal atau tidak dengan wanita yang senyum kepada anda. Oh! Saya pernah diberi ayat ini 'Eh! Senyum kat kita pulak, bukannya kenal pun!' oleh seorang wanita berpangkat makcik di Tanah Malaya. Rupanya salah untuk memberikan senyuman pada makcik itu.

Kalau kita naik bas di Tanah Malaya, pernah tak kita ucapkan terima kasih kepada pemandunya? Mungkin juga mulut kita menjadi keras kerana risau diherdik semata-mata hendak bertanyakan harga tambang bas. Di sini, walaupun tanpa latih tubi di Tanah Malaya, kita secara otomatis mengucapkan terima kasih kepada pemandu apabila tiba di perhentian kita. Dan yang paling menakjubkan, kita selalunya mendapat balasan 'Sama-sama' dari pemandu tersebut. Wah! Bersopan sungguh mat salleh yang kita panggil kurang hajar dan tak tahu adab ini!

Setiap pagi kita masuk pejabat atau sekolah, kita selalu lihat makcik-makcik, adik-adik, kawan-kawan Indon kita bertungkus lumus membersihkan koridor, menyapu lantai, mengemop, lap meja dan tingkap, bersihkan tandas kita dan letak pewangi yang harum. Pernah tak kita ambil masa untuk kenal siapa mereka? Dari mana asal mereka? Apa pekerjaan mereka sebelum ini? Susahkan hidup mereka? Apa perancangan mereka?

Kadang-kadang saya rasa segan juga hendak menyapa pekerja-pekerja di mana pejabat mereka saya bersihkan di sini, tapi mereka pula yang rajin menegur saya, apatah lagi melihat saya yang gemar membawa baldi, batang mop, menarik belalai vakum dan mengelek bahan pencuci sekali gus. Ada rakan setugas dengan mesranya menyapa dan berbual mesra pekerja-pekerja ini yang ada berpangkat pensyarah, pegawai dan pekerja biasa.

Apa bezanya makcik-makcik, adik-adik dan kawan-kawan Indon yang berkerja sebagai pencuci dengan kami di sini? Ah... mungkin kerana pencuci di sini ramainya bakal bergelar pemegang ijazah, sarjana ataupun bakal doktor falsafah? Yang suatu ketika dulu pernah duduk di dalam pejabat yang berlabel pengarah atau ketua pengarah. Yang suatu ketika dahulu bilik mereka pernah dicuci oleh tukang-tukang cuci dari kepulauan Indonesia.

Cuba tanya mereka pula, mungkin mereka juga pemegang ijazah, sarjana atau bakal doktor falsafah juga. Mungkin, siapa tahu?

Friday, February 02, 2007

Nad dan pisang

Nad.

Dia seorang lelaki Afrika dari keturunan Masai. Tinggi, kurus dan mempunyai senyuman yang sangat manis. Nad antara minoriti yang terselit di antara pekerja-pekerja 'Domestic Assistant' baru yang majoritinya adalah Melayu. Tapi, Nad seorang yang ramah, mudah ketawa dan mudah mesra. Jadi, dia tidak kekok berada di tengah-tengah kelompok Melayu di negara mat-mat dan minah-minah salleh ini.

Pada setiap pagi, kami diberikan sepuluh minit rehat untuk minum teh. Tapi, saya belajar dari senior-senior di sini, sepuluh minit sebelum masa rehat bermula, kita sudah boleh meningalkan tugas dan berjalan ke kantin. Sepuluh minit kita rehat sambil berbual-bual mesra dengan rakan-rakan setugas. Tepat masa selesai, barulah kita bergerak kembali ke wad-wad yang ditugaskan. Jadi tadi, saya dan Marie, rakan setugas yang baru juga (dia rakyat Peranchis), duduk di kalangan senior-senior sambil mendengar cerita dan gosip terbaru dari mereka. Saya tak nampak Nad. Mungkin dia duduk di kelompok lain agaknya.

Tepat jam 12.30pm, kami turun lagi ke kantin. Kali ini untuk makan tengahari. Di dalam waktu latihan ini, kami diberi kelebihan untuk duduk makan tengahari, tapi nanti bila sudah mula bertugas, kami tidak ada waktu rehat makan tengahari. Waktu rehat hanyalah sepuluh minit tepat jam 10am.

Kali ini, saya duduk dengan Marie dan Lindsay (gadis tempatan yang suka mengeluh dan sentiasa kelihatan bosan) sambil berbual dan makan tengahari. Di pinggan saya ada sesenduk coleslaw dan satu skup kentang lenyek. Nad lalu di belakang saya. Dia membawa satu beg plastik. Pasti itu makanan tengaharinya, fikir saya. Nad berhenti betul-betul di belakang saya dan membongkokkan bandannya yang tinggi.

"Anda makan makanan sihat hari ini nampaknya," tegurnya.

"Oh! Yang penting murah," balas saya sambil lalu tersenyum.

Nad ketawa. Dia berlalu dan mengambil tempat di sebelah Tony di meja tidak jauh dari saya. Tony juga rakyat tempatan. Dia pendiam orangnya. Nad dan Tony berkongsi meja pula dengan Silva, lelaki Ceylonese yang tidak suka menonton filem Tamil.

Saya sengaja perhatikan Nad. Dia membuka ikatan beg plastik dan mengeluarkan sebiji pisang. kulitnya dikopek dan isinya di makan hampir setengah. Dia mengunjukkan pisang tersebut kepada Tony dan Silva lantas berkata "Anda tahu apa ini?"

Tony dan Silva hanya tersenyum. Pasti mereka tahu itu pisang.

"Banana," balas Silva.

Nad tersengih. "No," balasnya. Di angkat buah itu tinggi sedikit. "This is pisang."

Saya turut tersengih. Nad bakal diMelayukan tidak lama lagi...

Wednesday, January 31, 2007

Kuning, biru dan warna

Ah! Lama dah tak ke sini. Rasanya blog ni pun dah jadi kematu. Keras. Sama kematu dengan jari.
Bermula Isnin lepas, jadual harian saya sudah berubah. Saya sudah menjadi pekerja sepenuh masa. Ya! Sepenuh masa bermaksud saya tak ada satu hari yang khusus untuk saya berehat dan bermalas-malas di dalam duvet. Jadual harian saya bermula dari 5am hingga malam hari Isnin hingga Jumaat dan 2pm-8pm hari Sabtu dan Ahad. Secara rasminya kini, saya pekerja kerajaan selama 2 hari setiap minggu. Saya bekerja di hospital. Bukan sebagai doktor, pegawai perubatan, misi, porter, jurubedah, doktor pakar, farmasi, potter ataupun tukang masak.
Saya adalah petugas 'Domestic Assistant' a.k.a cleaner.
Jika hari Isnin hingga Jumaat saya memegang batang mop dan rakan karibnya baldi, mesin vakum, mesin pengilat dan juga kain-kain buruk, di hospital ini, tugas saya bertambah. Mengisi jag air untuk pesakit juga. Kami diberi uniform dan kad nama pekerja. Saya rasa pereka uniform ini ada sedikit masalah mata. Rabun. Rabun warna.
Bajunya berwarna kuning telur dipadankan dengan seluar berwarna biru gelap. Saya rasa seperti tanda amaran. Jaga-jaga! Warna kuning tu! Berhenti atau pecut! Maaf, saya menyasar. Tapi, itulah yang sebenarnya saya rasa. Cuba bayangkan senario ini, baju kuning, seluar biru dan tudung warna-warna pelangi. Ah! Saya rasa, tak lama lagi saya akan menjadi orang yang terkenal.
Bangunan tempat kami ditugaskan adalah bangunan baru yang bakal dibuka dua minggu lagi. Hari pertama latihan, kami diberi taklimat tentang tugasan yang bakal diamanahkan kepada kami. Hari ke dua kami sudah diberi tugasan membersihkan tiga tandas di tingkat dua. Almaklumlah orang Malaysia memang terkenal dengan rajinnya dan dikumpulan kami yang dominasinya adalah rakyat Malaysia Melayu, maka dari tiga tandas, kami berjaya membersihkan hampir ke semua tandas di tingkat dua itu. Ya, kami memang terlebih rajin.
Hari ke tiga pula, kami diberi peluang untuk memvakum dan mengilatkan lantai menggunakan buffing machine. Sekali lagi, dengan bantuan seorang wanita Zimbabwe (ya dia terselit di antara kumpulan Melayu kami), kami telah berjaya membersihkan dan mengilatkan hampir keseluruhan lantai di tingkat dua. Hebat sungguh kami bukan?
Bagaimana pula esok?

Sunday, January 21, 2007

Awal Jumaat Lepas.

Hari Jumaat lepas, sewaktu pulang setelah usai kerja, salji turun dengan lebat. Kepingan-kepingan halus turun laju di bawa angin dan hujan berlarutan sehingga lewat tengahari. Seolah-olah lega dengan ribut dan salji yang turun, sang mentari keluar dari persembunyian lalu mencairkan selimut putih halus...
Sabtu datang mencatatkan hari yang menggembirakan.
Ahad menjelma untuk satu hari yang merehatkan.
Isnin bakal menjelma menjanjikan rutin harian sebagai pekerja dan pelajar bermula kembali. Saya kembali ke sekolah.











Wednesday, January 17, 2007

Selimut putih halus

Salji yang turun sekitar jam 9pm berlarutan hingga satu jam lebih. Pandangan di tempat letak kereta yang dilihat di sebalik lensa di teratak Wirawati....
Pagi ini... Semuanya hilang di bawa angin dan cair diterjah hujan.

Tuesday, January 16, 2007

Kerja dan Musim

Sudah tibalah masanya untuk wirawati perkenalkan tanah jajahan takluk dan lindungan harian. Bersih, harum dan berkilat-kilat. Maaflah sekiranya kualiti gambar agak kurang. Wirawati hanya menggunakan Ipaq saja. Biasanya PDA ini penuh dengan lagu-lagu Melayu saja tapi hari ini ada jugalah terselit beberapa keping gambar. Nanti kalau wirawati bawa masuk kamera, rakan-rakan seperjuangan ingat wirawati sudah naik pangkat jadi mandur pula.
Pemandangan dalam tandas wanita. Berkilat-kilat dan harum selepas disental dan dimop.
Salah satu bilik amali untuk pelajar-pelajar yang mengambil kursus kecantikan. Yang atas katil depan itu antara senjata yang dibekalkan untuk wirawan dan wirawati di sini.

