Wednesday, April 11, 2007

Cerita kawan

Hmm... ingatkan nak bercerita panjang lebar tentang sahabat-sahabat yang datang bertandang, tapi perasan yang saya tidak ada gambar untuk dilampirkan sekali dengan cerita panjang ini. Terpaksalah bercerita tanpa gambar.

Selepas melalui drama tiga babak di Ireland, akhirnya saya selamat tiba ke tanah Glasgow tepat jam 9.50pm. Oh tahu apa cerita drama saya? Ia bermula seawal 6am di mana teksi yang sepatutnya membawa saya ke tengah-tengah bandar Dublin tidak mengambil saya di lokasi sepatutnya lalu menyebabkan saya ketinggalan pesawat pagi. Babak ke dua menyaksikan saya bersenang-lenang berjalan sana sini di Belfast dan babak seterusnya saya ketinggalan pesawat petang dan akhirnya terpaksa membeli tiket LAGI untuk pesawat berlepas jam 9.05pm. Marah? Sakit hati? Ah! Salah siapa kalau bukan salah pakcik teksi awal pagi tu hahahahaha!

Jadinya saya tiba di Glasgow serentak dengan rakan-rakan yang tiba dari Manchester menaiki Megabus yang mempunyai kerusi tegak tapi menawarkan tambang paling murah. Saya tiba di Buchanan Bus Station untuk menjemput mereka sambil membawa beg berat dari Ireland. Malam yang kian larut belum lagi menutup tirai drama saya. Kami menunggu teksi hampir sejam lamanya tapi tak ada satu pun yang kosong. Akhirnya terpaksalah memunggah beg-beg besar ke dalam bas. Terima kasih kepada pemandu yang sabar dengan kerenah kami.

Oleh kerana semua orang kelaparan dan kepenatan, menu makan malam kami cuma meehoon goreng oleh chef yang cuma mencampakkan segala ramuan ke dalam periuk untuk menggoreng. (Rumah kami tak ada kuali jadi acara goreng menggoreng dilakukan di dalam periuk besar).

Hari Pertama.
Masing-masing kepenatan jadi lepas usai Subuh semua terbungkang kembali dan bangun sekali waktu matahari sudah memancar-mancar sekitar jam 9am. Menu sarapan sekali lagi meehoon goreng sebab itu aje yang paling senang dibuat. Saya berlagak seperti matron hospital. Semuanya saya halau keluar rumah secepat yang boleh kerana acara hari ini adalah jalan-jalan di bandar sambil mengambil gambar. Kami tidak naik bas kerana untuk mengambil gambar, lebih mudah berjalan kaki saja jadi kita boleh berhenti bila-bila masa yang kita suka. Kami bersiar-siar di Buchanan Street melihat kedai-kedai £1 shop. Membeli cenderahati dan masuk kedai-kedai wajib seperti Marks and Spencer (Elly kata Marks and Spender, aku kata kedai Yahudi hehehe). Bila sudah lewat petang, kami makan pula di satu-satunya kedai halal yang saya tahu di bandar ini - Best Kebab. Tetamu-tetamu saya ingin merasa Fish and Chips tapi saya senang dengan mixed kebab. Akhirnya ikan masing-masing cuma dicuit sikit saja tapi mengendeng kebab saya. Dah kata dah, kebab ni je yang sedap. Balik masing-masing sibuk memasukkan barang dalam beg yang sudah mula sendat.

Hari ke Dua
Di sebabkan hari ini Good Friday, saya berkeputusan membawa mereka jalan-jalan ke Botanic Garden dan Kelvingrove Park. Satu hari suntuk di habiskan di sana dengan mengambil gambar bunga-bunga yang berkembang. Sebenarnya tak ada apa yang menarik sangat di ke dua-dua taman ini, cuma bunga-bunga daffodils yang berkembang menjadikan hamparan kuning putih di rumput yang menghijau. Pokok-pokok seperti cherry blossoms and apple blossoms juga belum berbunga sepenuhnya.

Hari ke Tiga
Kali ini kami keluar dari kota Glasgow dan menaiki keretapi ke Edinburgh. Untuk perjalanan selama hampir sejam, kami hanya membayar £4.95 seorang untuk tiket pergi dan balik. Harga biasa adalah £9.30 untuk tiket pergi balik tapi kerana kami berempat, maka kami dianggap sebagai satu kumpulan dan layak menerima diskaun.

Kami ke sana dengan beg sarat dengan bekal makanan. Malam sebelumnya kami sudah menanak nasi dan pagi-pagi lagi saya dan salah seorang tetamu saya bertungkus lumus menggoreng nasi dan meehoon sebagai bekal makanan piknik di Edinburgh. (Wah! Rasanya saya sudah bertukar menjadi seperti bonda saya suka membekal makanan. "Daripada beli buang duit lebih baik bawak bekal," pesannya. Arghhhhh!!!!)

Maka, berkelahlah kami makan nasi goreng berlaukkan ayam goreng (feveret!!) di atas salah sebuah kerusi kayu yang bersusun di Princes Street mengadap Edinburgh Castle. Bila perut masing-masing sudah penuh, kami meneruskan perjalanan mendaki bukit ke kawasan istana. Sudah pasti berhenti seketika untuk mengambil foto-foto menarik di sepanjang perjalanan. Macam biasa, saya tidak masuk ke dalam istana. Mana mampu. Harga tiket masuk sahaja £11 dan barisan manusia yang membeli tiket juga seperti ular dipalu. Ramai!

Selesai mengambil gambar dan mengisi perut (lagi) dengan kon aiskrim seorang, kami menuruni bukit di jalan high street yang dikenali sebagai Royal Mile. Keluar masuk kedai mencari cenderahati yang sesuai untuk dibawa pulang dan diberikan kepada orang-orang tersayang di tanah air.

Sebelum pulang kami mencari kedai HRC di George Street kerana ada sahabat yang kepingin t-shirt Kafe Batu Keras ini. Penat berjalan-jalan mencuci mata dan menabur wang, kami singgah kembali ke Princes Street untuk acara makan seterusnya. Tetamu-tetamu saya begitu berselera makan meehoon goreng sedangkan bagi saya kesedapannya sudah berkurangan sungguh kerana sudah meehoonnya sudah sejuk.

Hari ke Empat
Masing-masing sudah terlalu kepenatan akibat dikerjakan oleh saya hahaha.. Maaf ye. Hanya seorang saja yang larat untuk meneruskan perjalanan dan kali ini destinasi kami adalah ke Blochairn market untuk carboot di pagi Ahad.

Menghabiskan masa dua jam di carboot, tapi oleh kerana kami ke sana seawal jam 7am, barang-barang yang dijual agak mahal. Dalam £4-£8 untuk benda-benda kecil terpakai. Bagi saya sungguh tidak berbaloi sekiranya dibeli sedangkan kalau lewat sedikit dalam 10am ke atas, barang-barang yang dijual biasanya akan turun harga sehingga 25p saja.

Pulang dari carboot, semuanya sudah bersiap-siap untuk keluar. Mereka meneruskan percutian di Paris pula. Sekali lagi saya seperti matron hospital yang suruh mereka cepat-cepat siap, menempah teksi untuk membawa mereka ke stesyen bas seterusnya ke Lapangan Terbang Prestwick untuk mereka ke Paris. Dan saya pula bersiap-siap untuk pergi menjalankan tugas tetap saya di Gartnavel Hospital.

Petang itu saya kepenatan sehingga terpaksa tidur di dalam tandas. Hep! Tandas bersih dan berbau harum ye...


oh oh... sebelum saya terlupa, saya harus membayar hutang tag bayu.

kesihatan
- Baik alhamdulillah. Semoga terus dalam keadaan sihat walafiat untuk terus bekerja dan mencari duit membayar yuran sekolah. Setiap pagi telan satu biji multi-vitamin From A to Zinc atau Coenzyme Q10 untuk tenaga.

Fizikal
- Oh Allah kurniakan saya cukup sifat. Dua biji mata yang boleh melihat tanpa bantuan kanta, dua lubang hidung yang boleh menghidu, dua lubang telinga untuk mendengar dan mulut untuk berkata-kata, lidah yang lembut dan senyuman yang manis (achewah!!). Cukup anggota badan dan jari kaki dan tangan. Masih boleh berjalan tanpa bantuan. Syukur sungguh-sungguh syukur alhamdulillah!

Gaya hidup
- Wah saya seorang yang tidak tahu bergaya. Buat masa ini baju saya tidak ada yang koyak rabak, sempit sendat atau pendek sependek-pendeknya. Rasanya bersederhana saja kot. Almaklumlah, wang pun sederhana kurang hehehehe

Pemakanan
- Tidak cerewet tapi WAJIB halal hahahaha. Asalkan pedas dan berempah. Maknanya masak sendirilah. Sudah masak, sendiri makan. Sedap tak sedap belakang kira. Tapi yang paling syok kalau dapat makan meehoon goreng dan ayam goreng (bukankah dia binatang kegemaran saya??)

Sikap
- Blur. Tapi, extremist. hahahaha. Bahaya kan?

Kesalahan yang paling besar.
- Tiap kali 'bantah' arahan ayahanda dan bonda, tapi kan... selalu dapat balasan COD dari Allah. Adeh! Saya bukanlah anak yang baik seperti malaikat. hehehehe

Bayu, saya dah bayar hutang ye.

Sunday, April 08, 2007

Jalan-jalan di Dublin

Isnin lepas, saya mengendeng ikut 'housemate' pergi ke menyeberang laut ke pulau Ireland, atau lebih tepat ke Dublin. Percutian antarabangsa saya yang pertama semenjak bermastautin di sini. Di Dublin kami menumpang rumah seorang sahabat internet di UCD (university college Dublin) agak-agak setengah jam jauhnya menaiki bas dari kota Dublin.

Saya letak fotonya dulu ye, saya berehat dulu. Tengahari tadi tetamu-tetamu saya baru saja meneruskan percutian mereka ke Paris pula. Saya mahu membalas dendam. Tidur dulu.

updated.