Bilik darjah setelah divakum. Bersih dan tersusun. Wayar panjang dilantai itu kepunyaan pembantu Wirawati. Henry namanya. Dia dari keturunan Hoover. Sangat rajin. Kebolehan, menyedut segala pasir-pasir dan sampah-sampah kecil.

Selepas hampir dua minggu dilanda hujan dan angin kuat, hari ini matahari memancar dengan terang. Rakan seperjuangan kata 'calm before the storm'. Indahnya Sang Suria.



Pemandangan di luar bilik darjah.

Oh! Dengan rasminya kami di sini berada di dalam musim sejuk.
Butir-butir salji berterbangan sekitar jam 9.25pm. Tapi hanya seketika. Kesejukan yang mencengkam.





Monday, January 15, 2007

Air dan Angin

Balik kerja tadi, wirawati terus menelefon bonda. Bertanyakan khabar dan juga surat yang telah diposkan minggu lepas. Bonda kata surat tak terima lagi. Oh, mungkin posmen-posmen susah nak bergerak disebabkan hujan lebat agaknya. Mungkin awan yang berkepul-kepul di langit menyusahkan pesawat untuk bergerak. Mungkin juga jalan ke Melaka sudah terputus. Ah.. seribu kemungkinan.
Wahai Pejabat Pos dan abang posmen, cepat-cepatlah hantarkan surat itu ke rumah bonda. Ia penting. Juga kad ucapan tahniah pada anak saudara ya. Dia baru lepas PMR dan wirawati ingin memberi kata-kata semangat padanya supaya berusaha lebih lagi untuk SPM akan datang. Cepat ya abang Posmen!
Tadi bonda bercerita pasal hujan, pasal banjir di selatan tanah air, juga pasal angkara mereka-mereka yang alpa lantas menyebabkan bumi marah dan Allah murka. Bonda tipikal orang Melayu. Melayu-Jawa. Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya dan setiap musibah yang menimpa pasti kerana insan-insan leka dan menyebabkan Allah murka. Bonda tak kisah pasal 'global warming'. Bonda tak mahu tahu tentang radiasi. Bagi bonda, kalau kita lupa diri kita, lupa Pencipta kita, maka terimalah balasanNya.
'Kesian orang di Kota Tinggi. Baru sehari dapat pulang ke rumah, banjir lagi,' kata bonda.
'Ya, saya membaca di internet. Mendengar berita di KLfm melalui internet juga. Sehingga ada ingin mengisytiharkan darurat.'
'Ya, tapi tak jadi. Kasihan mereka. Air naik hingga ke bumbung. Inilah yang dikatakan musibah. Allah murka,' kata bonda lagi. 'Saudara makcik Senah (jiran bonda) kata, baru satu hari beli dapur gas ganti dapur yang tenggelam dalam air yang baru itu pun rosak juga.'
'Kenapa?' Soal wirawati.
'Tenggelam lagi. Kasihan sungguh. Macam tu juga keadaan di Batu Pahat. Syukur di Melaka tidak teruk macam tu lagi.'
'Apa cerita Pilihanraya kecil Batu Talam?' wirawati tukar tajuk.
'Ah! Mengarut. Sudahlah musibah di Johor, masih lagi nak buat pilihanraya kecil. Duit yang ada tu sepatutnya diberikan kepada mangsa banjir. Tak payah susah-susah nak buat pilihanraya,' kata bonda lagi.
'Dengar PAS nak boikot SPR?' Wirawati menyoal.
'Sepatutnya dari dulu lagi. Telus ke kalau ada nombor siri dalam borang mengundi?'
Wirawati angguk kepala tapi bonda tak nampak. 'Hujan lagi ke bonda?'
'Hari ni nampak cerah sikit.'
'Mesti harga ikan naik tinggi kan bonda?'
'Bukan setakat ikan, harga sayur pun dah mahal,' ujar bonda lagi. 'Oh! Lupa nak cerita, bonda tanam kacang panjang. Sudah berbuah. Adalah dekat enam tujuh biji.'
Wirawati ketawa, 'Itu sekali masak saja, bonda. Er.. bonda tanam di mana? Dulu ada tanah sekangkang kera bonda buat besarkan rumah. Kita duduk rumah teres je bonda.'
'Oh! Bonda tanam dalam kotak styrofoam putih. Gunakan ampai lama jadikan tempat dia memanjat. Bukan kacang aje, bonda pun dah semai biji terung. Tak lama lagi berbuah. Tak payah beli sayur di pasar.'

Ah! Bonda. Dulu sebelum besarkan rumah, tanah selebar dua buah meja tulis itu bonda tanam dengan pokok betik, peria katak, daun cekur, pokok kari, cili besar, cili padi dan pokok kunyit. Kalau betik berbuah, habis semua jiran diberikan buah betik. Pokoknya juga semakin tinggi dan semakin rancak berbuah.
Kalau wirawati pulang, hidangan malam pasti peria katak tumis dengan ikan bilis. Semangkuk besar bonda sediakan sebab wirawati memang suka peria dan juga peria berbuah lebat di celah-celah pagar belakang rumah. Kalau bonda masak kari untuk ayahanda, pasti semerbak harumnya kerana diletak beberapa keping daun kari. Cili? Ah tak payah langsung beli di pasar. Petik saja di celah-celah pokok peria dan pokok kunyit.
Di hadapan rumah pula berdiri megah dua batang pokok mangga. Buahnya lebat kadang-kadang bergayut melanggar dahi sesiapa yang lalu di bawahnya. Bukan setakat manusia yang menikmati kemanisan buah mangga bonda, malah monyet-monyet dari bukit seberang turut berpesta mangga. Belum lagi bonda yang hari-hari berperang dengan burung yang mematuk separuh buah lalu dibiarkan saja. Tak dihabiskan.
Setengah jam 'bersama' bonda buatkan wirawati rindu pada semua itu. Apatah lagi sekarang ini. Mungkin di tanah air, banjir melanda, tapi apa kurangnya di sini. Hujan dan angin yang menggila. Sejuknya...

Thursday, January 11, 2007

Ish!

Hari ini Wirawati seperti tak cukup kaki dan tangan. Tapi nanti kalau banyak tangan pula, Wirawati jadi seperti dewi Hindu Dewi Durga yang banyak tangan tu. Tak naklah. Tak cantik. Lagipun lengan baju 'uniform' tu cuma ada dua - satu di kiri dan satu di kanan.
Oh! Kenapa Wirawati kata seperti tak cukup kaki dan tangan? Kerana hari ini tanah jajahan takluk Wirawati tiba-tiba sahaja menjadi besar dan wirawati kesuntukan masa kerana semua kerja-kerja menyelamat harus dilakukan dalam masa 2 jam 40 minit (tolak 20 minit untuk minum pagi. Kerja-kerja menyelamat biasanya dihentikan pada jam 7am dan disambung kembali 20 minit kemudian. Ada loceng yang akan dibunyikan menandakan masa rehat bermula dan berakhir).
Ya, ya kenapa ya? Sebab rakan se-penyelamat hari ini tidak sihat badan. Siapa kata wirawati dan wirawan tidak jatuh sakit? Apatah lagi bila demam influenza yang menyesakkan sistem raspirotari melanda di waktu musim sejuk ini. Jadi hari ini wirawati kerja keras. Niat untuk bermalas-malas di khutub khanah pun terpaksa dibatalkan.
Wirawati ambil keputusan. Habis tugas, wirawati terus bertukar menjadi manusia biasa. Menahan bas dan balik ke rumah.
Wirawati hendak bermalas-malasan di dalam selimut tebal. Lagipun angin kuat (gales) kembali lagi ke bumi 'lochs', 'bagpipes' dan 'haggis' sehingga akhir minggu ini. Ah! Sejuknya, tapi tiada salji yang turun... cuma hujan....

Monday, January 08, 2007

Op!

Saya bagi amaran. Jangan rapat ketika saya sedang dalam misi.
Ini kali pertama saya beri peringatan. Jangan cuba dekat. Jangan buat saya beri peringatan ke-dua, ke-tiga, ke-empat dan ke-lima sekiranya mahu selamat.
Saya ada tugas baru sekarang. Saya sudah diangkat menjadi seorang wirawati. Ya! Seorang penyelamat. Malah mungkin juga seorang penyelamat dunia. Saya juga bakal mempunyai 'uniform' saya sendiri. Bukan! Bukan seperti Wonder Woman yang memakai baju mendedah aurat. Juga bukan seperti Cat Woman yang memakai baju melekat di badan dan memegang cemeti. Walaupun kedua-dua mereka memakai sarung tangan. Saya juga!
Ya, ya. Saya memakai uniform yang longgar, sesuai dengan kedudukan saya sebagai wirawati muslimah. Juga menutup aurat. Oh lupa! 'Uniform' saya juga berwarna biru. Hmmm.. ya ada sedikit warna merah dan hijau err... sedondon dengan sarung tangan saya yang juga berwarna biru dan hijau (boleh dipakai silih berganti mengikut perederan fesyen). Tapi saya tidak meniru warna wirawati penyelamat dunia yang lain. Tak boleh! Saya boleh didakwa melanggar Akta Hak Cipta. Itu juga plagiarism. (Unuk maklumat lanjut sila tanya bekas 'Group Editor' NST, dia lebih arif).
Saya juga mempunyai senjata pelindung diri. Bukan cemeti. Satu diperbuat dari sumber asli yang kebanyakannya berusia beratus-ratus tahun dan satu lagi dibuat daripada 'synthetic monomer' ataupun 'polymer resins'.
Mana-mana kejahatan yang berani mendekati saya akan saya hayun dengan senjata ajaib saya. Dan sekiranya saya di serang, pastinya saya berlindung di belakang 'synthetic monomer' ataupun 'polymer resins' saya yang berwarna merah dan putih.
Ya! Anda berani sekarang? Marilah dekat.
Saya memegang batang mop di tangan kiri dan baldi di tangan kanan. Berani lagi??
Maaf ye, wirawati masuk beradu dulu kerana esok beliau perlu 'sign-in' untuk misi tepat jam 6 pagi.

Saturday, January 06, 2007

Saya mahu itu.

Satu
Selalu kalau kita duduk makan, kita lihat makanan di pinggan orang lain lebih menyelerakan dari makanan di pinggan sendiri. Kita rasa, 'Ish kenapalah aku tak minta makanan macam si anu tu. Nampak lebih sedap dari yang aku ada.'
Kita tengok pelanggan di meja sebelah pula. 'Ha! Dia punya pun nampak lebih sedap. Makanan aku ni rasa macam kurang garam la pulak. Warna pun nampak hambar aje. Kurang perencah agaknya.' Kita asyik ralit tengok makanan-makanan yang menyelerakan di pinggan orang sampai kita lupa tentang makanan kita yang sebenarnya lebih enak dimakan ketika ia belum sejuk. (Tidaklah panas sangat - Rasulullah kan dah pesan, jangan makan makanan panas-panas sampai terkuap-kuap mulut bak ikan naik ke darat).
Sebenarnya, kalau kita beri tumpuan pada makanan kita dan tak terlalu cerewet dalam apa yang ada di dalam pinggan kita, pastinya kita akan dapat merasa dan nikmati keenakan makanan tersebut. Pasti orang-orang di sebelah kita akan lihat betapa enaknya makanan kita sehingga kita langsung tidak pedulikan mereka semua. Sudah pasti mereka pula terliur dan inginkan makanan yang ada di pinggan kita kala itu. Sudah pasti timbul perasaan iri hati atau dengki di hati mereka kerana ingin menikmati apa yang kita nikmati kala itu.
Dan kita? Kita sudah tidak pedulikan apa yang ada di pinggan orang lain kerana kenikmatan yang sebenar berada di pinggan sendiri. Kita yang memilih, kita yang meminta, kita yang menikmati dan kita yang akan membayar harga pilihan, permintaan dan kenikmatan yang diperolehi.
Mungkin juga kita yang terpaksa berlakon enaknya makanan itu tapi tiada siapa yang tahu sebab risiko dari pemilihan dan permintaan itu, mungkin juga keenakan mungkin juga sengsara. Tiada siapa yang tahu kecuali kita.
Teruskan makan sehingga habis kerana akhirnya, kita juga yang akan membayarnya. Bukan dia, bukan pelanggan di sebelah, juga bukan tuan punya restoran yang tidak mengamalkan memberi makanan percuma kepada pelanggan-pelanggannya.
Dua
Selepas solat, saya tidak lupa berdoa supaya Allah tambahkan lagi iman saya yang lebih halus dari kulit bawang yang dimayang. Allah beri kecerdasan kepada saya, mudahkan menerima ilmu yang ditimba. Supaya Allah sejahterakan ibu bapa saya supaya mereka dapat bertakwa kepadaNya dan mereka mendoakan pula untuk kesejahteraan saya. (Doa ibu bapa yang beriman, sangatlah mustajab - ia juga sebagai 'back-up' doa saya kerana saya juga nakal (baca : alpa) orangnya).
Tidak ketinggalan juga saya sering berdoa minta Allah sihatkan tubuh badan saya dan murahkan rezeki saya di sini.
Oh! Saya lupa lagi. Allah itu maha Pengasih dan Penyayang. Dia sentiasa mendengar rintihan umatnya dan doa saya tatkala saya kadang-kadang sangat-sangat nakal dan lupa memanjatkan syukur dan puji-pujian pada Nya.
Dalam kekalutan hidup saya di sini, Dia telah berikan rezeki pada saya. Melimpah. Ruah. Seolah ayah yang penyayang, limpahan rezeki saya bersyarat rupanya. Mengingatkan saya bahawa meminta itu kerja orang yang tak mahu susah payah. Saya 'diajar' lagi. Dalam kesenangan meminta, saya harus berusaha. Membuat pilihan.
Saya terima dua panggilan kerja. Yang mana satu harus saya pilih? Satu, sudah saya terima dan satu lagi bakal menjelma. Saya mahu dua-dua. Kalau boleh saya mahu ada yang ke tiga. Saya tamak lagi rupanya. Saya mahu makanan di pinggan saya dan saya juga mahu makanan di pinggan dia.
Saya harus berteleku lagi. Saya harus berfikir dengan kecerdasan minda yang diberiNya untuk mencari jalan membuat kedua-duanya sekali kerana saya tahu, kudrat saya mampu melakukannya. Saya akan terus meminta...

Thursday, January 04, 2007

Perjalanan pulang

Selamat Tahun Baru, semua.
Alhamdulillah, saya sudah kembali ke Glasgow kelmarin setelah hampir dua minggu melawat teman di daerah Timur pulau ini. Sempat juga beraya dan beramah mesra dengan komuniti kecil Melayu di sana. Bertambah lagi kawan-kawan di sini. Seronok jadinya.
Perjalanan pergi ke Hull mengambil masa 9 jam dengan menaiki bas. Saya meninggalkan Glasgow Buchanan Bus Station seawal jam 9.30 pagi dan tiba di Hull dalam pukul 6.15pm. Pijar rasanya punggung duduk di dalam perut bas walaupun kami berhenti agak lama di Newcastle. Sebab itu, untuk perjalanan balik, saya memilih menaiki keretapi walaupun terpaksa turun naik keretapi di empat stesyen. Ini cerita tentang perjalanan balik.

(Sila klik pada gambar untuk lebih jelas)
Saya pulang pada hari pertama warga British di sini memulakan perkerjaan mereka pertama kali di tahun baru. Walaupun keretapi hanya akan bergerak ke destinasi pada jam 10.32am, saya sudah berada di stesyen seawal 8.10am. Kenapa? Kerana sahabat yang menghantar, memulakan tugas pada jam 8.30am. Sudah adat orang menumpang, segala-galanya harus mengikut masa dan aturcara si tuan rumah. Saya pun senang begitu. Sekurang-kurangnya saya tidak terlalu menyusahkan sahabat.
Saya berkeputusan tidak mahu ke mana-mana sebab beg yang dibawa agak berat dan sarat dengan barang. Almaklumlah terikut juga dengan pesta beli belah 'Boxing Day' ni. Aduh! Hebat sungguh mat salleh bila membeli belah ye?
Sedang saya duduk-duduk, terlihat dua ekor anjing, tak silap saya jenis German Shepherd berlari-larian di sepanjang laluan keretapi. Entah dari mana datangnya anjing-anjing ini, saya pun tak tahu. Yang pasti seekor, mempunyai kolar leher manakala seekor lagi, tidak. Saya rasa mereka ni sepasang sebab yang seekor tu hanya menurut saja apa pasangannya buat.
Kelam kabut jugalah pekerja-pekerja stesyen nak keluarkan si Uda dan Dara ni. Baling biskut, tak jalan. Bersiul-siul pun tak jalan juga. Yang pasti pasangan asyik mahsyuk ni berlari ke sana ke mari. Manja juga. Kebetulan pula trek kosong. Agak setengah jam jugalah, mereka cuba pujuk anjing-anjing ni naik ke platfom tapi tak berjaya. Bertambah kelam kabut mereka apabila gerabak keretapi tiba ke stesyen. Terpaksa pula pemandu memberhentikan kenderaannya agak jauh sedikit dari tempat biasa dek sebabkan anjing-anjing yang berlari di trek.
Kesian ada, nak tergelak pun ada. Sebabkan dua ekor anjing, penumpang terpaksa berjalan jauh sedikit. Kerana sayangkan binatang, petugas-petugas berhempas pulas menyelamatkan anjing-anjing ini. Hasil titik peluh, dua ekor anjing tadi pun berjayalah diselamatkan.
Saya? Tak boleh nak ambil gambar dengan lebih dekat kerana polisi ditempat pengangkutan awam - tidak boleh meninggalkan bagasi begitu saja. Sekiranya anda berbuat demikian, bagasi anda boleh dirampas. Fuh!
***
Tepat jam 10.32, keretapi yang menghala ke Manchester Picadilly bergerak meninggalkan Hull Station. Jangkaannya saya akan tiba di Selby (sebuah stesyen kecil) pada jam 11.07am dan akan menaiki keretapi ke York pada jam 11.16am.
Apabila jarum jam menginjak ke 11.05am, keretapi yang saya naiki tiba-tiba menjadi tersangat perlahan. Sepuluh minit berlalu, kelajuan keretapi ini tidak meningkat. Saya rasa kalau saya turun dan berlari di sebelahnya, mungkin saya menjadi juara! Arghhhhhhhh!!!!! Masalah mekanikal/teknikal, saya pun tak tahu. Yang pasti, saya tiba di Selby pada jam 11.26am!
Saya jeling ke arah monitor yang tersangkut di platfom 2. Keretapi seterusnya ke York akan tiba tepat jam 11.32am. Ia ditulis 'On Time'. Saya berdiri sambil berpeluk tubuh. Beg pakaian dan satu beg plastik penuh kudap-kudapan di sebelah kaki saya. Saya menunggu.... terus menunggu. Saya ditipu lagi rupanya. 'Train delayed' tertera di kaca monitor. Ia hanya tiba 10 minit kemudian. Walaupun angin sejuk sesekali melibas pakaian saya, dinginnya tak terasa kerana di dalam hati saya, api sedang marak membara.
Saya tiba di York tepat 12.20pm. Jelas sudah saya ketinggalan keretapi yang berlepas jam 11.57am. Dalam hati mula tertanya-tanya berapalah lagi yang perlu saya bayar untuk naik keretapi seterusnya ke Glasgow. Saya lompat-lompat keretapi ni kerana saya beli tiket murah dan tiket ini tidak boleh ditukar ganti hatta untuk waktu sekalipun. Oleh kerana 'service provider' saya adalah GNER, saya terus ke kaunter dan menerangkan pada pekerja wanita di situ tentang masalah saya. Saya suakan tiket-tiket saya padanya.
Saya diberikan dua alternatif. Satu, train seterusnya ke Edinburgh Waverley station akan tiba dalam masa 7 minit lagi. Dari Edinburgh, saya boleh menaiki FirstScotrail ke Glasgow ataupun menunggu sehingga 12.52pm untuk satu perjalanan terus ke Glasgow. Yang penting, saya tidak akan dikenakan apa-apa caj tambahan untuk perjalanan ini. Senyum mula memekar dibibir. Sudah pasti saya akan mengambil perjalanan terus ke Glasgow, tak perlulah saya mengusung beg-beg berat ini turun naik di Edinburgh.
Tren GNER tiba pada jam 12.45 dan meninggalkan platfom 9 di York Station tepat jam 12.52pm. Ramai juga orang di dalam tren yang menuju ke arah utara pulau ini. Tren GNER menyediakan broadband wireless untuk pelanggan mereka di dalam tren, tapi bagi saya, tingkap diluar mempunyai pandangan yang lebih menarik dari tingkap explorer7 hehehe.
Hati sangat-sangat terpaut melihat pemandangan tepi laut terutama sekali di daerah Berwick-Upon-Tweed. Memang menakjubkan. Malang sekali, bateri kamera saya mati dan saya pula tidak membawa 'charger'nya. Makanya pandangan ini saya rakamkan di dalam kotak ingatan saya sajalah. Mungkin bila ada kelapangan dan rezeki saya akan ke sana. Perjalanannya juga tidak begitu jauh dari Glasgow. Sekitar dua jam menaiki keretapi. InsyaAllah.