Dublin
Pemergian ke lapangan terbang untuk ke Ireland adalah atas belas ihsan sahabat housemate yang telah menawarkan diri untuk menghantar kami ke Lapangan Terbang Prestwick. Saya rasa lepas ini pasti dia akan berhati-hati untuk menawarkan diri kerana saya orangnya sangat lurus. Bila ditanya adakah kami mahukan pertolongan, dengan pantas saya mengatakan 'Ya!' Terpaksalah beliau bangun seawal jam 7 semata-mata untuk menjemput dan menghantar kami. Terima kasih John!

Kota Dublin adalah yang ke-tiga paling popular di Eropah. Susah nak sangkal sebab kota ni memang menarik dan bersih. Sebab keadaan geografi yang strategic, cuaca di Dublin pun selesa. Tak sejuk sangat tak panas sangat. Angin pun tak berapa kuat. Memang selesa kalau berjalan-jalan di Dublin dalam musim bunga ni. Yang seronok juga, kota Dublin ni bersih. Tak macam glasgow yang pokoknya pun boleh berdaun plastik. Lebat. Siap ada jenama lagi. Tesco.

Sebabkan 'host' kami bersekolah, jadi keputusan yang dibuat, letak bag di stesen dan jalan-jalan di kota Dublin sambil ambil gambar. Seronok juga jalan bertiga-tiga ni. Walaupun dulu waktu 'backpacking' keliling Europe, saya dikenali sebagai 'Transport Minister', saya sebenarnya suka 'menyesatkan' diri sendiri. Walaupun ada peta di tangan, saya suka berjalan ikut rentak kaki sebab kadang-kadang kita akan jumpa sesuatu yang menarik yang tak ada dalam peta untuk pelancong.

Tapi, kota Dublin tak adalah susah sangat. Cuma dipisahkan dengan River Liffey saja. Kotanya padat. Henry Street tu memang terkenal dengan barang-barang high street. Berjenama dan mahal. Elok untuk cuci-cuci mata ajelah. Yang menarik sistem pengangkutan di Dublin begitu efisyen. Ada bas, sistem tram moden yang dikenali sebagai LUAS dan rel ringan yang dinamakan DART. Saya rasa sekiranya Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baru mahu memperkenalkan cukai masuk bandar, mereka harus menyediakan sistem pengangkutan seperti ini. Tapi, satu minus factor di Dublin ini, sara hidup di sini sangat tinggi.

Taman St. Stephen
Misi kami di Dublin untuk melawat tempat-tempat menarik saja. Bukan bershopping kerana seperti yang tuan-tuan dan cik-cik puan-puan sedia maklum, kami ini hanya pelajar-pelajar miskin yang tak sedar diri mahu berjalan-jalan di negara orang. Kami hanya berjalan-jalan berpandukan peta untuk pelancong yang kurang lengkap. Entah macamana kami termasuk kawasan larangan - The Ministry of Science. Dan saya dengan senang hati melangkah masuk ke tamannya kerana ada satu arca yang sungguh menarik. Arca pergelangan tangan yang menadah. Saya selalu lihat gambar-gambar kreatif yang pernah diambil oleh pelajar-pelajar yang berkelana seperti di Leaning Tower of Pisa. Saya juga ingin jadi kreatif seperti mereka. Saya mahu gunakan housemate sebagai model. Elok saja kami masuk, kami dipanggil oleh pak cik 'guard'. Oh rupanya tak boleh masuk semberono saja. Bila kami beritahu mahu mengambil gambar saja, dia mengingatkan 'Jangan berkeliaran lebih dari kawasan arca ya!' Baik sungguh pak cik 'guard' tersebut.

Seterusnya kami lihat ada satu tiang tinggi di tengah-tengah jalan. Itulah millenium spire atau 'The Spike' yang tingginya lebih kurang 120meter. Saya terfikir, rasanya kalau dipasang di Glasgow pasti 'spire' itu akan patah tiga atau empat kerana di sini, gales nya sangat kuat.

Perjalanan diteruskan ke St Stephen's park. Ah wanita! Pasti tidak dapat dipisahkan dengan bunga-bungaan apatah lagi kala ini bunga-bunganya berwarna terang dan berkembang.



Budak-budak French menunggang dahan pokok di Upper Lake

Kerana sudah membeli tiket 'day trip' ke Wicklow (Contae Chill Mhantáin). Ingin keluar dari kota Dublin yang sesak dan moden. Seperti biasa, kami pasti berlari-larian kerana terlewat keluar dari rumah. Alhamdulillah, bas dan pakcik pemandu-cum-tour guide masih menanda nama mereka yang akan mengikuti rombongan ini. Perjalanan ke pergunungan mengambil masa kira-kira sejam lebih. Kami diperkenalkan dengan Sally Gap, tempat indah di pergunungan yang pernah menjadi latar belakang cerita sejarah terkenal Sir William Wallace the Braveheart. (Ya, cerita tersebut tidak difilemkan di Scotland tapi di Ireland). Kemudian perjalanan diteruskan ke Glencree untuk berehat seketika.

Setelah berehat setengah jam, kami meneruskan perjalanan mendaki bukit sambil menikmati pemandangan indah di kawasan pergunungan. Destinasi seterusnya ke Glendalough. Di sana kami ke 'Monastic City' cerita tentang sejarah kristianiti di sana. Melihat rumah-rumah ibadat yang dibuat dari batu bersusun tanpa simen yang sudah runtuh juga membaca batu-batu nesan yang berusia ratusan tahun. (Ya, saya gemar membaca tulisan di batu-batu nesan). Di tengah-tengah kawasan lama tersebut, berdiri megah menara batu yang tingginya lebih kurang 30 meter yang pernah digunakan sebagai menara peninjau untuk mempertahankan kawasan monestry dari digempur oleh musuh.



Jalan ke Upper Lake
Glendalough juga terkenal dengan kawasan tasik yang cantik. Dari monestry, kita boleh berjalan kaki saja sambil menikmati suasana kehijauan dalam hutan simpan. Mulanya saya malas hendak berjalan kaki, ingin saja duduk dalam bas dan dipandu oleh pakcik ke Upper Lake. Bukan apa, saya pernah mengalami tertinggal bas pelancong di Jerman dulu kerana ralit mengambil gambar, jadi saya tidak mahu mengulangi peristiwa tersebut, apatah lagi kami bukan ditengah-tengah bandar tapi ditengah-tengah kawasan pergunungan.




Upper lake
Alhamdulillah, berjalan kaki juga saya akhirnya, dan tidak ditinggalkan oleh pakcik pemandu yang baik hati tu. Upper Lake tersebut memang indah. Malangnya kami hanya ada beberapa minit saja untuk menikmati keindahan tempat tersebut. Mungkin kalau datang ke sini berkereta, kita boleh bebas melakukan aktiviti yang kita mahu. Ada yang datang berpiknik sambil membakar daging burger. Hmmm.... sedapnya bau!


Selamat Datang ke Belfast

Hari ke tiga sepatutnya saya sudah pulang ke Glasgow. Tapi kerana ada masalah komunikasi dengan pemandu teksi yang ditempah. Saya ketinggalan kapal terbang. Waaaaa! Akhirnya kami berkeputusan ke Belfast. Dari khabar-khabar angin yang kami dengar, perjalanan ke sana mungkin mengambil masa sejam lebih saja. Ah! Kami tertipu, dari sejam, perjalanan dari Dublin ke Belfast mengambil masa tiga jam!

Tapi tetap gembira kerana dapat menikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan ke Belfast. Walaupun kadang-kadang saya mengalami 'blackout' tapi apabila 'lampu menyala kembali' saya tetap dihidangkan dengan pemandangan kampung yang menarik hati.

Kerana tidak mempunyai tujuan yang khusus (selain dari balik ke Glasgow melalui Belfast), kami membeli 'city day tour' tiket dan menaiki bas merah. Syukur, sebagai pelajar, kami dapat diskaun. Yeay!! Pertama kali meronda, kami tak dapat duduk di bahagian bumbung yang terbuka, terpaksalah duduk di bawah. Eh! Tak seronok rupanya tidak dapat duduk di bumbung. Pemandu pelancong kami juga errr... kurang menarik.


A doll in ball gown
Percubaan ke dua.
Kami tiba di tempat terakhir dan tidak turun. Sebaliknya naik terus ke bumbung untuk meronda kota buat kali ke dua. Sedang enak duduk dan mengambil gambar tiba-tiba .. splat! Burung camar telah melemparkan isi perutnya, nyaris terkena housemate. hehehe. Ah! Petanda apakah itu? Yaaaaa.... ada petandanya.

Rondaan kali ini hanya untuk mengambil gambar saja. Bukan untuk menikmati keseronokan meronda. Kami bosan dengan pemandu pelancong dengan lawak jadi tak jadinya.


Read and Write or Reid and Wright?

Saya suka papan iklan di syarikat printing ini. Kena sungguh. Ah... errr.... ehem... juga mamat yang nampak mukanya dari sisi. Hahahaha... halwa mata saja. Saya sedikit 'kompius' kerana dia kelihatan seperti latino tapi duduk bersama-sama wanita Inggeris yang jauuuh lebih tua darinya. Oh! Bersangka baik sajalah kita ye.

p/s : petanda isi perut burung yang jatuh mengikut graviti adalah - saya ketinggalan kapal terbang lagi disebabkan jalanraya yang TERLALU sesak di Belfast. Kali ini saya terpaksa mengambil 'flight' jam 9.05pm. Tiba di Glasgow 9.50pm. Kawan-kawan dari Malaysia yang bercuti pula baru tiba di Buchanan Bus Station. Argh!!!

Akan bersambung. Tentang cerita kawan-kawan yang datang bercuti.

Saturday, April 07, 2007

Dublin and friends

Ireland



Kawan-kawan.
Maaf, terpaksa 'bercuti' lagi.....

Ada kawan-kawan datang 'merayap' huhuhu

Monday, April 02, 2007

Kuatkan imanmu
tabahkan hatimu
Belajar untuk redha
Perlahan-lahan
bukakan minda
ikhlaskan hati
Jangan sesali nasib
Dia yang maha mengetahui
Setiap kurniaan yang dilimpahi
Setiap kesakitan
setiap musibah
pasti disusuli dengan hikmah.