Thursday, December 21, 2006

Kenangan Pengembara



Awal tahun lepas, saya berkelana di musim sejuk. Terima kasih kepada teman-teman pengembara yang bersama-sama bermain memboloskan kaki ke dalam salji tebal. Kenangan yang tidak akan dapat saya lupakan.
Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Bertalan Bicskei Jr, lelaki Magyar yang begitu prihatin dengan empat wanita Melayu yang terlontar jauh di negaranya. Bersungguh-sungguh menjadi pemandu untuk kami berempat. Risaunya pada kami, takut kami tersesat jalan atau tersalah menaiki bas atau tram. Maafkan kami juga kerana tidak pandai mengikut arahan untuk berdiri saja di Hero Square dalam salji lebat sehingga dia datang, sebaliknya memandai-mandai mencari jalan sendiri menaiki bukit Buda ke istana.
Lain kali tuan ke Malaysia, mungkin kali ini tuan dapat mengembara sepuas-puasnya di tanah Melayu ini. Diharap ayah tuan dapat merehatkan diri setelah puas dikritik semasa menjadi ketua jurulatih pasukan bola negara semusim cuma suatu waktu dahulu.
Terima kasih lagi sekali daripada saya.

Wednesday, December 20, 2006

Maafkan saya



Maafkan saya. Saya bersikap tidak adil. Tidak sepatutnya saya berfikiran sedemikian rupa.
Saya hulurkan kemaafan ini pada setiap pelajar yang sedang bertungkus lumus cuba untuk menghabiskan thesis mereka. Perjuangan ini bukanlah sesuatu yang enteng. Bukan mudah. Saya baru diberikan mukadimah dan saya sudah mengeluh. Saya memang bersikap tidak adil. Maafkan saya sekali lagi....

Monday, December 18, 2006

Amanah dan Sahabat

Banyak yang bermain difikiran saya kebelakangan ini. Ditambah pula dengan amanah yang diberikan untuk saya 'proof read' thesis seseorang. Di sebabkan perkara-perkara ini, saya rasa seperti hilang semangat seketika.
Saya bukanlah terlalu mahir dengan bahasa Inggeris. Kadang-kadang tatabahasa saya juga turut tunggang langgang. Saya masih memerlukan seorang 'minah salleh' untuk menyemak esei saya, dan sekarang saya pula menjadi 'proof reader' untuk seorang pelajar yang sedang menghabiskan PhDnya? Gila ke saya ni?? Dia baru memberi saya satu bab untuk thesisnya. Satu bab yang mempunyai 42 helai mukasurat, dan sudah hampir seminggu diberikan, saya baru melepasi mukasurat 22. Ada separuh bab lagi yang harus saya habiskan. Itu pun baru draf pertama. Saya harus membaca dan menilai serta membetulkan nahu dan tatabahasa sebanyak tiga kali. Itu adalah 'standard' yang saya tetapkan untuk diri saya sendiri.
Apa yang saya amati tentang penulisan thesis ini, saya dapati pelajar terlalu suka menulis ayat yang panjang. Terlalu banyak 'comma' (,) dan terlalu takut untuk memendekkan ayat mereka, sedangkan bagi saya, ayat yang 'short and concise' adalah lebih baik. Kenapa lebih suka menulis ayat pasif, sedangkan ayat aktif lebih mudah difahami? Adakah ayat yang panjang itu lebih menunjukkan seseorang itu lebih bijak atau 'intelectual'? Lebih 'sophisticated' mungkin? Entah, mungkin saya belum sampai tahap PhD lagi. Bukankah saya masih pelajar tahun satu sarjana? Mungkin ini hanya pendapat seorang yang baru merangkak belajar di IPT. Apa pun saya harus melunaskan amanah yang diberikan. Adakah mahal meminta bayaran £5 untuk satu bab? Entah, tapi kalau terus begini, mungkin susah payah dan pahit jerih saya, amat berpatutan.
Oh! Sejak saya berada di sini, saya tidak dapat meraikan harijadi empat sahabat bersama-sama mereka. Perpisahan ini juga menjadikan saya lebih prihatin dan sentiasa mengingati tarikh bahagia mereka, termasuklah ahli keluarga yang tercinta. Hari ini, harijadi salah seorang sahabat yang paling akrab dengan saya.
Tepat jam 4.05pm waktu Glasgow saya menghantar 'text message' kepada dia.
saya : Happy 32nd birthday to you.
dia : Ini le ucapan paling jauh didunia yg aku terima..hehe..dah 32 wei, bestnye.. makacihler coz ingat b'day aku.. terharunya aku.
saya : Ingat x kan la x ingat besdey bekas teman sekatil hahaha. Kau d atas aku di bawah menyanyikan lagu sayang menyayang.
dia : Ya.. ya juga teman naik keta juara hitam yg mcm kereta mayat tu, ketawa smpi nak putus urat kentut.
Kami berkenalan ketika sama-sama menuntut di Tingkatan Enam. Dia amat mudah membuat saya ketawa dengan lawak selambanya. Persahabatan yang terjalin di bangku sekolah berterusan sehingga kami menjadi rakan serumah pula. Dia seorang yang emosional, manakala saya pula... hmm... bak kata dia, 'hang ni memang blur memanjang.'
Banyak kenangan saya dengan dia. Ada yang manis ada juga yang pahit. Tapi kenangan yang paling manis ketika sama-sama tinggal di hostel. Dia di katil atas dan saya di katil bawah. Bercerita tentang macam-macam dan keesokan harinya, sama-sama ponteng kelas dan terus pergi minum di gerai Abang Pendek.

Tuesday, December 12, 2006

Christmas! The Indian style....

Terjumpa ini di youtube. Ketawa sakan. Satira.



Edited;

a totally insufficient dowry.
2 nosy in-laws.
3 buttered chickens.
4 hare-krishnas - Is that Indian?
5 indian games - I want to be the cowboy. (5 minutes of fame).
6 IT Graduates.
7-eleven workers.
8 Bollywood films - I didn't eat the baby was the dingo eat the baby.
9 telemarketeers - good day mate, this is Calen Jones. Are you hunting greater call rates.
10 minute yoga - think the lotus, feel the lotus, drive the lotus.
11-syllable names - Peesarvantmuthudoubledeckerbus.
12 cricker ball temperers - I was simply correcting the stitching.
Touchdown!

Awak minum tak?

‘Do you drink?’ Nora memandang saya. ‘Do you want wine or maybe lager?’

Ah! Saya menggelengkan kepala. ‘No, I don’t.’ Sambil tersenyum saya menyambung, ‘its okay, I’ll just take the soft drink.’

‘Ah! You’re a softy,’ kata Nora.

Kami berada di Counting House berdepan dengan George Square untuk makan-makan dan minum-minum sempena hari terakhir bersekolah untuk penggal pertama. Carol yang mencadangkan agar kami berjumpa buat kali terakhir sebelum cuti Krismas bermula. Saya ikut sahaja.

Kami merapatkan tiga meja bulat dan menyusun 11 kerusi di satu sudut di sebuah bilik khas untuk ‘dining’. Counting House merupakan restoran dan pub yang agak besar. Dua bilik khas untuk ‘dining’ dan di tengah-tengahnya merupakan bar untuk mereka yang singgah untuk menikmati lager kegemaran mereka.
‘Have you stopped drinking or you never drink?’ Soal Nora lagi.

‘Oh! I never take alcoholic drinks,’ balas saya.

‘I wish I have your strength. I tried but I can’t stop completely,’ dia mengeluh.

Saya tersenyum lagi. ‘Well, I guess it’s hard to stop.’

Dia ketawa. Dua dari tiga gelas berisi lager di hadapannya sudah kosong. Dia mula menghirup air dari gelas ke tiganya.

‘I can’t take so much of alcoholic drinks nowardays.’ Tiba-tiba John bersuara.

‘You get drunk easily now John?’ Tanya Bill pula.

‘Yeah! And my missus hates when I drunk.’

‘Oh! Its terrible when my husband is drunk. I have to steer him to the right direction, otherwise he pisses on everything,’ Tina pula menyampuk.

‘You’re right there. One night my husband was drunk. I can’t really sleep when he drunk coz I got worried when he got up in the middle of the night wanting to piss,’ balas Tricia pula. ‘One day when we’re about one-and-a-half year married, my parents came and stayed with us. My husband was drunk and he woke up in the middle of the night, staggered to my parents’ bedroom and pissed in front of the door.’

Kami semua ketawa.

‘One day I woke up in the buff. I was so drunk I don’t know what happened. I only knew that I woke up in the buff the next morning,’ cerita John pula.

‘My father-in-law was so drunk, he pissed in his suitcase. There were clothes ironed and neatly folded,’ sampuk si Sarah pula.

Tina berkata lagi. ‘There was a time when my husband was so drunk, he pissed on the stairs.’

‘I know a guy who went out from his house in a buff and pissed in the middle of the road coz he was so drunk to know what he was doing. And he didn’t remember a thing!’ Kata Tim pula.

‘You don’t see a drunk woman do these things. I think it was because it easy for men, they can do it standing behind a bush, a wall or a lamp post,’ balas Tina lagi disambut dengan juraian ketawa dari kami.

‘I read it somewhere that they put a picture of a wee blue bottle in the urinal so they need to aim at the bottle to avoid any mess and it works,’ tiba-tiba Carol bersuara.

‘Well’ I guess that’s one way to teach them to aim right,’ sampuk Nora.

‘As long as they can find their way to the toilet,’ balas Tina dan tawa kami berderai lagi.

Mungkin bagi mereka, itulah iktibar yang harus diambil tapi bagi saya, inilah antara sebab mengapa Islam melarang umatnya minum minuman yang memabukkan. Tak larat hendak membasuh satu rumah atau satu beg pakaian yang terkena najis dan berbau!

"Minuman apapun kalau banyaknya itu memabukkan, maka sedikitnya pun adalah haram." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tarmizi)

Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:
(1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

Saya?
Tidak minum, tidak membawa, tidak menuang dan tidak diminta dibelikan. Apatah lagi, memerasnya, minta diperaskan, makan harganya, membelinya, minta dihantari atau menjualnya. Mana-mana yang tertinggal pun saya tak buat. Sekadar tengok saja.

Monday, December 11, 2006

Krismas dan cuti.

Hari ini saya mendapat jemputan dari Rosie untuk menyambut Krismas bersama beliau. Samada saya ingin bermalam di rumah dia ataupun menghabiskan masa sehari suntuk, itu terpulang kepada saya. Rosie menawarkan diri untuk menjemput saya di mana-mana saja lokasi di Glasgow. Dia juga menawarkan untuk menghantar saya pulang. Dia wanita berpangkat nenek yang sangat baik dengan saya. Mungkin dia kasihan melihat saya yang terpaksa menyambut Krismas di sini sendirian atau mungkin dia memang suka meraikan kawan-kawan. Saya bersangka baik saja.
Dia meletakkan saya di dalam dilema sebenarnya. Hendak menerima jemputan atau menolak? Pertama-tama, saya tidak menyambut Krismas dan walaupun pada zaman ini, sambutan Krismas lebih bersifat komersil daripada keagamaan, untuk bersama mereka pada hari tersebut terasa sangat janggal dan kedua pasti saya akan menyusahkan dia kerana saya hanya makan daging yang disembelih cara Islam dan tidak mengambil minuman yang memabukkan sama sekali. Walaupun saya tidak pernah cerewet tentang makanan, 2 perkara ini, bagi saya, tiada komprominya. Tak mengapa saya ada 2 minggu untuk memberi jawapan.
Hari ini hari terakhir saya di universiti untuk penggal pertama. Esok, bermulalah cuti sekolah yang panjang untuk pelajar-pelajar seperti saya. Tiga kejayaan besar saya capai hari ini.
1- Saya diberi peluang satu hari lagi untuk hidup di dunia dan diberi peluang beribadat.
2- Saya berjaya mendapatkan nombor NI yang saya tunggu berbulan-bulan lamanya.
2. Saya lulus ujian kelas untuk kertas Psychology.
Hujan agak lebat hari ini.

Saturday, December 09, 2006

A big NO for you, writers!

We were discussing about how to write a good essay/writing at MSA room when Carol said she read something funny on the English notice board. It was hilarious. She said someone came up with these. So folks, when writing, avoid the following;

1) Her face was a perfect oval, like a circle that had its two other sides gently compressed by a Thigh Master.
2) McMurphy fell 12 stories, hitting the pavement like a paper bag filled with vegetable soup.
3) Her hair glistened in the rain like nose hair after a sneeze.
4) The door had been forced, as forced as the dialogue during the interview portion of Family Fortunes.
5) His thoughts tumbled in his head, making and breaking alliances like underpants in a tumble dryer.
6) She caught your eye like one of those pointy hook latches that used to dangle from doors and would fly up whenever you banged the door open again.
7) The little boat gently drifted across the pond exactly the way a bowling ball wouldn't.Her eyes were like two brown circles with big black dots in the centre.
8) Her vocabulary was as bad as, like, whatever.
9) He was as tall as a six-foot-three-inch tree.
10)The hailstones leaped from the pavement, just like maggots when you fry them in hot grease.
11)Long separated by cruel fate, the star-crossed lovers raced across the grassy field toward each other like two freight trains, one having left York at 6:36 p.m. travelling at 55 mph, the other from Peterborough at 4:19 p.m. at a speed of 35 mph.
12)The politician was gone but unnoticed, like the full stop after the Dr on a Dr Pepper can.
13)John and Mary had never met. They were like two hummingbirds who had also never met.
14)The thunder was ominous sounding, much like the sound of a thin sheet of metal being shaken backstage during the storm scene in a play.
15)The red brick wall was the colour of a brick-red crayon.
p) Even in his last years, Grandpa had a mind like a steel trap, only one that had been left out so long it had rusted shut.
16) Shots rang out, as shots are wont to do.
17)The plan was simple, like my brother Phil. But unlike Phil, this plan just might work.
18)The young fighter had a hungry look, the kind you get from not eating for a while.
19)Oh, Jason, take me!" she panted, her breasts heaving like a student on 31p-a-pint night.
20)He was as lame as a duck. Not the metaphorical lame duck either, but a real duck that was actually lame. Maybe from stepping on a land mine or something.
21)Her artistic sense was exquisitely refined, like someone who can tell butter from "I Can't Believe It's Not Butter."
22)She had a deep, throaty, genuine laugh, like that sound a dog makes just before it throws up.
23)It came down the stairs looking very much like something no one had ever seen before.
24)The knife was as sharp as the tone used by Glenda Jackson MP in her first several points of parliamentary procedure made to Robin Cook MP, Leader of the House of Commons, in the House Judiciary Committee hearings on the suspension of Keith Vaz MP.
25)The ballerina rose gracefully en pointe and extended one slender leg behind her, like a dog at a lamppost.
26)The revelation that his marriage of 30 years had disintegrated because of his wife's infidelity came as a rude shock, like a surcharge at a formerly surcharge-free cashpoint.
27)The dandelion swayed in the gentle breeze like an oscillating electric fan set on medium.
28)It was a working class tradition, like fathers chasing kids around with their power tools.
29)He was deeply in love. When she spoke, he thought he heard bells, as if she were a dustcart reversing.
30)She was as easy as the Daily Star crossword.
31)She grew on him like she was a colony of E. Coli and he was room-temperature British beef.
32)She walked into my office like a centipede with 98 missing legs.
33)Her voice had that tense, grating quality, like a first-generation thermal paper fax machine that needed a band tightened.
34)It hurt the way your tongue hurts after you accidentally staple it to the wall.
So folks, try to avoid using the phrases on the above list, ya! Made me think ... ' ah you're so beautiful, your face shining like a full moon.' (round and full of potholes?)

Friday, December 08, 2006

Kagum

Antara perkara-perkara yang membuatkan saya kagum dengan orang tempatan di sini adalah, usia tidak menghalang kehendak.
Sekiranya si tua berkehendakan wanita muda, dia akan cuba sedaya upaya. Ah! Sudah tentu faktor wang dan harta memainkan peranan yang sangat besar untuk si tua tadi mendapatkan apa yang dikehendaki. Tapi, mungkin bilangan si tua begini adalah kecil.
Setiap pagi dan petang, sekurang-kurangnya lima hari seminggu, saya akan menjadi 'flasher' yang menaiki bas. Bukan! Bukan 'flasher' yang itu! Biasanya 'flasher' yang itu adalah lelaki dan saya tahu dan yakin, sesungguhnya yakin, saya bukan lelaki. Saya pemegang pas bas bulanan. Jadi, ketika saya menaiki bas, saya akan tunjukkan pas saya kepada pemandu bas - secara pantas - 'like a flash'. Di tambah 'er'. Itulah saya - 'like a flash''er'.
Setiap pagi dan petang inilah, saya akan berkongsi bas dengan warga tua ataupun warga emas. Walaupun ramai sudah berjalan perlahan dibantu dengan sebatang tongkat di tangan, warga emas ini masih lagi aktif berjalan ke sana sini dengan menaiki bas. Mungkin ada yang beranggapan, kelajuan bas yang sarat dengan warga tua juga seiring dengan umur penumpangnya. Tidak. Kelajuan bas bergantung kepada keadaan jalanraya. Saya tetap sampai ke universiti saya dalam lima hingga ke 10 minit saja.
Kekaguman saya pada warga tua di sini bertambah apabila saya memulangkan buku-buku pinjaman saya ke khutub khanah pagi tadi. Sedang saya berdiri menunggu giliran, saya lihat seorang warga emas (lelaki) sedang menguruskan buku-buku pinjaman beliau di kaunter. Umurnya mungkin dalam 70an. Saya terfikir kenapa saya yang masih muda, berupaya lagi berlari mengejar bas, sering merungut kerana terpaksa membaca bertimbun-timbun buku hanya untuk menyelesaikan sebuah esei sedangkan di hadapan saya ini, berdiri seorang lelaki tua yang sudah kurang kudratnya tapi masih bersemangat untuk membaca?
Insaf saya seketika. Tiba-tiba teringatkan ayah saya. Umurnya hampir menginjak ke 70, tapi dia juga bersemangat untuk belajar walaupun antara dua lelaki ini, perbezaannya hanyalah pada bahasa dan jenis bacaan yang dibaca. Dia membaca dan belajar ilmu dunia manakala ayah saya menambahkan lagi ilmu akhirat.
Terus saya tarik nafas dalam. Mungkin agak terlambat untuk saya meng'edit' kembali esei-esei saya tapi saya berusaha dan berazam untuk membuat yang lebih baik untuk masa akan datang. Saya akan ambil iktibar dari lelaki tua itu. Umur memang bukan penghalang untuk seseorang menimba ilmu dan mendapatkan segulung ijazah. Bagaimana saya tahu lelaki tua itu juga seorang pelajar?
Kerana dia berada di dalam khutub khanah universiti saya. Hanya mereka yang mempunyai kad pelajar saja dibenarkan masuk dan meminjam buku. Ya, dia dan saya, adalah antara statistik pelajar matang di universiti ini.
Siapa agaknya pemegang rekod pelajar 'paling matang' di universiti ini agaknya? Hmmm...