Semoga kau tabah. Semoga Allah hapuskan dosa-dosa kau. Semoga apa yang berlaku menambahkan lagi imanmu padaNya. Dan semoga kau terus menjadi wanita cekal.
This is my pray for you. Always..

Tuesday, March 27, 2007

Bertinggung.

sumber : http://www.bobstaake.com/Images/mg_humpty.gif

Humpty Dumpty sat on a wall,
Humpty Dumpty had a great fall.
All the King's horses, and all the King's men,
Couldn't put Humpty together again.

Saya kembali bertinggung.
Atas pagar itu.
Tunggu lagi
Bila masa akan jatuh...

Saya selesai temuduga SLAB. Keputusan paling cepat diterima. Tak sampai 10 minit.
Permohonan anda ditolak.
hahahahaha
'Saya dah agak dah!'

Bukankah Allah itu maha mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Dan dia juga tahu apa yang tersirat di dalam hati hambanya. Saya. Tak yakin untuk terima bantuan kerajaan Malaysia. Saya. Tidak ada semangat patriotik langsung. Saya. Kembali merajuk.

Saya sebenarnya malas untuk bercerita tentang politik. Terlalu banyak kotor dari bersihnya. Terlalu banyak telunjuk lurus dengan kelengkeng yang bertaut-taut di antara satu sama lain. Muak. Lagipun Puan Izinni pun sudah puas pelik dengan orang-orang di Tanah Malaya, Cik Akira yang separuh cina dan separuh jawa juga sakit hati dengan peniaga-peniaga Melayu. Belum lagi si Ainee yang tak faham dengan sistem pembelajaran di tanah air, bak menggapai bintang di langit lagaknya. Pa'chik juga puas bercerita tentang politik dan Islam. Tapi kali ini biarlah saya bercerita.

Orang Melayu (Hadhari? Glokal? apa-apa sajalah) terlalu memandang tinggi pada peraturan. Wah! Bukankah kita ada undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan, sudah semetinya undang-undang dan peraturan-peraturan ini diikut dan diguna pakai. Setiap urusan haruslah mengikut prosedur dan protokol yang ditetapkan. Setiap orang kenamaan atau berpangkat tinggi haruslah mengikut panggilan pangkat mereka seperti Dato' atau Puan sebagai tanda hormat. (Wah! Polis juga sudah tidak layak dipanggil tuan). Jadi, kerana mengikut mejoriti, saya turut memanggil 'mereka' dengan gelaran-gelaran selayaknya ini. Walaupun dalam hati terasa ingin saja memanggil 'kak', 'encik' 'pakcik (tiada kena mengena dengan kamu, Pa'chik), tok dan sebagainya.

Temuduga dilakukan di Ramada Jarvis Hotel di jalan Ingram tidak jauh dari Dataran George. Orang-orang berpangkat ini datangnya dari London. Menaiki pesawat. Menyewa bilik mesyuarat Miller di tingkat 6, khusus untuk proses temuduga. Ramai juga pelajar-pelajar Malaysia yang hadir. Majoriti dari Glasgow tapi ada juga pasangan yang tiba dari Sterling.

Tiba giliran saya, terus dipanggil masuk ke dalam bilik mesyuarat. Mereka mengucapkan salam pada saya. Dipersilakan duduk mengadap empat ahli panel. Sesi soal jawab bermula. Selalunya saya yang bertanya, tapi kali ini saya pula yang ditanya. Agak seronok mereka kerana jurusan yang saya ambil berlainan dari yang lain-lain. Saya bukan pelajar kejuruteraan, perubatan, farmasi atau sains komputer.

Datuk A : Wah! Ambil jurusan persuratkhabaran.
Saya : Begitulah.
Datuk A : Apa 'first degree' anda?
Saya : Inilah 'first degree' saya. Sebelum ni saya bekerja.
Datuk B : Di mana?
Saya : Suratkhabar Kerajaan.
Datuk B : Kenapa berhenti.
Saya : Sebab sudah tiba masanya saya kembali belajar.
Datuk C : Siapa biaya belajar?
Saya : Sendiri.
Datuk C : Wah! Kayanya.
Saya : Sudah kerja 11 tahun, pasti ada sedikit simpanan.
Datuk C : Selesai belajar bolehlah kembali kerja di Suratkhabar Kerajaan.
Saya : *sengih*
Datuk A : Kenapa tidak teruskan bekerja di Suratkhabar Kerajaan tersebut?
Saya : Saya mahu mencari peluang-peluang lain dan mungkin sebagai pensyarah dan pengelaman yang ada, saya dapat membantu generasi akan datang yang minat dengan persuratkhabaran.
Datuk B : Ya pengalaman awak sangat penting kalau mahu jadi pensyarah. Tapi... awak sudah lebih had umur.
Datuk C : Beginilah. Kami tidak dapat meluluskan permohonan awak kerana faktor usia. Untuk SLAB, awak harus berusia 30 tahun ke bawah. Sekarang, bila awak selesai 'first degree' umur awak sudah 34 atau 35 tahun. Lagipun awak tidak mempunyai 'first degree'. Saya sebenarnya 'admire' orang macam awak ni, berani datang ke sini untuk melanjutkan pelajaran. Tapi macam saya kata tadilah, faktor usia menghalang.
Saya : *sengih* dan *mentol di kepala tiba-tiba menyala*. Oh kalau begitu tidak mengapalah. Lagipun saya cuba-cuba nasib. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
Datuk C : Dari cara awak menjawab soalan kami ini, saya percaya awak boleh jadi pensyarah yang berwibawa. Betul saya kata, saya 'admire' pelajar-pelajar Melayu macam awak ni. Nanti saya ingat, balik Malaysia saya mahu menulis tentang semangat bangsa Melayu yang sanggup bersusah payah mencari peluang belajar di negara orang seperti awak ni.
Saya : *Sengih semakin lebar* *Mentol semakin terang.*
Datuk C : Beginilah, cuba awak tulis surat pada Dato Mokhtar (*Wah, saya semakin silau dengan lampu yang menyala lebih 100 watt kuatnya*). Dia suka bantu pelajar-pelajar yang bersemangat seperti awak.
Saya : Ya saya faham. Sebabkan faktor usia, saya tidak dapat bantuan SLAB ni. Tak apa. Iya. 'Maybe you're afraid that I'll drop dead on a busy street in Glasgow because of old age?'
Mereka : *Ketawa ramai-ramai.*

Lawak kah?

Rosie mempunyai masalah yang sama seperti saya. Dia pernah mengadu yang dia tidak dapat bantuan kewangan belajar di universiti hanya kerana umurnya sudah melebihi 50 tahun. LIMA PULUH TAHUN. Kerajaan British hanya beri bantuan untuk pelajar-pelajar belajar di universiti sehingga usia 45 tahun. EMPAT PULUH LIMA TAHUN. Rosie sedang cuba mendapatkan khidmat peguam untuk melawan kesnya menentang kerajaan. Menurut Rosie, beliau didikriminasi kerana mereka yang belajar kejururawatan masih boleh menerima bantuan kewangan walaupun belajar ketika usia 50 tahun.

Saya?
Saya bukan anak menteri. Bukan juga anak buah menteri. Di awalan nama ayahanda saya tidak ada Datuk, Tan Sri, Tun ataupun YB. Hanya gelaran Haji yang itupun ayahanda saya segan-segan mahu mengaku. Agaknya kalau ayahanda saya ada gelaran Datuk, saya senang-senang saja menerima skim latihan akademik untuk bumiputera. Rasanya akronim SLAB tu tak bersesuaian. Guna sajalah SLAP, coz for me it's like a slap on the face.

Tapi tak mengapalah. Saya pun bukan bumiputera sepenuhnya. Darah saya mengalir dari seberang. Seberang Selat dan seberang tambak. Mungkin sebab itulah juga saya tak layak. Lagipun waktu masih ber'uniform' putih biru dulu pun bantuan buku sekolah sangatlah terhad. Saya juga bayar yuran sekolah dan yuran periksa. Wah! Memang sejak dari kecil saya tidak mendapat bantuan kerajaan secara total untuk belajar.

Nampak gaya saya akan terus menghayun batang mop selagi kudrat mengizinkan. Dan ingatlah wahai tuan-tuan penemuduga sekalian, kerana Allah itu berkuasa dan atas izinNya sekiranya semangat saya tak luntur, saya akan pastikan saya tidak menjadi antara 60,000 graduan-graduan penganggur di Malaysia. Juga, saya tak akan ikut saranan cik Menteri Sasa untuk memandang ke Asean kerana pandangan saya lebih jauh dari cik. Saya lihat globalisasi. Mungkin ke tempat di mana orang Islam Melayu belum tiba lagi. Tapi saya janji, saya tak akan tanam Al-Quran. Malah dengan izinNya, saya akan junjung isi kandungannya sehingga akhirnya. InsyaAllah.

oooh... jangan salah sangka, ini bukan entri marah. Saya biasa saja. Masih boleh tersenyum. Cuma saya cuak saja, orang Malaysia yang majoritinya mempunyai nama Islam kalau mahu bantuan belajar kena ada had umur, tapi di negara-negara yang majoriti mempunyai nama bukan Islam had umur bantuan belajar ditingkatkan atau di setengah-setengahnya, tiada had langsung.

p/s : Bayu, kamu mengetag saya ye? Tunggu ye. InsyaAllah saya lunaskan 'hutang' tersebut.

Saturday, March 24, 2007

mimpi


Hari ini dan esok saya ponteng kerja. Alasan? Flu. Alasan seterusnya, ada tiga tugasan sekolah yang harus diselesaikan. Alasan seterus seterusnya, malas.

Tapikan, sebab dah biasa bekerja tujuh hari seminggu, saya seolah-olah mati kutu duduk di rumah seorang diri. Belajar tu belajar juga, tapi tadi menghabiskan masa tiga jam 'rally' menonton Kyle XY di channel Trouble. Makan kudap-kudapan sehingga senak perut saya. Wah! Bosan sungguh tinggal di rumah bila tidak bekerja ya?

Kerana sudah menjadi kebiasaan, saya tetap tersedar jam 5am. Puas bergolek sana bergolek sini, akhirnya saya bangun setengah jam selepas itu dan bersolat Subuh. Usai solat, terus mengadap komputer riba mat salleh saya ini. Sekarang sudah menghampiri musim bunga, matahari cepat meninggi. Jam 5.5oam sudah seperti jam 8am. Saya ralat memikirkan yang tidak lama lagi waktu Isya' bakal masuk jam 10pm dan Subuh sekitar 1am atau 2am. Aduhai.

Oh ya! Hari Selasa depan, saya bakal mengadap pegawai-pegawai dari Jabatan Pengajian Tinggi dan juga MSD (Malaysian Student Department) untuk permohonan SLAB & SLAI (inilah maksud saya melompat pagar!). Doakan saya melepasi temuduga tersebut dengan jayanya dan mendapat bantuan dari kerajaan Malaysia. Sekiranya saya dapat wang bantuan tersebut, sudah pasti saya belanja kamu. Makan ayam. Nandos. Mahu? Di restoran di Glasgow. Wang belanja kapal terbang, kamu tanggung sendiri. Boleh? hahahaha. Serius! Kalau saya dapat wang dan saya kenal kamu, sudah pasti saya bawa kamu makan-makan di Kuala Lumpur. Tapi, tunggu saya pulang ya.

Jadi sejak jam 6am tadi saya sudah mengeluarkan setiap sijil yang ada dalam simpanan saya untuk dibuat salinan dan oleh kerana saya ada esei yang harus dihantar minggu depan, saya mula membuka buku dan membaca susunan ayat yang sukar saya fahami tapi saya harap saya boleh selesaikan tugasan saya selewat-lewatnya esok. Sebentar tadi, saya baru saja selesaikan 'draft' untuk esei politik saya. Isnin atau Selasa ini saya bakal ber'dating' dengan tutor saya untuk diberikan one-on-one discussion. Huh! Nasib baik dia orangnya 'good looking' hehehe. Tapi hati saya sudah terpaut dengan si Gorgeous Georgios Kyrotis!

Ahhh..... saya dilambung badai asmara... (oh! Izinni, inilah petua saya untuk mengurangkan berat badan hahahaha)

Hmm... kamu percaya pada mimpi tak?
Sejak bonda bercerita tentang keadaan nenda saya tempohari, saya mengingatkan diri sendiri untuk mengamalkan pesan bonda - membaca surah Al-Baqarah dan At-Taubah di malam Jumaat. Satu perkara aneh terjadi pada malam Jumaat yang lepas. Saya bermimpi rumah saya dilanda ribut. Sungguh kuat sekali, berdengung-dengung bunyinya. Dalam mimpi tersebut, saya melompat turun dari katil dan bersembunyi di tepi meja tulis sambil mengintai di tingkap menyaksikan pokok-pokok tercabut dan terbang ditiup angin kuat. Segera saya iqamat. Betul susunan bacaan saya. Seusai iqamat, ribut terus reda. Tak lama itu, dalam mimpi saya, kedengaran orang mengetuk pintu. Apabila saya keluar, saya dapati pintu rumah saya terkopak.

Sebelum itu dua hari berturut-turut saya bermimpi yang bukan-bukan tapi mimpi ribut taufan itulah kemuncak mimpi saya. Ah... letih sungguh bangun tidur bila bermimpi sebegini.

Saya ingin bertanya pada ahlil-ahlil nujum di luar sana. Apakah maksud mimpi beta itu??

p/s : Oh! Kami sudah masuk masa musim panas. Jarum jam dicepatkan satu jam lebih awal kembali. Wah! Sibuk menukar jarum jam dinding di bilik, di atas meja tulis, di ruang tamu, jam di handphone oh oh... juga di bilik air.

Wednesday, March 21, 2007

Dia sangat nakal.
Afifah Aribah - satu tahun enam bulan.



Maaf, belum boleh mengisi 'entry'. Cuba-cuba mencuri masa nanti.

Monday, March 19, 2007

Bismillahirrahmanirrahim...


Ya Allah, ya Rahman ya Rohim. Berikanlah aku kekuatan untuk menjirus air ke badan dan bukan setakat anggota wudhuk sahaja.
Amiin...

Friday, March 16, 2007

Press.

Sejak Isnin lepas, 'angin' saya kurang lancar. Macam cuaca di sini juga. Sekejap terang, sekejap mendung, sekejap hujan tapi sentiasa berangin, kadang-kadang lembut dan kadang-kadang garang.

Hari Selasa lepas saya membantu seorang pelajar dari Sepanyol untuk matapelajaran Kesusasteraan Inggeris. Seteruk-teruk saya, teruk lagi dia. Payah sungguh dia hendak memahami buku yang harus diulas. Terpaksa menggunakan kamus. Elektronik. Saya juga gunakan kamus. Online. Berjela-jela jugalah saya terangkan dengan jelas soalan yang diberi. Satu demi satu saya jelaskan. Dia pula menekan punat-punat kamus elektronik Inggeris-Sepanyol. Bueno!!

Saya beri salinan encyclopedia untuk menerangkan dengan jelas maksud perkataan yang diminta dalam soalan dan juga pinjamkan esei saya padanya. Atas permintaannya. Beliau mahu pastikan yang beliau benar-benar faham dengan soalan yang diminta dan dapat menjawab esei dengan baik. Saya pesan;
"Kalau mahu tiru, saya tak kisah. Cuma pastikan bukan verbatim. Kalau kena tangkap nanti boleh dituduh plagiarism."

"Oh sudah tentu!" Katanya.

Saya tak tahulah bagaimana nanti hasil esei beliau. Saya harap beliau tidak meniru secara verbatim. Saya tidak mahu beliau dituduh melakukan plagiarism dan saya juga tidak mahu terbabit sama.

Rabu pula adalah hari yang memenatkan (baca : cari penat sendiri).
Saya cuma ada satu kelas saja pada setiap hari Rabu. Tutorial untuk Kesusasteraan Inggeris. Belajar tentang Metaphor. Subjek yang bosan untuk orang yang 'kurang faham bahasa' seperti saya. Hari tersebut dihabiskan dengan berjalan-jalan di Buchanan Street turun ke Argyle Street masuk pula ke Debanhams. Satu pilihan yang salah. Saya keluar bersama sehelai jacket hahaha.

Biasanya jadual kelas saya agak padat pada hari Khamis. Tapi semalam jadual yang padat menjadi semakin sendat. Hanya ada satu jam diantaranya untuk membolehkan saya makan tengahari di Lord Todd's dan solat Zohor di Sumsa. Terkejar-kejar dan pada kelas terakhir saya sudah ternguap-nguap dan perlu bertongkat dagu keletihan.

Jumaat pula dipenuhi dengan angan-angan. Mahu relaks, mahu tidur dan mahu mengulangkaji pelajaran. Angan-angan sajalah. Satu pun tidak dibuat sebaik sahaja pulang dari kelas jam 12 tengahari. Lebih rela duduk membaca suratkhabar di bilik sambil menikmati makan tengahari. Maaf ye, saya habiskan telur goreng dan nasi lebihan semalam. Saya sudah tanak nasi baru. Silalah makan.

Ada .. artikel yang menarik perhatian saya dalam Metro akhbar percuma yang saya ambil dari bas tadi.

1- Play renamed to 'avoid offending Muslims'.
Nama cerita Three Little Pigs ditukar kepada Three Little Puppies oleh Honley Church of England Primary School di Huddersfield semata-mata tidak mahu mengguris perasaan orang Islam di sini. Saya tersenyum membaca komen dari jurucakap sebuah masjid Mohammed Imran. 'Benar orang Islam dilarang memakan atau menyentuh babi tapi agama tidak melarang menyebut atau menyanyi tentang babi'. Froum British Muslim pula mengatakan 'ia hanya menunjukkan mereka kurang faham tentang Islam'.
Saya juga kata - Ditukar nama pun, kedua-dua binatang itu tetap najis mughalazah hahahaha.

2. America : Dipomats have tentatively agreed a package of new sanctions against Iran.
Saya pernah membaca buku Revolution Day yang ditulis oleh (bekas) wartawan 'correspondent' BBC Rageh Omaar. Beliau menulis tentang Iraq, tentang kepayahan rakyatnya semasa pemerintahan kuku besi (arwah) Saddam Hussein. Saya suka baca buku tersebut walaupun ada yang mengatakan 'Omaar express almost no opinions'. Ya bagi saya itulah kewartawanan yang sebenar, tiada 'opinion'. Lagipun beliau menceritakan bagaimana selepas bebas dari kolonial British, Iraq suram di bawah pemerintahan diktator tersebut. Iraq melalui EMPAT 'perang'. Perang saudara Iraq Iran, perang ke atas Kuwait dan Perang Iraq sendiri.

Tapi, perang yang terbesar yang menyebabkan rakyat Iraq menderita adalah 'perang' sekatan ekonomi oleh UN (yang dianjurkan oleh NATO - diketuai oleh US). 'Perang' ini berterusan bertahun-tahun lamanya. Waktu dimana rakyat Iraq kekurangan makanan, bekalan ubat-ubatan, malah sistem infrastruktur yang sangat daif. Kalau dulu 1Dinar bersamaan £2, ketika sekatan ekonomi, rata-rata rakyat Iraq hanya berpendapatan £1.70 sebulan! Harga satu sandwich tuna di Greggs. Dan sekarang, Iran mungkin akan menghadapi masa depan yang serupa apabila (bukan sekiranya!) sekatan ekonomi diambil terhadap negara itu.