Friday, December 01, 2006

Alhamdulillah.

Syukur ke hadrat Allah. Nikmat yang diberikan pada saya amat melimpah ruah pada setiap saat dan setiap hari yang saya lalui di bumi asing ini.
Pertama-tama saya bersyukur kerana Dia membenarkan saya satu hari lagi untuk menikmati dunia. Dia tidak menarik nikmat perasaan dan fitrah saya sebagai hambaNya.
- Rezeki Allah limpahkan pada saya terlalu banyak. Kadang-kadang saya terlalu alpa sehingga sering mengeluh dengan nilai wang yang semakin menyusut. Saya mengeluh kerana tidak mampu membuang wang untuk perkara-perkara yang remeh temeh. Saya terlalu banyak mengeluh dan mengadu sedangkan saya lupa, setiap detik jantung saya berdegup, setiap kali kelopak mata saya berkelip, adalah limpahan rezeki yang Allah bagi pada saya. Yang saya masih diberikan satu hari lagi peluang untuk berbadat dan menyerahkan diri padaNya.
Pada mulanya saya dilanda perasaan kecewa sehingga hampir menitiskan air mata kerana keputusan esei saya yang pertama tidak saya jangkakan sama sekali. Tapi saya bersyukur kerana saya jauh sekali untuk gagal. Akan saya jadikan iktibar untuk masa yang akan datang. Percayalah.
Kedua, Dia membenarkan segala urusan saya berjalan dengan tenang, walaupun tidak semuanya berakhir dengan kegembiraan. Yang khilaf akan saya jadikan pengajaran. InsyaAllah.
- Matahari, walaupun bersembunyi di balik awan tetap menerobos menyimbah bumi dengan sinar dan hangatnya. Awan walaupun bergumpalan tebal tetap tidak menitikkan walau setitis air membasahi hambaNya yang bertebaran mencari rezeki.
Tiada wajah-wajah masam yang saya temui sepanjang saya menjalankan urusan saya siang tadi. Walaupun hati tidak sepenuhnya riang dan gembira, tapi saya lega kerana setiap urusan yang terbengkalai, dapat saya lunaskan dalam masa satu hari.
Ketiga, mendapat seorang kawan yang sangat ikhlas membantu walaupun terpaksa mengorbankan masanya sendiri untuk menemankan saya mencari lokasi sebuah pejabat yang begitu asing bagi saya.
- Kita baru berkenalan. Di sinilah kita dipertemukan, tapi keikhlasan dan kepercayaan sesama kita seolah kita telah terlalu lama bersahabat. Jarak umur yang agak berbeza tidak sedikitpun membuatkan masing-masing kekok untuk berbicara. Mungkin saya yang keanak-anakan atau dia yang matang.
Terima kasih, budi dan jasa baik anda akan saya kenang sampai bila-bila.
Keempat, Dia menemukan saya dengan seorang saudara baru yang mengucapkan syahadah selepas menunaikan solat Jumaat tengahari tadi. Alhamdulillah.
- Kami bertemu di masjid, beberapa hari yang lepas. Agak kekok juga apabila dia menegur dengan tuturan Gleswegian yang terlalu pekat. Tapi, senyumannya sangat ikhlas. Dia kelihatan malu-malu dan kekok. Saya menawarkan diri untuk membantu setakat yang boleh dan dia tersenyum senang. Kami berbual agak lama di luar dewan solat. Dia mengaku, dia ke sini mencari agama. Maha besar Allah, kata saya dalam hati.
Dengan tawa yang agak hambar dia berkata, 'adakah terlambat untuk saya mencari agama?' Saya menggelengkan kepala, 'Allah memberi hidayah pada hamba yang dipilihNya. Bersyukur hati anda terbuka untuk mengenali agama yang satu ini.' Sekali lagi dia melemparkan senyuman pada saya.
Perbualan kami kemudian berkisar tentang perkara-perkara yang biasa. Dia bertanyakan umur dan pekerjaan saya. Saya cerita yang benar dan memberitahunya saya baru kembali ke sekolah. Dia tersenyum lagi. 'Seperti saya, anda masih tidak terlambat untuk menuntut ilmu', katanya. Kali ini saya pula yang tersenyum meleret. Saya tanya pada dia, adakah dia yakin untuk melafazkan syahadah, dia mengangguk saja. 'Bila?' Tanya saya lagi. 'Jika diizinkan Allah, pada hari Jumaat ini selepas solat Jumaah. Anda akan ada di sana?' tanya dia. 'InsyaAllah'.
Saya terpaksa menghentikan perbualan setakat itu kerana tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar harus saya utamakan. Lagipun rasanya tidak manis berbual tentang perkara dunia di luar dewan solat. Saya mengucapkan selamat maju jaya dan mengalu-alukan keputusannya untuk mengucapkan syahadah. Dengan senyuman yang masih lagi bersisa, saya menarik dia ke dalam pelukan saya dan mengingatkan dia (dan saya juga) untuk menjadi seorang muslimah yang baik. InsyaAllah.
Alhamdulillah, syukur pada Allah.

Thursday, November 30, 2006

Dah ada insurans?

Tiga minggu berturut-turut, saya memang tak menang tangan hendak menaip. Ada tiga esei yang harus dilunaskan. Seperti biasa, saya cuma dapat menyiapkan esei yang pertama malam terakhir sebelum ia dimasukkan ke dalam kotak kayu di depan pintu Jabatan. Bak kata seorang sahabat, "We are trained to work better under pressure." Betul. Lebih hebat tekanan yang diterima, lebih hebatlah hasil yang diperolehi. *Mengeluh*. Saya harus tinggalkan kebiasaan ini. Bukankah saya bekas pengakap dan motto pengakap adalah 'Selalu Bersedia'?
Nampak gaya, saya bukanlah seorang pengakap yang baik sebab saya ... lambat bersedia.
Apa pun saya hendak bertanya kepada anda, "Sudahkah anda menginsurankan kemaluan anda?"
Ah... Saya tidak bersedia lagi untuk itu. Tapi untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak perempuan, adakah ini satu langkah yang bijak untuk menetapkan harga hantaran? Satu jaminan di mana semakin tinggi harga insuran bermakna semakin tinggi nilai kemaluannya?
Dialog;
Mak Pak L: Berapakah hantaran yang ditetapkan?
Mak Pak P: RM50,000
Mak Pak L: Wah! Adakah Puan P ini hendak menjual anak? Sungguh melampau!
Mak Pak P: Tidak! Kami meletak harga berdasarkan nilai insuran kemaluan anak perempuan kami.
Mak Pak L: Adakah ia terjamin?
Mak Pak P: Sungguh! Kalau tidak percaya lihat pada iklan yang terpampang di tepi jalan. Tinggi jaminannya!
Mak Pak L: Kalau didapati kemaluan tersebut telah 'null and void', kami akan meminta ganti rugi dari pihak insurans.
Mak Pak P : Sekiranya pihak lelaki telah meng 'null and void' kan insurans tersebut, adakah kami dapat menuntut ganti rugi?
Arghhhhhh!!!!
Long, mana diaorang ambik gambar ni?


Bila tarikh matangnya?

Thursday, November 23, 2006

Susah ke?

Which part of the 'tak menyusahkan' is really 'tak menyusahkan'?
One day, two months ago, in a crowded public area.
"Ah! We're lucky to find you! Tak Melayu hilang di dunia."
"Oh no problem! Birds of a feather flock together, right? Don't you know the rule? Are you stoopiied or what? Glad we could help."
Three containers stood nearby.
A week later an email was sent;
"Hi how are you? Forgot your containers aaa? Don't want them?I should chuck in the sea and hope the current would push them to your place eh?
a reply via email ...
"Thank you for your help. No no sea takes time Why don't you fly them to my mate. Faster no? Hope tak menyusahkan."
emailing back ...
"No problem. Your friend should contact us, we must not waste money and contact your friend."
Another week passed by.
Friend via phone.
"Hi! I don't want to come. I give excuse that my car broke down. Besides, why must I come, its not my stuff anyway!"
"Well fine! Don't expect us to come and carry all that stuff to you! Just pray we're not going to open a booth and sell it at car boot!"
Fast forward.
An email was received ...
"Oi! I command you to send the containers to my friend. I don't care! I want them! Pronto! Again, I hope tak menyusahkan."
Email back ...
"Who do you think you are?! I got no work to do eh?! You want them, you pay la! No pay no work man. You should know by now. I told you I want to chuck into the sea coz the current is strong now. It's winter time. Just hope that it pushes to your place!"
Replied.
"Oh like that eh? Oklah do it your way. Chuck into the sea during high tide ya? I'll wait at my end of country and pray everyday that the containers stay afloat. I'll pray day and night that it reaches my shore safely. I just want my designer underwears thats all. I don't want to be like P.Ramlee holding a koyak rabak seluar katuk. Once again, hope tak menyusahkan."
Yeah, right!

Wednesday, November 22, 2006

Hari Raya yang terakhir...


Hari Ahad lepas, penduduk kampung Charles Street telah mengadakan sambutan Hari Raya untuk Muslimin dan Muslimat yang menetap di Glasgow. Sambutan diadakan di masjid Sumsa (Strathclyde University Muslim Association) pada waktu di antara Zohor dan Asar.