3. UK dan Trident nuclear submarines.
UK berhasrat meneruskan untuk memperbaharui program nuklear mereka walaupun ia melanggar 'Non-Proliferation Treaty'. Bukan itu saja, proses untuk program nuklear mereka ini bakal menelan belanjar berbillion pounds. Siapakah yang terpaksa menanggung kos tersebut? Rakyat British termasuk Scotland yang harus membayar cukai yang tinggi melalui rongga mulut, hidung dan telinga. Banyak sungguh cukai yang dikenakan sehingga pelajar internasional yang sudah berkelamin juga diwajibkan membayar cukai bandaraya (Glasgow City). Cukai yang sungguh membebankan pelajar-pelajar Malaysia yang kebanyakan wang saraan yang diberikan kerajaan di tanah air sangatlah kecil.

4. Subjek sociology yang saya belajar semalam juga menyebabkan hati saya 'berat'. Berbincang tentang imigrasi, asylum seekers, rakyat tanpa negara. Bercerita tentang genocide tentang holocaust. Tentang 'ethnic cleansing'. Tentang Bosnia Herzegovina dan Serbia.

Hati saya semakin berat.

Thursday, March 15, 2007

DNA Saya

Ah ha ha ha

Ambil link ni dari blog May.

Saya - Dreamer
- Always drifting off, their imagination takes control. They have big ideas and a cool calm manner.




Mood
Dreamer
- You are a bit of a romantic and like to get back to basics. The expanse of the wilderness is inspiring and you like landscapes that make you feel calm. When it comes to art, you have a traditional eye. You are passionate about history and skills that have you been around for centuries, you believe truly great art stands the test of time. As for music, it's the soundtrack to your world. An open road, your favourite traks - a cliches are there to be enjoyed! Your choice fo treat shows your love being a little bit naughty. Being good all the time is a bore. You've got a good sense of fun and maybe an infectious giggle.


Fun
Escape Artist
- You love physical activity - you've got a real spirit for adventure. Keeping a clear head and healthy body makes you ready for whatever life throws at you. For kicks you like to indulge in your great passions. You are probably happy spending time alone, and your drive and curiousity will take you all over the world. When it comes to holidays, you see them as the perfect chande to further yourself - to learn more about the world around you. You like to be immersed in completely different world and would be really bored just sitting on a beach. What grosses you out? Nobody is perfect but some bad habits aren't acceptable'; you realise that health is wealth.


Habits
Junkie Monkey
- Even if you have a healthy approach to life, you still have your little vices that keep you going. It is all part of the routine, you're a creature of habit. You're not neurotic about making healthy choices... You've got more of an easy going an carefree approach to your lifestyle... and a sweet tooth too. As for the home, you have very cool and contemporary taste. You have a simple approach to style, but you like things to have their places.

Love
Touchy Feely
- A strong friendship is the best basis for any loving relationship. You like to be able to share your whole life with your friends, family and your partner. When you think of freedom - you think of living for the here and now. You're pretty fearless and take any opportunity given to you.
Fuh! Majoritinya tepat.

Tuesday, March 13, 2007

tagged.

Hari - Ahad.
Waktu - 7.20pm
Tempat - Bilik DSR (Domestic Service Room) Tingkat Bawah, Gartnavel General Hospital.

Tommy : Are you girls finished?
Partner : err.. yeah, just finished.
Tommy : Good.
Diam seketika.
Tommy : Is she alright?
Partner : Yes, erm.. she's...
Tommy : Oh! She's praying.

Saya, duduk atas kerusi mengadap kiblat, mengarah singki dalam bilik kecil yang penuh dengan baldi bersusun, batang mop yang bersandar - sedang solat Maghrib. Rakaat ke dua.

Tommy - dia bukan tergolong dalam 800,000 orang dewasa di Scotland yang mempunyai tahap celik bahasa yang rendah.

Saya dan 'partner' sudah tidak lagi buta kiblat hahaha. Dulu, tunggang langgang cari kiblat sebab kompas kiblat masing-masing 'kaput'. Akhirnya jumpa arah kiblat dalam Chaplaincy Room.

*******************************
Ingatkan boleh lari dari kena tag dengan iman, rupanya ada sorang budak yang suka emping pun hantar virus yang sama. Jadi dengan sukacitanya saya persembahkan gambar skrin komputer riba berbangsa Inggeris saya.

Saya suka animasi dan kartun kegemaran saya adalah seekor skunk berbangsa Peranchis yang gatal ya amat, tapi sangat bersopan-santun 'binatang'nya. Cuma sukar nak dapatkan 'kertas dinding' beliau. Kalau adapun, resolusinya sangat rendah. Saya suka juga anime Jepun. Pernah melalui zaman kegilaan yang melampau, tapi sekarang sudah insaf. Jadi kesan peninggalan kegilaan ini, saya abadikan sebagai 'kertas-kertas dinding' yang mewarnai skrin komputer riba saya.


Saya juruskan virus ini pada seorang yang tadi memberikan jawapan pada permasalahan saya. Sila beri tepukan yang gemuruh pada cik Mimi!

Oh! Banyaknya kerja saya. Peperiksaan akhir tahun tinggal dua bulan saja lagi!

Sunday, March 11, 2007

Cerita tadi.

Baru sebentar tadi berbual dengan bonda. Bertanya khabar. Tapi seperti biasa, pasti mendapat cerita-cerita pelik dari bonda.

Bonda kata nenda kerasukan.

Heh?

Nenda memang sudah sangat uzur. Tinggal dengan kami sejak setahun yang lepas. Makan minum senang disuap dan sering lupa-lupa ingat. Nenda sering terkenang cerita-cerita lama, bertanyakan kawan-kawan dan jiran tetangga yang sudah meninggal dunia. Itu perkara biasa bagi orang tua yang sudah terlalu uzur. Harinya dihabiskan dengan tidur sehingga tidak tahu siang atau malam. Kudratnya semakin meninggalkan tubuh kurus dengan tulang mengerekot. Begitulah uzurnya nenda yang berpiut dua.

Satu malam, menurut bonda, nenda tiba-tiba bangun tidur. Kudrat tiba-tiba melimpah ruah, pandai berjalan, pandai membuka pintu. Duduk dibirai katil memanggil 'mak, mak'. Sejak nenda tinggal bersama bonda, dia menganggap dirinya anak dan memanggil bonda ibunya. Memang peranan bonda pun ibarat ibu menjaga anak kecil. Terperanjat bonda melihat nenda duduk elok di birai katil.

Terdetik juga dihati bonda, apa yang merasuk nenda hingga mampu bangun sendiri, jalan tanpa berpimpin dan berupaya membuka pintu yang agak ketat. Cepat-cepat bonda ambil air wuduk dan terus duduk mengadap nenda. Melafaz nama Allah dan mula membaca Alif Lam Mim. Surah Al-Baqarah, satu juzuk, hingga habis.

Di tengah-tengah bacaan, kepala nenda terlentok, mata tertejam dan nafasnya tenang. Bonda berhentikan bacaan seketika untuk menguruskan nenda. Membetulkan tidurnya, menarik selimut hingga ke dagu. Memastikan nenda selesa. Kemudian, bonda teruskan bacaan surah Al-Baqarah hingga selesai. Dan nenda terus tidur dengan tenang sehingga selepas Subuh.

Syaitan masuk dalam tubuh dari beribu rongga yang terbuka. Melakukan onar bukan pada jiwa saja malah tubuh badan manusia juga. Yang bonda risau, sekiranya apa orang Melayu gelarkan 'saka'. Tinggal dan mengacau susur galur keturunan.

Tadi bonda ingatkan, bacalah surah Al-Baqarah selalu. Ada sebab mengapa ia diletakkan sebagai surah pertama selepas Al-Fatihah.

Di petik dari http://www.as-sidq.org/practice/002/003.htm

Thursday, March 08, 2007

Saya dan Kahn

hehehehe....

Kenapa saya suka lelaki German? Pengkhususan pada German saja. Bukan sebab gambar di atas kerana sahabat saya kata, muka lelaki tu macam 'monkey'. Monyet besarrrr. Cuba tengok betul-betul. Macam gorilla pun ada. Ya kot? Ya la tu.

Apa istimewanya German di mata saya ye? Oh! Sebab saya ada tersuka Adolf Hitler. ah ha ha ha. Musti saya kena kecam terutama sekali oleh penyokong-penyokong err... Amerika. Mungkin bukan ideologinya tapi bagi saya dia errr... menarik hahaha. Bagi saya, beliau penyebab mengapa German membangun seperti sekarang. Rakyatnya menganggap beliau seorang yang sangat memalukan. Mempunyai semangat perkauman yang tinggi (genocide, holocaust terhadap orang Yahudi). Rakyat German malu disamakan dengan Hitler. Yang menurut mereka, sangat kejam.

Kawan saya kata orang German (moden) ni sungguh teratur hidupnya. Kalau melintas MESTI tunggu lampu hijau. Kalau kita 'jaywalking' mereka anggap kita tidak bertamaddun. Mereka sangat pentingkan alam sekitar. Hanya di German kita boleh lihat tiga jenis tong sampah diletak bersama; satu untuk kertas (papier), botol (glas) dengan tin (oh tak ingat). Kalau kita jalan-jalan di German, jarang kita lihat sampah-sampah bertaburan di sana sini. Mereka ada autobahn di mana pemandu-pemandu boleh memecut kenderaan ikut suka hati mereka. Kereta mereka sudah pasti Mercedes, BMW, Porsche, Audi dan 'all time favourite VW' (flower power van). Walaupun mereka memecut laju, jarang ada kemalangan. Tapi, bila kemalangan berlaku, jarang pula ada mangsa yang hidup. Yang saya suka, penjagaan autobahn ini sangat bersistematik. Kamera dan 'heat sensors' di pasang untuk pantau pergerakan kenderaan, 'information boards' merata-rata untuk memberi panduan kepada pemandu. Autobahn di bina untuk mengelakkan air bertakung, tiada lopak dan 'maintenance' tip top. Setiap orang ada peranan masing-masing untuk memastikan keadaan autobahn sempurna.

Begitu juga dengan permainan bola pasukan German. Mereka mahukan sesuatu yang sempurna. Untuk mencapai kesempurnaan a.k.a sumbatkan gol, mereka harus bermain dengan sistematik. A harus menendang bola menuju ke B dan B harus mencari peluang untuk beri pada C dan C pula harus cari peluang menyumbatkan gol. Sistematik bukan? Macam robot. Kena ada sistem. Mereka akan analisa sudut, kelajuan dan pergerakan pemain. Entah-entah tiupan angin yang bertiup pun harus diambil kira. (Dalam stadium ada angin ke?) Itu sebab abang Kahn boleh jadi antara pemain terbaik dunia.

Nah, apa kena mengena dengan lelaki German Muslim Caucasian idaman saya?

Kata kuncinya di sini 'bersistematik'.

Tuesday, March 06, 2007

Pandangan mata...

Hari ni matahari memancar-mancar tapi cuaca masih lagi dingin. Dalam linkungan 9C.
Lepas lecture English terus balik rumah. Malas nak tunggu. Sekejap lagi keluar balik untuk lecture Sociology pukul 3pm.

Keluarkan kamera dari laci meja. Terus klik klik.



Dari tingkap bilik.



Dari ruang tamu.



Dari ruang tamu ke sebelah utara.

Dari ruang tamu juga.


Mengendeng ke Timur.


Dari tingkap dapur.

Ya rumah saya ada 270 darjah pandangan. Dari tingkap 17. Sayup.






Saturday, March 03, 2007

Nampak tak?

Kamu nampak tak?

Saya letak lapan tanda kuning ini di setiap tempat yang saya bersihkan di ruang legar utama tadi. Tidak jauh dari pintu cermin otomatis. Saya pekerja yang berdedikasi, sudah pasti saya ikut setiap prosedur yang telah ditetapkan - letak tanda kuning setiap kali kita mengemop. Ini untuk memberitahu orang ramai yang tempat itu basah dan bahaya. Mereka boleh tergelincir, jatuh dan tercedera. Ia juga untuk mengelakkan kita dari disaman kerana cuai. Hanya apabila lantai sudah kering, baru kita boleh alihkan tanda kuning ini.

Saya ada lapan tanda kuning ini dan saya susun rapat-rapat di setiap sudut lantai yang saya bersihkan. Saya berdiri tidak jauh dari sudut yang basah sambil bertemankan baldi dan mop berwarna biru. Saya tunggu lantai kering sambil berdiri. Bertongkat dagu dengan batang mop. Saya perhatikan orang ramai. Mereka tidak perhatikan saya. Mereka sibuk berbual. Mereka jalan di celah-celah tanda kuning saya. Mereka jalan di atas lantai yang basah. Yang baru saya mop sebentar tadi. Yang saya tunggu kering.

Mereka rabunkah? Mereka buta warnakah?

Dan tadi saya jumpa ini;

Scotland
Data from the International Adult Literacy Survey suggests that around 800,000 adults in Scotland have very low levels of literacy and numeracy. Around 23% may have low skills and a further 30% may find their skills inadequate to meet the demands of the "knowledge society" and the "information age". (Source: Adult Literacy and Numeracy in Scotland, Scottish Executive, 2001)

- Data dari Tahap Celik Bahasa di Kalangan Dewasa Antarabangsa mencadangkan lebih kurang 800,000 orang dewasa di Scotland mempunyai tahap celik bahasa dan nombor yang sangat rendah. Lebih kurang 23% mungkin mempunyai kemahiran yang sangat rendah manakalah 30% lagi merasakan kurang mahir dan tidak dapat mencapai desakan 'masyarakat berpengetahuan' dan 'zaman bermaklumat'.

sumber http://www.literacytrust.org.uk/database/stats/keystatsadult.html#Scotland

Patutlah!!

Kamu!
Berjimak Atas Kebenaran Raja betullah!!

Tuesday, February 27, 2007

Pelikkah saya?

Wah! Akhirnya saya juga tidak terlepas dari angin 'tag' ini. Jemputan pertama datang dari Joe dan kemudian Indera menyusul pula. Ah! Malu untuk menyenaraikan sikap pelik saya tapi tidak sampai hati pula hendak menghampakan permintaan orang. apatah lagi Joe menggunakan kaedah psikologi dengan mengatakan 'tiada paksaan' tatkala menghulurkan jemputan itu. Sungguh halus senjata yang beliau gunakan. Sukar untuk saya mengatakan tidak. Lagipun, bukankah ayahanda bonda saya sudah mendidik saya supaya bersopan santun dan jangan mengecilkan hati orang lain?

Tapi sekiranya kamu membaca senarai 'kepelikan' saya, sanggupkah kamu ingin terus berkawan dengan saya? Adakah ini turut menjejaskan prospek saya untuk mencari suami German Muslim Caucasian? (hahaha... tinggi betul angan-angan saya, tapi bak kata seorang sahabat, angan-angan percuma, tak dikenakan bayaran!). Bersiap sedialah kamu dengan senarai 'kepelikan' saya.

1. Susah hendak ketawa bila membaca majalah humor. Lebih-lebih lagi keluargan tempatan. Sungguh! Bukan saya tidak faham isinya bak kata 13May, tapi lawaknya tidak kelakar lagi bagi saya. Tidak seperti majalah Gila-Gila lewat 80an dan awal 90an dulu. Saya suka kartunis Long, Zunar (wah! kontroversi ni!) CikLi, Tembakau, Cabai Nud's, Nik dan kadang-kadang Asan dengan Jaki Jipangnya. Yang sekarang ni, rasanya sudah tak kelakar lagilah.

2. Binatang kegemaran saya adalah 'Ayam'. Ya untuk dimakan. Setiap bahagian tubuhnya yang menggiurkan itu, sangat saya gemari kecuali bahagian yang memang tak boleh dimakan. Yum Yum! hahahaha

3. Senang berbual dengan orang yang baru saya jumpa. Prinsip saya - bukannya akan jumpa lagi lepas ni, bantai je lah borak.

4. Masa kecil, ayahanda dan bonda saya paling benci bawa saya naik kenderaan. Kalau terpaksa, mesti bawa bekal plasti 'kresek' (plastik merah) untuk ... ya kamu tahu itu, walaupun perjalanan itu hanya selama 15 minit saja. Tapi sekarang, saya paling suka berjalan naik kenderaan lama-lama. Tak. Saya tak muntah. Saya makan pil tahan mabuk :)

5. Mudah tidur. Saya boleh letakkan kepala dan tidur. Dalam bas, kereta dan yang paling saya suka, tidur dalam keretapi. Bising macamana pun saya boleh tidur. Cuma satu je yang boleh buat saya terjaga - orang bisik-bisik atau mengumpat di sebelah saya. Otomatis 'antena' saya keluar dan perasaan ingin tahu akan meluap-luap. Tapi, tetap buat-buat tidur sambil pasang telinga.

6. Saya suka lakukan 'cat-therapy' untuk menggembirakan hati saya dan menyiksakan hidup seekor kucing. Waaa.... sudah setengah tahun saya tidak menyakat kucing!

Sekarang kamu sudah tahu antara perangai-perangai pelik saya. Masih mahu terus berkawan dengan saya?

Saya sambungkan jemputan ini pada orang yang tak ada blog ops satu je yang ada blog, si Our. Silalah ye...

1. Izinni,
2. Zurd,
3. Along,
4. Sang Diva,
5. Our, dan....
6 anda.

DISCLAIMER : 'Entry' sebelum ini bukanlah untuk meraih simpati kamu ataupun menunjuk-nunjuk. Ia sebenarnya adalah sebahagian dari projek Jakun kelolaan Encik Azhar Ahmad. Itu hanyalah rutin hidup saya setelah bergelar pelajar dan pekerja di bumi asing ini. Saya sama saja dengan Bangla, Pakistan, Indon ataupun Nepalese yang mencari rezeki di Malaysia. Ketabahan saya sama seperti mereka. Juga seperti kamu yang tabah menghadapi hari-hari yang mencabar untuk mencari rezeki. Saya biasa saja.

Monday, February 26, 2007

Yang terkorban

Saya teringat, ketika saya berkeputusan untuk melanjutkan pelajaran ke sini dahulu, ramai yang 'kagum' melihat kesanggupan saya untuk bersusah payah di negara orang. Apatah lagi saya sudah lama meninggalkan alam persekolahan ditambah kagi dengan segala urusan belanja yang akan saya tanggung sendiri. Tentu perjalanan hidup saya akan bertambah sukar. Malah saya sendiri pernah bermimpi yang saya berjalan kaki ayam saja di dalam suasana yang sungguh sejuk.

Ada yang bertanya bagaimana saya sanggup berkorban, meninggalkan kerja yang memberi kebebasan pada saya sehingga kadang-kadang saya boleh singgah menonton wayang, makan di restoran yang jauh dari pejabat di hari menerima gaji ataupun mengendeng makanan percuma mengikut sahabat ataupun 'contact' saya. Setiap bulan pula saya pasti menerima gaji yang walaupun dipotong sana sini tetap memberikan empat angka walaupun kadang-kadang hampir tergelungsur ke tiga angka saja. Mengapa saya sanggup tinggalkan dunia glamor yang membenarkan saya berganding bahu dengan insan-insan terkenal, terkemuka dan berpengaruh. Menyimpan terus lesen yang diberi untuk memuji ataupun menghentam sesiapa saja yang dirasakan perlu.

Secara jujurnya, saya tidak rasa apa yang saya lakukan sekarang sebagai satu bebanan atau pengorbanan. Tiada apa yang saya korbankan sebenarnya. Saya berhenti kerja untuk meneruskan cita-cita. Lagipun, setiap manusia yang berurusan dengan saya waktu itu, mempunyai agenda masing-masing. Saya berbuat baik untuk mendapatkan berita dan mereka berbuat baik kembali untuk memastikan mereka mendapat publisiti. Jadi, memang 'win-win situation'. Cuma saya pastikan saya yang 'berkuasa' dalam urusan tersebut kerana saya yang memegang pen dan kertas. Lesen yang tergantung di leher saya kadang-kadang tidak berguna juga bila ada campurtangan orang yang lebih 'berkuasa' dari industri itu sendiri. Makanya, saya juga tidak menyesal menggantungkan lesen mati saya itu di rumah kini.