Alhamdulillah sambutan memang meriah dan makanan memang lazat-lazat belaka. Biasalah, saya lebih suka berdiri di belakang lensa kamera dan saya rakamkan gelagat tetamu-tetamu di majlis tersebut.Mungkin ini kali terakhir untuk tahun ini, muslimin dan muslimat dari Malaysia dapat berkumpul di dalam suasana penuh ukhuwah. Solat dilakukan secara berjemaah dan tetamu-tetamu mengeratkan lagi silaturrahim.

Saya suka!

Teringin...

Teringinlah,
nak main batu seremban
nak main gasing
nak buat teh tarik
lompat-lompat sambil tersengih depan monitor
ish! Teringin sangat-sangat!
Teringin juga nak ada sebuah istana besar. Teringin juga nak pergi ke Seksyen 7 Shah Alam, main di kolam mandi gajah putih. Tidur di mana-mana rumah yang saya suka. Memang teringin sangat-sangat.
Dulu kini.... selamanya? Itu bukan motto saya.
p/s - saya menangis dalam ketawa.

Monday, November 20, 2006

Melankolik?

Ada yang bertanya mengapa sejak akhir-akhir ini saya melankolik? Mengapa letak gambar-gambar berunsur sedih? Kenapa mainkan lagu yang mendayu-dayu?
Jawab saya;
Saya seorang wanita yang beremosi. Adakalanya saya merasa marah, gembira, puas dan kadang-kadang juga melankolik. Saya letak gambar titisan air kerana di sini, cuaca sedang melankolik. Angin garang sedang meniup lalu membawa titis-titis angin mengenai cermin tingkap bilik saya. Betapa Allah begitu menyayangi ciptaanNya. Tanah yang dulu kering, kini dibasahi dengan rahmatNya. Pohon-pohon akan 'ditidurkan' sementara dan kembali mewarnai bumi dengan kehijauan bila tiba masa yang dijanjikan.
Bukan setakat pohon-pohon meliuk lentuk dan menunduk dahan menahan terjahan angin, manusia-manusia yang bertebaran mencari rezeki di bumi Allah ini hampir sujud mencari paksi untuk berpijak meneruskan langkah setapak demi setapak. Bersenjatakan leher baju yang tegak menujah langit dengan tangan bersulam di dada, insan-insan di sini memberanikan diri melawan gelombang angin yang semakin menggila.
Dalam sisiran bayu dan air, kilauan sebaris warna-warna indah tiba-tiba menghiasi langit. Sesungguhnya Dialah pencipta seni yang maha agung. Bukankah kita sebagai hambaNya harus menghayati keindahan ini? Mengagungi Penciptanya? Mempelajari dan memahami maksud yang tersirat? Pelangi boleh mengkhayalkan dan khayalan itu hanya sementara. Datang rintik air, pelangi hilang didada langit. Istighfarlah akan kebesaran Allah yang maha mengetahui.
Saya melankolik lagi?
Tidak. Saya rindu sebenarnya. Sangat-sangat rindu. (Terjemahkanlah sendiri erti rindu saya. maksudnya tetap sama.) Tapi saya memang gemarkan lagu ini. Sejak saya mula mendengarnya di awal 90an. Inilah lagu kegemaran saya. Sampai bila-bila kerana liriknya (bagi saya) sangat puitis. Sangat luas ertinya, sangat banyak terjemahannya. Sukar untuk saya cari lagu-lagu sebegini sekarang kerana saya benci lagu-lagu ciptaan Eddie Hamid. Terlalu mendayu-dayu seolah lelaki hilang harga diri. Apa erti menjadi seorang lelaki sekiranya tiada jati diri dan senang dibuai lagu-lagu yang kosong tanpa makna dalam kumpulan 'tangkap leleh'?
Maka saya persembahkan lagu ini.
'Bila bulan berwarna biru'
Arab dan Aidit.
(Saya beli CD ini di Tower Records Mid-Valley Shopping Centre dengan harga RM9.90)
Saya puas hati.
Melankolik lagi?
Tidak.
.... Mungkin bulan depan? Dua bulan lagi? Tiga?
Hanya Allah yang maha mengetahui.

Tuesday, November 14, 2006

Datang dan pergi

Kau hadir di depan mataku. Mewarnai langit dengan keindahan tujuh warnamu. Aku terpana dengan ciptaan Allah yang maha besar. sedikit demi sedikit, kau menyerlah mengabui mataku dengan kecantikanmu



Cahayamu mengerdip menyinar langit yang dilindungi awan kelabu


Semakin terserlah dipanahi mentari pagi

Namun... benarlah seperti kata-kata pujangga

keindahan itu hanya sementara

Dan bila bayu menyusur

Kau hilang dari pandangan...

Monday, November 13, 2006

Sukanyer....

Lupa pulak nak memberitahu.
Pergi carboot hari ahad, ini yang saya dapat.


Mulanya dia bercantum dan tersenyum...



Bila terbuka, dia tetap gembira.

Saya pun suka!!!!

Sunday, November 12, 2006

Masa

Aku seorang wanita dan kau pun tahu hakikat ini bukan?

Saturday, November 11, 2006

Titisan di tingkap


Its gloomy, the heaven above
The saddest songs are sung
With tears dropping heavily
Down the hollow cheeks
Smile he said, smile for me
Lift your heart soar your spirit
For I am here though you need to seek
I will always be for you to peek
But hope would always be blown away
By the heartless who felt no fear
Who, derived happiness in darkest soul
Whistling with glee, cackled and rattling
Tapping furiously on window of sane
Inviting and pulling her fragile heart and mind
Sinking down, down and drowned in turbulence
Gentle, gentle she said
For my heart is fragile and easy to break
So he told her, be strong my love
For I will never leave your side forever
Bear the sorrow for a little while longer
And I promise to return with warmth and life
Then the sadness and sorrow would come to an end
Tiny droplets of dark mist would be carried away
So when the heavens door open and inviting
And He pours his blessing with love abundance
She knows in her heart that new life will begins
She tilts her head back and look up searching for him
Hope that he would peek and shining
Soaring her heart back to heaven
Lifting her spirit higher and higher
Like the birds floating near the clouds
Singing the songs of sorrow now gone
He would be there waiting for her
Looking, seeking and seeing
With a brightest smile on his rounded face.

Mana matahari ni?!

Thursday, November 09, 2006

Keluh Kesah

Penggantungan pada 9 Sept

Sebenarnya saya banyak perkara yang hendak diselesaikan tapi kepala ini sangat buntu. Tak boleh berfikir langsung. Entah kenapa akal di dalam organ otak yang dikurniakan Allah ini tidak berupaya berfungsi sepenuhnya sedangkan tarikh akhir untuk saya menyerahkan tugasan saya hanya tinggal tiga hari saja lagi. Mungkinkah organ di dalam kepala saya ini telah tersumbat disebabkan disumbat hingga tepu tentang masalah organ reproduksi yang hangat diperkatakan sebelum ini?
Perlukah saya mengucapkan tahniah kepada Kementerian Dalam Negeri kerana mengambil tindakan menggantung pengeluaran akhbar tabloid kerana mengambil pendekatan membincangkan isu taboo seperti ini untuk melariskan akhbar mereka? Atau adakah ini konspirasi untuk menjatuhkan maruah suratkhabar yang telah berusia lebih seratus tahun? Bukankah pepatah Inggeris ada mengatakan 'With Age Comes Wisdom' atau sebenarnya ia adalah bukti kata-kata Bahasa Melayu 'Tua nyanyuk?'.
Adakah benar soal seks dapat melariskan sesebuah akhbar? Apakah tahap seks yang mampu dibincangkan oleh sebuah akhbar umum seperti Weekend Mail? Mungkin setakat versi 'Umum' sedangkan media komunikasi lain seperti internet lebih mahir dan mampu menghidangkan 'satu talam penuh' jenis seks yang ingin dilayari. Malah ada yang berkonsepkan seks interaktif. Hanya gunakan tetikus anda.
Saya masih ingat lagi di mana Sunday Mail dulu lebih gemar membincangkan soal kemasyarakatan. Mengupas isu penting yang berlaku sepanjang minggu. Menulis rencana secara mendalam tentang isu pendidikan, kesihatan dan juga soal keselamatan dalam negeri. Malah selalu juga Sunday Mail menjadi akhbar pertama memecahkan berita (breaking news). Intergriti Sunday Mail tidak pernah menjadi persoalan besar.
Mungkin ini akibatnya menggaji bekas 'orang besar' FHM menjadi tonggak The Malay Mail/Weekend Mail. Mungkin dia lebih berpengalaman di dalam isu-isu membincangkan soal reproduksi dan seks daripada isu-isu penting yang lebih besar dari anunya. (Saya tahu ini juga lucah!)
Maafkan saya. Dan jangan tanya saya di manakah letak anunya - atas atau pun di bawah. Sekali lagi, saya mohon maaf.
Malam semakin tua dan saya masih lagi belum dapat mencapai kata putus tentang soalan tugasan man yang mahu saya selesaikan. Adakah dari J. R.R Tolkien ataupun dari John Leyerle. Masih ada bacaan lain yang harus saya selesaikan mengenai Nations and Nationalism dan satu lagi masalah psychology untuk bincangkan bagaimana kita melihat kesalahan orang lain dan adakah kita berat sebelah (bias) dengan diri kita sendiri? Apakah sebab psikologi untuk sikap ini? Inilah permasalahan yang harus saya usaikan dalam masa tiga hari yang tinggal.
Mungkin malam ini saya tidur lebih lewat dari biasa ....

Monday, November 06, 2006

Jarum dalam lipatan.


Since this morning, I've been reading Malaysian online papers. Reading current and stale news and looking at pictures. What I read and saw really made me depress. First, it was a picture of overshot train in Sentul Timur, (Lucky there was no passengers) then it was reading about the plagiarism by Brendan Pereira (How Dearly We Miss June 6) to work of Mitch Albom's Remembering the day before the day.
Reading this made me sick. It was blatant plagiarism. How could a group editor stoop so low and blatantly copied other people's work without giving any credit? We were told over and over again that plagiarism is a serious offence. Even in university, plagiarism could mean failing the course or you may be kicked out and landed on your bum. It is serious.
I could only shook my head when I read that. But then of course that shock turned into something funny when I read Malay Mail front paged today. Written in bold red text, it said "WE ARE SORRY" said Syed Faisal Albar, CEO of NSTP. I almost had a stomach ache for laughing so much. It was hilarious. It was absurd. He made an absolute joke of journalism profession. No wonder people now have no respect for journalists. YOU made YOURSELF a laughing stock.
Last Sunday during my battle with pots and pans preparing for the Malaysian style open house, I received a text on my handphone. It was from the dragonlady. she said "Ur new malay mail is fast becoming a porn tabloid. Try reading ur exbos blog. Am sure thr shld b posting dedicated to d topic" But by the time, I finished everything, I was to exhausted to even on the computer. So today, I took the liberty of checking the news and surfing the exbos blog. Sure enough there were a few topics dedicated to the Porn Mail.
It does bring back memories. The time when we were very proud of telling people that we're from the newspaper. Where people looked at us as we were the MPs, Menteri Besar or mere Adun. That we're the 'magicians' who could turn their lives from worse to better or worse to worst or whatever their lives can be turned to. Gone were the days when our cars would be scratched by disgruntled fews who hated our guts for exposing the wrong doings of the arses 'they' licked. Now 'we' are looked with smirks on 'their' faces. With laughters ringing behind those who wearing the NST/MM tags. I pity my colleagues and my juniors. May you stay strong.
Reading these news, I can only come to one conclusion. Journalism profession in Malaysia is in shambles and I hope there would be people strong enough to rebuild it.

'kHas' untuk mu

Jawapanku untuk soalan kHas ko Has.
Aku start dengan ini ;
"Mei 2003

Kalaulah Emak tahu keadaan aku di sini, mesti dia menangis hiba. Mesti dia bentak-bentak suruh aku bungkus baju dan balik sekarang juga. Bukanlah sekarang pun dia tidak bentak-bentak suruh aku balik, cuma aku selalu pujuk dia yang keadaan aku baik. Aku selamat.

Sedangkan hakikatnya, aku dan beribu-ribu rakyat tempatan tersepit di antara bedilan-bedilan mortar dan peluru-peluru raifal yang sering bersimpang siur tidak kenal mangsa, lelaki atau perempuan, orang tua mahupun kanak-kanak."
Sangkut di sini ;
"“Maafkan ana, Nisa.” Itulah saja ayat yang mampu diluahkan oleh Dr Fatima ketika kertas putih dihulur. Wanita itu terus tunduk tanpa berkata apa. Hanya sinar mata yang redup memohon ketabahan dan kecekalan terus utuh di jiwa wanita Melayu ini.

Dengan jari yang terketar-ketar, Khairunnisa membuka lipatan kertas putih. Matanya berkaca-kaca tatkala membaca sebaris tulisan yang membentuk .... "
(Apa yang dibentuk???)
Aku ni kan, bab-bab air mata memang kalah. Memang tak boleh tulis punya. Memang aku tak de perasaan punya! Bab marah boleh lagi, bab merapu, senang sangat jalan tapi bila tiba aku kena tulis cerita air mata, memang aku surrender. Jenuh aku cuba bayangkan muka Neng Yatimah menangis kat depan mata, tapi akhirnya aku gelak sendiri.
Cuba pulak kenang muka Norkumalasari nyanyi dengan air mata dia yang berjejer-jejer tu, aku terus jadi geli. Jadi macamana? Akhirnya aku sangkut kat situ. Kat situ yang dah berbulan-bulan, berpekan-pekan, berpurnama-purnama dan bermusim-musim. Sekali lagi aku tanya, jadi camne?
La ni aku dah masuk musim hantar assignments, memang tak de masa langsung nak tulis dalam bahasa Melayu. Cuaca gak dah berubah masuk dalam musim sejuk dengan otak dan akal aku pun jadi beku. Hish!
Janjiku kHas;
Aku tetap akan habiskan. Tungguuuuuu.......
p/s thanks for the input about the nasi impit in plastic. Yang plastic aku hidang yang tekan2 dengan penumbuk besar ni, masuk tembolok sendiri. Ok tak hahahaha

Saturday, November 04, 2006

So?

Lord Provand's House

A visit from a hantu hunter prompted me to write about Provand's Lordship house in Glasgow. Touted to be the oldest house here, it was built in the 15th Century and outstanding example of Scottish domestic architechture. So that's what medieval house would look like.
The house is opposite St Mungo museum of Religious Life and Art, situated at the starting of Castle Street. It is a three storey stone house. We noticed the house on the way to Govanhill before but don't have the time nor the reason why we should visit the house.
Last month, there was a kind of orientation session cum breaking fast for new Muslim Malaysian students in Glasgow, so I and housemate decided to come early as we want to take some 'autumn' pictures inf front of St Mungo Cathederal amongst the fallen yellow and brown leaves. Masya Allah, it's just so pretty...
After the photo session, we saw the house opposite the road. Checked the time, seems that we still have much time before iftar. Asked housemate whether it's okay that we go and have a look, she said she game. By the time we stepped inside the old house, my heart started pounding. Actually it's a signal that I'm entering an unknown territory. I got the signal symptom after the 'incident' in Rome in 2001. Since then my antenna bacame too sensitive and always worked overtime.
It got stronger when we stepped further inside the house. It's dark and the century old oak beams were low. It was just plain eerie. There was a St Mary holding dead (I assumed) Jesus statue at the side of the dining room on the ground floor. The dining table and chairs were also very old and fragile. From there we climbed up the spiral stairway to the second floor.
We ventured to one of the room and was greeted by the 'Canon' which is actually a dummy sitting in wooden chair. Aisey! Made me startled. Ingatkan apa la tadi. We dared not venture into other rooms, just peeked from the stairway. So, we decided, lets go upstair. The top floor is the most modern room in the house. It was renovated and placed with false floor to preserve the original oak floor. It's turned into a modern tiny museum with pictures of old Trongate, Sauchiehall and other areas in Glasgow in 1700s to 1800s. From here, we can view the St Nicholas Garden situated at the back of the house. As usual, they adopted the concept of paradise in Islam where the greenery of garden is complement with fountain in the middle. Unfortunately visitors could not enter the garden so we can only appreciate its beauty behind glass windows.
We left after 15 minutes of touring the house. My uncomfortableness immediately dissipate. So I know for sure that the house is occupied by the unseens (can we pluralise them?). I looked at housemate jokingly said that we're lucky to visit the house during the Ramadhan month when the hantus and the setans were bounded and gagged. Ya ka?

Thursday, November 02, 2006

Nasi impit or bubur

Housemate cadang nak buat open house this Sunday. Such a grand idea indeed. Aku ok jer, almaklumlah kitchen helper, bukan main chef.

Menu for Sunday;

Nasi impit
Kuah kacang
Meehoon sup utara (thanks mummy for the meehoon stock)

Untuk Has, aku rindu meehoon sup kat Mutiara Bangsar. Agak-agak bila aku balik nanti, dia ada lagi tak? Or boleh ke kalau mintak dia bungkus and hantar ke sini woohoo!

Anyway, sambung cerita.

Memandangkan kami tak de dulang yang best and plastik yang best juga, kami try improvise guna plastik beg kedai buku John Smith (kedai buku uni aku) sebab tebal sket. Buat empat segi bakar guna lilin (should have just use the stapler) masukkan beras, lobang-lobangkan and rebus.

hahahaha

Hasilnya? Plastik terbuka, nasi terkeluar and jadi bubur. Apa lagi?

Scoop and makan ngan serunding daging and kicap... Fuhyoh! sodap!

Peringatan untuk diri sendiri;

Gunalah stapler instead lilin to seal the plastic.

p/s : Aku baru hantar first assignment for Journalism and Creative Writing Semester 1. Doakan paper aku tu dapat marks tinggi.
Aku nak score!!

Wednesday, November 01, 2006

kelantan dan Kuzi

Sebenarnya on that Halloween night tu, we all buat impromptu open house Raya. Tak de rancang-rancang, terus je ajak a few close friends and makan kat rumah. For those who know me, perkara ni memang susah nak percaya. I don't blame them sebab kalau aku yang buat, memang pun aku tak percaya hehehe. Ceritanya begini ...
Last Sunday, ex-housemate datang ngan mak and adik dia to attend her graduation. She just completed her masters in (I don't really know but it's got to do with pharmacy thingy) and the graduation was on Monday. Jadi dah berkebetulan mak dia kat sini, we all bawalah pergi jumpa our 'grand master' Dr Wan. As usual bila Kelantan bertemu Kelantan, Glasgow umpama Kota Baru, Pasir Mah, Pasir Puteh, Langgar dan yang sewaktu dengannya.
Gembira jumpa orang baik-baik macam kami ni di sini (ahem!) mak ex-housemate pun bercadanglah hendak mengadakan sesi bersama-sama orang di sini. Jadi hari Selasa tu, balik saja dari bershopping sakan, mereka pun bersesi perang kat dapur. Hasilnya makanan-makanan Malaysia, khususnya Kelantan seperti Kuzi daging, telur masak cili dan dalca ayam bersama nasi tomato dihidangkan kepada tetamu. Hidangan lain seperti kuih hari raya yang diimport dan 2 kuih buatan tangan sendiri (ahem!ahem! [may not entirely mine but I did help!]) turut terhidang di hadapan tetamu.
Ramai gak yang datang. Dr Wan satu family, ex-housemate's ex-housemate and her husband and family the cute witch in pink yang datang ketuk pintu earlier. All in all memang penuh dan riuh our humble flat unit.
Dalam ramai-ramai tu, pasti ada gak yang kepenatan ....

Momo tidor ngan baby Hana or should it be the other way around?

Rock-a-bye baby, in the tree top

When the wind blows, the cradle will rock

When the bough breaks, the cradle will fall

And down will come baby, cradle and all

Syyy.......