Ada pula yang bertanya mengapa saya sanggup meninggalkan orang tua saya yang semakin hari dimamah usia. Dalam usia emas mereka, sudah pasti mereka memerlukan saya untuk membantu mereka dalam beberapa hal. Sungguh, itu pasti satu pengorbanan yang sangat besar untuk kami satu keluarga. Hanya kerana saya.

Keputusan meninggalkan ibu bapa saya bukan saya buat sendiri. Mereka juga menyuruh saya pergi. Sejak mula bekerja dahulu, saya sudah 'dihalau' dari rumah kerana ayahanda saya tidak suka saya 'berkepit' dengan keluarga. Sejak bulan ke dua bekerja sehinggalah 11 tahun selepas itu, rasanya sudah lapan kali juga saya berpindah rumah sewa. Paling jauh saya tercampak ketika bertugas, adalah di Johor. Dapat juga merasa 50 hari tinggal di Mutiara Hotel JB. Setahun di sana dicampak balik ke ibu pejabat. Pengorbanan itu lebih pada ibu bapa saya dan juga kakak saya yang terpaksa mengambil alih tugas rasmi saya menjenguk-jengukkan ibu bapa saya disamping terpaksa menguruskan keluarga sendiri.

Apabila di sini, wang masih menjadi isu besar pada saya. Saya ke sini untuk belajar, tapi untuk belajar pula saya perlukan wang. Antara sekolah dengan wang, tiada kompromi. Ia bergerak selari. Jadi, untuk memastikan saya menerima kedua-duanya, saya harus mengorbankan sesuatu. Iaitu, masa. Masa tidur harus dipendekkan, manakala masa belajar harus diselitkan di antara 24 jam yang Allah anugerahkan dalam satu hari. Tapi, memang sepatutnya kita bangun pukul 5 pagi dan mandi sebelum azan Subuh berkumandang (dari laptop). Bukankah elok mandi pagi? Saya anggap bekerja diwaktu pagi itu seperti kita bersenam. Hayun ke kiri, hayun ke kanan. Gosok putaran jam dan anti-putaran jam. Angkat plastik sampah dan humban masuk ke dalam tong. Bukankah itu seperti bersenam juga? Apabila badan bergerak, insyaAllah minda juga turut bergerak. Kalau kepala bergerak atas ke bawah dan mata semakin kuyu, kemam aje dua biji gula-gula terus menerus. Agak-agak tidak dapat dikawal lagi, topangkan dagu di atas lengan tangan dan beri alasan 'I am thinking with my eyes close' atau 'oh! I am in deep thought' pada rakan di sebelah. Hanya pastikan tiada keruhan kedengaran.

Masa berblog pula diselitkan diantara masa belajar tadi. Masa bersantai dan menonton tv dihadkan ketika makan malam saja. Selebihnya samada saya memegang batang mop dan baldi, menghadiri kuliah, membaca buku-buku ilmiah yang semakin bertambah di atas meja, mengetik papan kekunci dan membaca bacaan tambahan di laman web atau berlingkar di dalam duvet. Itulah rutin harian saya sekarang. 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. Sudah tiada istilah hari santai dalam kamus hidup saya sekarang.

Jadi, bila difikir-fikirkan balik 'kekaguman' rakan saya itu, jawapan yang saya dapat ialah, tiada pengorbanan besar yang telah saya lakukan untuk meneruskan cita-cita di sini. Berhenti kerja itu bukan pengorbanan malah satu kelegaan, meninggalkan ibu bapa saya juga bukan pengorbanan kerana mereka mahu saya pulang dengan wang yang banyak! (Ya! Kami materalistik!!). Bekerja tujuh hari seminggu juga bukan pengorbanan kerana sekiranya saya mahu belajar saya perlu duit dan sekiranya saya mahu bekerja di sini, saya perlu belajar. Mungkin satu benda yang saya sungguh-sungguh korbankan di sini, saya sudah tidak boleh lagi jadi hantu tv seperti dulu.

Sebenarnya, hari ini cukup enam bulan saya di sini. Cepatnya masa berlalu tapi saya tak berasa rindu kerana kecanggihan teknologi komunikasi merapatkan kami dengan harga yang paling murah sekali!

Sunday, February 25, 2007

Makan, jom!

Di Glasgow ini, cuma ada satu saja tempat makanan segera yang halal. Yang jadi tumpuan pelanggan-pelanggan Islam membawa keluarga dan sahabat handai untuk bersantai dan makan bersama-sama. Jadi, hari Jumaat malam Sabtu lepas, saya berpakat dengan rakan serumah untuk makan luar bersama-sama. Konon meraikan harijadi. Ah! Bukan untuk saya saja tapi untuk sahabat yang sama-sama berkongsi tarikh hari lahir, cuma tahun saja yang berbeza. Kami sepakat ke Nando's di Springfield Quay. Kami makan ayam. Kami namakan projek makan tahun ini - Projek Ayam Pukal.

Tak sangka sebenarnya, saya dengan isteri sahabat merangkap keluarga angkat saya di sini, Dr Liza, berkongsi tarikh lahir yang sama. Jadi sejak pagi hari Khamis lepas, kami berbalas sms mengucapkan Selamat Hari Lahir di antara kami. Oh! Uniknya hari lahir saya tahun ini, saya menyambut hari bahagia saya dengan menyental enam mangkuk tandas, tiga urinal dan sembilan tempat basuh tangan di awal pagi, bukan seperti tahun-tahun sebelumnya di mana saya selalu bermalas-malas di atas katil sambil tersenyum lebar (juga berangan-angan).

Memandangkan kami penyokong kuat pengangkutan awam di sini, Dr Wan sudah bersetuju untuk menjemput kami di SUMSA selepas waktu Maghrib. Hampir setengah jam menunggu, barulah kelibat Odyssey yang sarat dengan penumpang kelihatan. Lama juga saya tidak bertemu dengan Dr Liza dan anak-anaknya kerana sibuk dengan tugas uni apatah lagi selepas bergelar pekerja yang menerima gaji setiap minggu.

Dengan bantuan alat 'satellite navigator', kami memulakan perjalanan ke Springfield Quay. Ah! Kamu jangan terpedaya dengan kecanggihan alat 'satellite navigator' ini, kadang-kadang dengan sengaja ia akan suruh kamu melanggar dinding ataupun masuk ke jalan mati. Almaklumlah kamu di bumi dan ia di angkasa lepas. Dia seolah-olah menjadikan kamu mainan 'PacMan'. Tapi, Alhamdulillah, kami berjaya tiba ke destinasi tanpa melanggar apa-apa ataupun masuk ke jalan mati. Tanpa membuang masa, kami terus masuk ke kedai makanan tersebut dan mengambil tempat yang mengadap Sungai Clyde.

Nando's ini berdekatan dengan panggung wayang Odeon dan 'bowling alley' jadi kalau malam Sabtu dan Ahad, tempat ini memang sentiasa penuh. Di sini sajalah kita boleh tengok pak-pak and mak-mak arab makan beramai-ramai. Tapi bukan orang Islam saja yang makan di sini, ramai juga orang tempatan yang menjamu selera selepas menonton wayang ataupun membaling bola besi di 'bowling alley' tu.

Ahli yang mengambil bahagian dalam acara Projek Ayam Pukal. Mengikut putaran jam - Ali, Dr Wan Amir, Ya (mengelap mulut) Mimi, Yie, Dr Liza sambil memegang gadis cantik berpipi kemerahan Hana dan saya yang sedang berdiri di hadapan mereka.

Acara makan-makan luar ni tak boleh diamalkan di sini, kalau kamu tidak mahu poket kamu menipis saban minggu. Tapi kerana Dr Wan Amir sekeluarga telah banyak menolong kami, tak salah rasanya sekali-sekala berbelanja lebih untuk mereka terutama Yie, Ya dan Ali. (Hana lebih rela dengan 'pacifier' dari ayam). Seronok tengok budak-budak makan ayam. Masing-masing berebut bahagian yang banyak tulang.

Ada dua ekor ayam yang terkorban di meja kami bersempena Projek Ayam Pukal ini. Seekor agak 'suam-suam panas' dan seekor lagi memang 'kepanasan'. Sudah pasti ayam yang 'kepanasan' itu khas untuk golongan dewasa, diitambah lagi dengan cicah dari dua botol sos lada putih. Apalah harga sebuah pengorbanan ayam-ayam tersebut kalau nak dibandingkan dengan jasa Dr Wan Amir sekeluarga pada kami.

Tulang-tulang yang tinggal dalam pinggan saya.

Secara ringkasnya, projek anjuran kami hari Jumaat lepas berjalan dengan lancar. Korban dua ekor ayam di Nando's tidak sia-sia. Bersih dan licin. Walaupun bahagian yang bertulang menjadi rebutan, bahagian-bahagian yang rasanya macam kapas dan papan plywood tetap habis juga. Apatah lagi apabila majoritinya dilambakkan ke dalam pinggan saya dan Dr Wan Amir. Tapi berkat ketabahan dan ketelitian kami berdua, tugas berjaya diselesaikan.

Hari ini pula, sekumpulan kawan-kawan berjumpa dan menjalankan projek periuk bernasib baik (pot luck) pukal di KLCC. Ah! kalau dulu-dulu sayalah ADUN atau YB kerana sering menjadi orang terakhir tiba ke tempat berkumpul, kali ini saya langsung tak dapat bersama-sama. Rindu dengan mereka. Apatah lagi dengan Geng Bota Bonds and TI Angels - Daisy, Izinni dan saya sebagai TI Angels, Azlan, Wira dan Harry sebagai the Bota Bonds.

Asalnya hanya berbalas-balas mesej di 'board' MSN dan menjadi sahabat di alam maya. Pertemuan pertama bermula di Pan Pacific kemudian di Taman KLCC. Sejak itu sudah menjadi tradisi untuk mengadakan 'Pot Luck Gathering' sekurang-kurangnya setahun sekali. Tak sangka, sudah lebih lima tahun kita berkenalan dan bersahabat ya.

Apa khabar agaknya Our, MJ, Popcorn, Melati, Greng, Peng, Achik, Aleeza Kassim dan yang lain-lain? Terima kasih kepada Daisy yang menjadi tiang seri pada persahabatan ini. InsyaAllah, doakan saya dapat bertemu kalian untuk pertemuan Pot Luck akan (akan-akan) datang.

Thursday, February 22, 2007

Ya! Betul tu!

myspace

Perkh! Menarik berkilau-kilau!

Tuesday, February 20, 2007

Lempeng, anyone?

Hari ini hari lempeng di sini. Lempeng? Bukan yang dimakan dengan sambal tumis ikan bilis atau gula digaul dengan kelapa. Tak. Ia dikenali sebagai Pancake Day.

Dari kecil saya tak gila makan lempeng. Tak kiralah versi Melayu atau pun mat salleh. Kalau bonda buat lempeng, tak berapa laku sangat dengan saya. Tapi, saya makan juga sebab bonda selalu takut-takutkan saya bahawa orang-orang di Afrika ada yang kebulur. Tak makan. Lempeng bagi mereka satu makanan yang sangat lazat. Jadi, hendak tak hendak terpaksalah saya habiskan lempeng selepas disiram dengan kuah sambal tumis ikan bilis.

Apa kena mengena makan lempeng dengan kuah sambal tumis ikan bilis dengan pancake day?

Rupanya, di sini ada satu hari yang dipanggil Pancake Day ataupun Shrove Tuesday. Ia adalah hari ketiga terakhir sebelum hari ke 50 sebelum Hari Lent iaitu hari di mana penganut-penganut Kristian, mula memikirkan setiap kejahatan yang mereka lakukan sebelum Hari Easter. Apa pula Easter Day? Oh, kemuncak segala keramaian di mana mereka mempercayai bahawa Nabi Isa a.s dihidupkan semula dan hidup selama-lamanya.

Hari Ahad yang ke 50 adalah Shrove Sunday, hari Isninnya (semalam) di kenali sebagai Shrove Monday (atau Collop Monday - satu makanan tradisi iaitu daging babi [wah! releven rupanya entri saya hari ini!] dihidang dengan telur yang menjadi sumber daging dan lemak untuk hari esoknya iaitu Hari Lempeng). Pada Pancake Day ini, segala makanan yang berlemak dan [ber]krim harus dihabiskan.

Perkataan 'Shrove' berasal dari perkataan 'shrive' iaitu pengakuan. Mereka kan terpaksa membuat pengakuan atas segala kesalahan-kesalahan mereka kepada paderi supaya dosa-dosa mereka dapat diampunkan oleh paderi-paderi yang mendengar pengakuan mereka. Zaman dulu, makanan yang berlemak yang mampu dimakan adalah lempeng inilah. Jadi sebelum mereka 'bertaubat' untuk 50 hari, mereka makan lempeng berlemak ini dulu.

Bukankah makanan yang berlemak dan berkrim itu satu 'indulgence'? Jadi sangat berdosa sekiranya mereka makan makanan seperti ini, apatah lagi dengan berlebih-lebih. Hari ini hari terakhir mereka boleh makan makanan berlemak. Ingat! Ia berdosa. Untuk mereka. Bukan untuk kamu. Hanya Islam mengingatkan supaya tidak terlalu berlebih-lebih.

Hari ini saya juga makan pancake. Tapi, bukan untuk meraikan Shrove Tuesday bersama-sama mereka. Tidak! Saya makan pancake saya dengan nasi.
Saya makan pancake telur.
Bolehkan?

Sunday, February 18, 2007

Ah! Kamu!

Hari ini saya mahu mencarut! Ya, saya mahu menggunakan perkataan itu. Empat huruf.

Kamu! Cina!
(juga Melayu, india dan lain-lain kaum di Malaysia yang sedang enak bersantai; tidak bekerja, tidak bersekolah kerana bercuti panjang - ya, saya jaki sebenarnya!)

Selamat Tahun Baru ...

BABI!


Juga untuk kamu, Along.
Kamu juga dilahirkan pada tahun itu. BABI!


post script;
Saya gembira hari ini. Saya dapat berbual dengan Mona semalam walaupun hanya untuk beberapa saat. Dia kedengaran lemah tapi lega. Alhamdulillah.

Thursday, February 15, 2007

Terima Kasih

Assalamualaikum.

Berkat doa semua, keadaan Mona dan Haris beransur pulih. Alhamdulillah.

InsyaAllah kalau ada berita terbaru tentang mereka, akan saya sisipkan dalam blog. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih yang tak terhingga. Semoga Allah merahmati kita semua.

Amiin.

Pembetulan: Untuk sahabat yang tidak dapat melawat Mona dan Haris di Kelantan, saya titipkan gambar keadaan mereka selepas selamat menjalani pembedahan.


Monday, February 12, 2007

Assalamualaikum.

Lewat tengahari tadi, saya menerima sms dari Malaysia. Kaget saya dan terus beristighfar panjang. Salah seoarang sahabat yang sering memberikan kata-kata semangat telah terlibat di dalam kemalangan jalan-raya di Merapoh, Kelantan. Saya hanya mampu merenung skrin telefon bimbit saya sambil berdoa semoga ke dua-duanya selamat. Selang beberapa minit, bertimpa-timpa sms masuk ke dalam kotak inbox telefon bimbit saya. Semua menberikan berita yang serupa.

'Mona & Haris acc di Merapoh. Haris tersepit, Mona pth tgn & peha'.

Usai solat Zohor, saya panjatkan doa untuk mereka. Walaupun waktu agak menekan saya, sempat juga saya berbalas sms dengan beberapa sahabat di Malaysia meminta diberitahu sekiranya ada berita terbaru. Semua yang membalas meminta saya sama-sama berdoa semoga kedua-dua mereka selamat.

Sukar untuk saya menumpukan perhatian di dalam kelas tadi. Secara sembunyi-sembunyi sempat juga saya berbalas sms dengan sahabat-sahabat di Malaysia. Mona sahabat kami. Wanita yang banyak memberi perangsang kepada saya. Ceria, selamba dan ada prinsip hidup yang kuat. Ketika saya di Johor dan beliau di Kelantan, kami sering menelefon bercerita tentang kebosanan hidup di tempat masing-masing. Saya teringat kata-kata beliau 'Aku rasa macam dah petak kat sini!'

Awal 2005, beliau bertemu jodoh dengan jurugambar yang sama-sama bertugas dengan beliau, Haris Fadzlilah Ibrahim. 'Kalau tak kahwin, aku dah dengan kau kat Scotland, kan?' Itu kata beliau dulu. Saya ketawa saja lalu menjawab 'Ya, sama-sama jadi pencuci yang berwawasan kan?'

Mona memang terpikat dengan negara 'hagis' dan 'begpipes' dan sering 'meracun' suaminya untuk berhijrah dan bekerja di sini, tapi Haris agak keberatan kerana dia tak tahan dengan cuaca sejuk. Setelah puas memujuk, akhirnya Haris setuju untuk berkompromi. Datang ke Scotland dan Sepanyol untuk bercuti. Gembira sungguh Mona mendapat lampu hijau dari suami tersayang. Cadangnya penghujung bulan 4 mereka akan ke sini. Tiket kapalterbang sudah dibeli dan saya juga telah membelikan tiket kapal terbang ke Granada bagi pihak mereka. Gurau saya seolah-olah mereka dapat 'belated honeymoon.'

Ini yang saya baca sebentar tadi;

General
February 12, 2007 22:31 PM

NSTP Journalists Seriously Injured In Crash That Killed Three Others
MERAPOH, Feb 12 (Bernama) -- A journalist couple from the New Straits Time Press (NSTP) were seriously injured in an accident that killed three others at KM 70 Jalan Kuala Lipis-Gua Musang, here Monday.

Kuala Lipis district police chief, Supt Shakaruddin Che Mud said the accident happened when the jeep driven by NSTP photo-journalist Haris Fazillah Ibrahim, 33, and his Berita Harian journalist wife Mona Ahmad,33, collided with a car that veered into their path.

"The couple were returning to Kota Baharu from Kuala Lumpur when their Suzuki jeep collided into a Honda Accord at Kampung Chegar Perah, here at 5.30pm," he told Bernama.

The driver of the Honda Accord, Mohd Suhaimi Che Othman,22, his friend Mohd Suhaimi Ismail, both from Gua Musang were killed on the spot while another passenger, Ahmad Najmi Saari, 26, who suffered serious injuries died in the Gua Musang Hospital.

Shakaruddin said the injured were sent to the Gua Musang Hospital while the bodies of the two killed instantly were sent to Kuala Lipis Hospital.

Mona suffered a broken left arm and a broken left thigh while Haris Fazillah had injuries to the head, left eye and left shoulder.

He added the accident occurred when the Honda Accord driven by Mohd Suhaimi veered into the right lane and collided head-on with the Suzuki jeep driven by Haris Fazillah.

The couple were returning from a holiday in Kajang, Selangor and were scheduled to start work Tuesday.-- BERNAMA



Berita terakhir yang saya terima sebentar tadi mengatakan Mona sudah sedar tetapi suaminya masih lagi tidak sedarkan diri dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan. Dikhabarkan ketika jam 4pm waktu Glasgow, ibu bapa Mona masih dalam perjalanan ke Gua Musang.

Mohon pada sesiapa yang singgah ke sini, panjatkan doa untuk mereka.

Terima Kasih.

Khairyn

Wednesday, February 07, 2007

aduhai

Saya jatuh sakit.

Sejak seminggu yang lalu, sakit ni tak kebah-kebah lagi. Puas saya telan pil vitamin yang tertulis From A to Zinc dan menggerakkan tubuh badan saya untuk membantu saya sembuh dari penyakit ini, tapi tak berjaya. Saya cuba guna kuasa minda, tetap kurang berkesan. Saya suntik semangat baru, masih lagi ditahap itu.

Saya rasa semakin sakit sekarang. Semakin tidak bermaya. Semakin kronik.

Saya dilanda penyakit MALAS.

Ganbatte!! Assignment kena hantar hari Isnin. Satu ayat pun tak lepas lagi ni!!